Kecantikan

Nak Kulit Lebih HALUS & Mulus, Cuba Amalkan Masker TOMATO Ini. HALAL & Selamat!

Share

Tomato merupakan sayuran yang cukup unik. Sebelum masak ia berwarna hijau, tetapi apabila sudah masak, warna kemerah-kemerahannya memang menambat hati kita untuk merasai kelazatannya.

Selain digunakan untuk masakan seperti nasi tomato atau tomyam, buah tomato juga boleh digunakan sebagai masker untuk mencantikkan wajah. Buah yang kaya akan antioksidan ini juga sangat efektif untuk mencerah dan menyegarkan wajah. Ia juga berfungsi untuk mendinginkan kulit wajah.

Dan pastinya penggunakan bahan semulajadi seperti ini tidak akan mengundang bahaya pada wajah seseorang. Gunakan tomato yang masih segar dan berwarna merah untuk perawatan wajah anda. Caranya cukup mudah. Yang penting ia HALAL dan selamat digunakan untuk perawatan kulit wajah.

Bahan-bahan:

  • 1 biji buah tomato segar
  • Air secukupnya

Cara membuat:

  1. Rebus tomato selama tiga minit dan pastikan ia terendam air.
  2. Lumatkan tomato hingga berbentuk pasta dan biarkan hingga dingin.
  3. Oleskan pada wajah merata kecuali daerah mata dan biarkan selama 15 minit.
  4. Bilas dengan air sejuk. Amalkan ia sebagai masker tiga kali seminggu dan insyaAllah hasilnnya wajah akan menjadi halus dan mulus.
Published by
Naqiyatul Uzma