Ramai yang menganggap tomato sebagai salah satu jenis sayur-sayuran. Jika diikutkan berdasarkan prosesnya, tomato berasal daripada bunga dan mengandungi biji.
Oleh itu, tomato termasuk dalam ‘golongan’ buah, bukannya sayur. Dikenali dengan nama saintifiknya Iycopersicon esculetum, tomato kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan.
Tomato sangat kaya dengan vitamin C dan antioksidan. Dengan komponen ini, tomato adalah buah yang kuat untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas penyebab kanser.
Tomato juga mengandungi banyak nutrisi asas kepada kesihatan kulit. Ia membantu melindungi kulit daripada pancaran sinar terik matahari.
Lebih unik lagi, pigmen merah pada kulit tomato mengandungi likopena yang menawarkan khasiat antioksida semula jadi membantu meningkatkan keanjalannya.
Melalui perkongsian Dr SuriRoowi saintis ini berkongsi tentang khasiat tomato ceri.
TOMATO CERI BOLEH BUAT KULIT JADI KEMERAH-MERAHAN
Tomato adalah antara sayuran yang biasa dimakan sebagai ulam. Tomato kaya dengan bahan antioksidan likopene. Bahan berkhasiat jenis ini biasa didapati juga dalam lobak merah dan tembikai.
Dalam tomato, bahan khasiat ini hadir pada kuantiti tinggi dalam kulit dan biji tomato. Walau bagaimanapun, terdapat kajian menunjukkan pengambilan tomato pada kuantiti tinggi boleh meningkatkan risiko pendarahan jika bersama ubat cair darah.
Selain dari itu, warna kulit kita juga boleh berubah kepada warna kemerahan. Kajian oleh UPM mendapati tomato ceri lebih tinggi antioksidan berbanding tomato biasa.
Cara terbaik memakan tomato adalah dengan memasak bersama sedikit minyak zaitun. Kajian menunjukkan tomato yang dimasak bersama sedikit minyak lebih tinggi khasiat berbanding tomato segar.
Minyak zaitun juga akan membantu penyerapan bahan khasiat tomato ke dalam darah. Walau bagaimanapun tomato tidak sesuai untuk mereka yang ada masalah hati. Seperti juga cili dan terung.
Moga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Sumber kredit: Dr SuriRoowi
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.