Setiap wanita perlu menjaga kecantikan diri, lebih-lebih lagi jika mereka iu seleriti ataupun yang menjual sesuatu produk. Penampilan diri yang cantik dan menarik, pastinya dapat memberi keyakinan kepada pelanggan untuk mendapatkan produk yang dijual. Penjagaan ini meliuti dalaman dan luaran kerana kedua-duanya penting bagi memastikan tubuh kekal cergas, sihat dan bertenaga.
Ada yang mengamalkan petua tertentu untuk memastikan diri sentiasa kelihatan cantik. Misalnya isteri keayangan Datuk Seri Allif Syukri, Datin Seri Nor Shahida Mohd Rasid
yang sentiasa kelihatan cantik setiap kali berada di khalayak. Senyuman manis yang sentiasa terukir di bibir menjadi daya penarik dirinya untuk terus didekati peengikutnya. Biarpun sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang usahawan, dia tidak lupa mengamalkan petua tertentu untuk sentiasa tampil cantik dan menarik. Ibu kepada 3 cahayamata termasuk seorang angkat ini tidak lokek untuk berkongsi rahsia kecantikannya.Beliau memang gemar sekali mengambil ulam dalam setiap hidangan. Setiap kali makan nasi, mesti ada ulam tidak kira apa jenis asalkan ia adalah ulam.
Menurutnya beliau tidak suka tidur lambat dan paling lewat masuk tidur adalah pada jam 11 malam. Jika tidur lewat akan menjejaska aktiviti yang akan dilakukan keesokan harinya.
Amalan sejak dulu dengan mengambi air kosong setiap masa. Pengambilan air kosong secukupnya membantu kuit menjadi cantik, tidak kering dan bermasalah.
Sebagai seorang ibu yang telah melahirkan 3 cahayamata, memang sangat elok untuk mengamalkan amalan berurut bagi melancarkan peredaran daran. Selain itu, pastinya berurut penting untuk memastikan badan kekah sihat dan bertenaga. Beliau akan mengamalkan berurut ini seminggu sekali.
Beliau juga turut berpesan setiap wanita agar menjaga kesihatan dalaman untuk memastikan diri kita tampil bukan sahaja cantik tetapi sihat. Dan pastinya jamu dari produk syarikatnya sendiri yang diambil sebagai makanan tambahan.