Kecantikan

Nak GIGI Putih Cepat, Gunakan 2 BAHAN Utama Ini. MURAH & Menjadi!

Share

Memiliki gigi yang putih dan bersih sememangnya menjadi dambaan semua orang. Sayangnya, pola pemakanan yang salah, kebiasaan merokok dan aktiviti buruk yang lain boleh membuatkan gigi menjadi kuning. Malah, gigi juga akan kerap terkena masalah lain seperti plak, rapuh dan berlubang.

Sekiranya anda mahu memiliki gigi yang lebih putih dan bersih, cuba lakukan rawatan gigi dengan bahan alami yang tentunya lebih selamat dan murah. Gunakan lemon dan garam halus yang mengandungi nutrisi yang boleh membantu menyelesaikan masalah gigi yang kuning. Ia juga mampu memutihkan gigi dalam masa yang singkat.

1. Lemon & Garam Bermanfaat Untuk Mencerah Serta Memutihkan Gigi

BAHAN-BAHAN:

• 1 buah lemon
• 1 sudu garam halus

CARA-CARANYA:

  • Perah air lemon kemudian campur dengan garam.
  • Pastikan garam larut dengan sebati ke dalam air lemon.
  • Gunakan campuran lemon dan garam ini sebagai ubat gigi.
  • Berus gigi dengan lembut lebih kurang selama 5 minit. Kumur dengan air hingga bersih. Seterusnya, berus gigi menggunakan ubat gigi biasa yang digunakan seharian. Kumur-kumur hingga bersih.

Dengan cara mudah ini, anda akan dapat hasil yang berbeza dari biasa. Lakukan cara ini satu hingga dua kali seminggu. Tapi jangan lakukan terlalu kerap kerana ini boleh menyebabkan lapisan enamel pelindung gigi terkikis atau rapuh.

2. Putihkan Gigi Dengan Cepat Menggunakan Limau Nipis & Garam

Gigi yang sihat, cantik dan putih berseri merupakan salah satu cara untuk tampil lebih yakin setiap hari. Senyuman manis dengan gigi yang putih membuatkan penampilan anda tampak sempurna. Sekiranya anda memiliki gigi yang kuning, anda sendiri akan berasa malu untuk berhadapan dengan orang ramai.

Kerana gigi kuning dianggap satu masalah, ramai yang berlumba-lumba mahu memiliki gigi yang putih. Malah, ramai yang sanggup melabur wang dengan melakukan rawatan yang mahal demi mendapatkan kembali gigi yang putih.

 

Cara memutihkan gigi dengan jeruk nipis dan garam

Selain cuka dan lemon, limau nipis dan garam juga merupakan antara bahan yang boleh membantu anda memiliki gigi yang putih. Limau nipis merupakan buah kecil yang kaya dengan kandungan vitamin C serta sangat baik untuk kesihatan gigi dan gusi. Selain itu, ia juga memiliki sifat pembersih alami yang akan membuatkan gigi tampak lebih bersih dan sihat.

Manakala, garam halus pula baik untuk gigi. Garam kaya dengan kandungan sodium dan baik untuk kesihatan gusi dan boleh membantu membersihkan kotoran yang ada pada gigi. Bahkan, garam juga mampu mengatasi masalah bau mulut yang tidak enak.

Bahan-Bahan:

  • Jeruk nipis
  • 1 senduk makan garam

Cara Membuat:

Ambil limau nipis dan hiriskan ia kepada 2 atau 4 bahagian. Kemudian, perahkan limau nipis tadi untuk mendapatkan airnya. Tapis air limau nipis tersebut sebelum dimasukkan ke dalam cawan. Tambahkan 1 sudu teh garam ke dalam air perahan limau nipis itu tadi. Kacau hingga sebati.

Cara Guna:

Gunakan campuran limau nipis dan garam ini untuk menggosok gigi anda secara rutin dan teratur setidak-tidaknya 2 kali sehari. Dengan cara ini, plak yang ada pada gigi akan menghilang dan lambat laun, gigi kuning anda akan jadi putih.

Inilah cara memutihkan gigi secara alami dengan menggunakan limau nipis dan garam. Sangat mudah bukan? Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

Published by
SH