Pelakon dan usahawan terkenal, Wawa Zainal tidak mahu bersikap berlebih-lebih atau keterlaluan di kaca TV biarpun menjadi penaja program realiti Big Stage musim kelima. Kongsi cara kekal muda dan cantik macam Wawa, tak perlu cipta kontroversi. Pakai jer Produk Baharu ni!
Menjadi selebriti pertama yang menaja rancangan hiburan, kemunculan usahawan wanita berjaya ini menjadi bualan ramai. Di dalam temubual bersama HIJABISTA Wawa akui keputusan ini dibuat bukan sehari dua malah berbulan- bulan.
Wawa, 32, atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin berkata, tujuannya menaja program itu kerana ia sebahagian daripada strategi pemasaran dan bukan untuk mencipta kontroversi.
“Matlamat kami menaja program ini jelas iaitu untuk memperkenalkan lagi Wawa Cosmetics. Alhamdulillah, sebelum menaja pun jenama kami sudah dikenali ramai dan kekal bertahan hingga kini.
“Kalau ada yang cakap kenapa saya tak ‘kecoh’ macam penaja lain, prinsip saya mudah iaitu lain orang lain caranya. Saya fikir, nama saya dan Wawa Cosmetics sudah cukup kuat untuk orang tahu. Lagi pula, saya jenis yang memang tak pandai nak buat ‘hal’ yang bukan-bukan.
ARTIKEL BERKAITAN: Bahaya Guna Produk Tiruan! ‘Saya Tak Reda Dan Takkan Halalkan…’ – Wawa Zainal.
Kemunculan yang sentiasa menarik perhatian di setiap minggu, bukan sahaja paras rupa, malah gaya pasangan ini sentiasa menarik perhatian penonton yang menonton rancangan ini.
Diberi ruang untuk promosikan produk, kelihatan Wawa tidak kekok untuk memasarkan setiap produk yang dihasilkan, ringkas dan padat tidak juga berlebih-lebihan! Manakala Aeril hanya membantu dan lebih senang memberi tugasan itu pada Wawa.
“Kalau tengok sepanjang Big Stage pun, suami saya, Aeril yang banyak bercakap. Sesekali saja saya muncul di pentas. Itu pun atas tanggungjawab nak mempromosikan produk. Nak menari pun saya segan, apatah lagi nak buat perkara yang bukan-bukan depan orang ramai,” katanya.
Menariknya, pentas Big Stage juga menjadi platform untuk Wawa dan Aeril melancarkan produk terbaharu. Complete Rejuvanating Beauty Essence produk terbaharu untuk kekal lawa bersama Wawa Cosmetics.
Wawa tidak sembrono mengeluarkan produk tanpa RND yang ketat. Pastinya dia menggunakan produk ini berkali-kali untuk sampai tahap ini. Bukan sahaja produk baharu malah semua produk jenama Wawa Cosmetics.
“Saya macam tikus makmal, semuanya bermula dengan saya dulu. Seperti biasa, sebelum dilancarkan memang saya gunakan dulu. Selepas melalui proses kajian dan penyelidikan (R&D), produk ini dikeluarkan juga.
ARTIKEL BERKAITAN: Pecah Tradisi Taja Program Hiburan, Wawa Dan Aeril Akui Orang Mungkin Ingat Menjadi Penaja…
“Produk ini diperkaya dengan bahan utama seperti Whitening Probiotics dan salicylic Acid mampu membantu menyelesaikan masalah seperti kulit kusam tak bermaya, kulit kering, hyperpigmentasi dan juga masalah jerawat.
“Seawal tujuh hari, insya-Allah, keyakinan diri lebih tinggi dan muka tak kusam lagi. Paling penting kena dapatkan yang asli di pasaran. Scan kod QR pada produk dan terus ke website pembelian,” katanya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.