Makanan manis memang sedap. Tipulah kalau anda tidak suka ambil makanan yang manis kan? Tetapi, makanan manis yang berlebihan sebenarnya tidak baik kerana ia akan memberi kesan yang buruk kepada kesihatan anda. Gula yang berlebihan boleh menyebabkan anda menghidap diabetes dengan cepat.
Jadi, jagalah kesihatan anda mulai hari ini. Bukan tidak boleh makan makanan manis, cuma anda perlu mengawal jumlah pengambilan gula setiap hari. Menariknya, jika anda craving untuk makan makanan manis, anda boleh penuhinya dengan mengambil overnight oats
.Seorang wanita bernama Amalina Azmi telah berkongsi cara untuk penuhi ‘craving’ anda terhadap makanan manis dengan mengambil overnight oats yang tentunya lebih baik untuk kesihatan anda.
Menurutnya, apabila mula amalkan pemakanan yang sihat, dia mendapati badannya terasa lebih ringan, segar, kurang letih dan kulit juga mula bersih. Menarik kan? Gadis ini turut berkongsi resepi overnight oats untuk anda semua. Jom cuba buat di rumah!
Sekiranya anda mahu sebarang tip-tip yang menarik, boleh follow Amalina Azmi di laman Instagram @yellowgorgeous.
Health is very important. Mainly masalah kesihatan bermula dari pemakanan.
Feel good about yourself when you observe what you eat.
Here is me trying to eat healthy food. And turns out, I love the result. I love my body now. Badan rasa ringan, fresh, kurang letih dan kulit dah mula clear.
When I started cut sugar intake untuk jaga kulit dan badan, akan datanglah craving gula yang melampau. Nak coklat lah, nak cake lah.
So overnight oats is the best way to fulfill the craving.
—————————–
Sumpah sedap. A very good alternative untuk orang yang tak selera makan quick oats yang bancuh dengan air panas tu. This is the best!
Sumber: Facebook Amalina Azmi