Sekarang ini dekat mana-mana sahaja mesti kita nampak orang buat #kekechallenge kan? Tidak kiralah di Instagram, Facebook mahupun Twitter, kita mesti akan nampak video tarian ini. Mengenai hukumnya dari segi Islam, banyak juga personaliti dakwah yang telah memberikan pendapat dan nasihat mereka mengenai hal ini. Jom kita dengar nasihat daripada Pencetus Ummah Azman ataupun lebih dikenali sebagai PU Azman.
Menerusi videonya yang telah mendapat lebih sejuta tontonan, beliau menjelaskan kepada semua bahawa jika kaum wanita ingin membuat #kekechallenge, jangan memuat naik video itu di mana-mana laman sosial media. Nanti pahala kita pula yang terkikis jika dilihat oleh bukan mahram.
Ads
Tambahnya lagi, jangan lupa tutup kereta selepas keluar daripada kereta itu. Nanti gelabah pulak orang lalu lalang yang melihatnya.
Ads
Walaupun disampaikan secara santai, namun mendalam betul nasihat yang diberikan oleh PU Azman ini. Pandai pulak tu dia bergurau! Semoga nasihatnya ini dijadikan panduan bagi hijabi semua sebelum melakukan apa-apa tindakan ya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Seperti yang kita semua tahu, anak-anak pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi sering menjadi tumpuan ramai. Bukan sahaja disebabkan mempunyai rupa paras yang indah,namun akhlak dan keperibadian yang baik juga membuatkan semua kagum.
Baru-baru ini, Norman Hakim telah membuat kejutan buat anaknya Marissa Dania,13, dengan menghadiri rumah terbuka sekolahnya di Ma’ahad Tafiz As-Sofa, Seremban, Negeri Sembilan.
Beruntung Norman dikurniakan anak yang solehah dan begitu lemah lembut. Marissa juga beruntung kerana ayahnya begitu mengambil berat akan dirinya. Moga Marissa akan terus istiqamah dan menjadi insan yang berguna apabila dewasa nanti.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Fasiha Latiff, adik kepada pelakon jelita Fathia Latiff baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan di Trinity College Dublin, Ireland yang membawa gelaran Doktor. Tahniah diucapkan kepadanya telah Berjaya mencapai cita-citanya pada usia muda iaitu 25 tahun. Untunglah, sudahlah cantik, bijak pula tu ! Memang layak digelar beauty with brain.
Lepas ini pasti ramai kan yang ingin mendapatkan rawatan daripada Doktor Fasiha. Sememangnya dia layak untuk menjadi ikon kepada hijabi semua kerana bukan sahaja dia cemerlang dalam akademik, malah sangat pandai juga berfesyen. Moga Doktor Fasiha terus sukses dalam kerjaya yang diimpikan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Malam semalam telah berlangsung majlis tahnik, cukur jambul dan aqiqah anak keempat kepada pasangan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida di kediaman mewahnya. Majlis buat ‘baby’ Yusof AlQardawi ini juga dibuat sempena sambutan rumah terbuka Aidlfitiri. Selain tertarik dengan dekorasi indah, tumpuan juga sebenarnya tumpah pada isteri kesayangan Aliff Syukri. Malam iu Datin Seri Shahidah cukup cantik menyarung busana kurung moden ilham dari Rizalman. Walaupun masih dalam tempoh berpantang, tetapi seri wajah beliau tetap terserlah hingga dipuji netizen.
Sekali pandang, penampilan Datin Seri Shahidah bak pengantin baru dengan persalinan kurung moden rona putih dari fabric lace dilengkap dengan hijab serta cape panjang juga dari rona sama.
Penampilan beliau ini juga turut mendapat pujian netizen yang memberitahu wanita ini cukup cantik dan begitu anggun sekali biarpun masih dalam tempoh berpantang.
Sementara itu untuk dekorasi majlis tahnik malam semalam adalah bertemakan Versailles Bed Chamber dari sentuhan pereka tersohor Datuk Rizalman Ibrahim dari Glam Wedding.
Rata-rata netizen juga turut mengkagumi idea dan kreativiti pereka terkenal yang dicurahkan untuk majlis berkenaan.
Ada juga yang memberitahu dekorasi diilhamkan seperti di zaman Inggeris klasik, nampak eksklusif dengan warna serta bungaan yang begitu cantik dan mempesona.
Anak keempat pasangan ini, Yusof AlQardawi dilahirkan beberapa hari selepas Syawal dan dinamakan nama yang indah tu sempena nama ulamak terkenal Mesir.
Kelahiran bayi ini memang cukup istimewa kerana beberapa jam selepas dilahirkan, Datuk Aliff juga telah membuat akaun instagram si kecil ini dan sudah ada lebih 200 ribu pengikutnya.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.