Pelbagai cara dilakukan dalam proses menurunkan berat badan. Cara paling popular adalah diet pemakanan sihat ataupun bersenam.
Tetapi sebenarnya hanya minum air masak, air putih atau juga air kosong adalah cara paling cepat, senang dan pantas untuk kurus.
Seperti yang kita tahu, air adalah bahan yang penting didalam tubuh badan dan sangat diperlukan untuk enzim bagi penghadaman makanan, pengaliran darah dan peluh atau keringat yang sempurna…
Selain itu, air akan menyeragamkan suhu badan anda dan membawa segala zat pemakanan yang diperlukan keseluruh badan..
[su_highlight background=”#fb99ff”]Air juga penting untuk semua organ badan berfungsi dan juga untuk proses didalam se-sel badan…[/su_highlight]
Air sangat penting kerana berfungsi untuk penghadaman makanan serta pembuangan air serta kumuhan pembakaran lemak (ketone). Minum air yang banyak juga akan membantu masalah sembelit.
Oleh itu kita hanya perlu tahu aturan minum air kosong ini kalau nak cepat kurus.
Bab ini memang selalu sangat orang pesan. Nampak mudah tapi bila keluar makan di luar sahaja, mulalah mahu order pelbagai air manis. [su_highlight background=”#fb99ff”]Kuatkan mental anda untuk menolak minum air manis[/su_highlight]. Amalkan memesan air kosong ketika makan di luar dan sering membawa botol air ke mana sahaja anda pergi.
Ini merupakan tips bagi siapa yang payah sangat mahu minum air kosong. Mahu gunakan botol mineral biasa pun boleh. Caranya, tandakan setiap 1 atau 2 jam anda perlu habiskan banyak mana. Pastikan anda [su_highlight background=”#fb99ff”]mendisiplinkan diri anda untuk meghabiskan air [/su_highlight]dalam waktu yang ditetapkan.
Cara ini yang paling mudah. Amalkan [su_highlight background=”#fb99ff”]meminum segelas air 1 jam hingga 30 minit sebelum anda makan[/su_highlight]. Ini kerana, pengambilan air dapat mengurangkan selera makan. Selain itu, anda dapat mengawal pengambilan makanan dan secara tdak langsung dapat menurunkan berat badan.
Ini memang penting, selain dapat mengurangkan dapat risiko penyakit lain, [su_highlight background=”#fb99ff”]minum air kosong sebaik bangun pagi [/su_highlight]merupakan salah satu cara yang dapat serta membantu anda untuk kurang makan ketika sarapan. Sediakan terus air botol di tepi katil. Lepas bangun, terus minum dan rasakan sendiri kesegaran kepada badan anda. Tidak sangka bukan, perkara mudah sebegini mampu memberi kesan sepanjang hari.
Siapa kata anda perlu minum 8 gelas sehari sudah cukup? Pengambilan air untuk setiap individu haruslah mengikut kadar berat badan individu itu sendiri. Di setiap [su_highlight background=”#fb99ff”]1 liter air untuk setiap 25 kg berat[/su_highlight] badan individu tersebut. Jika berat badan seseorang menigkat maka kuantiti air yang perlu diminum juga adalah meningkat.
Sedar atau tidak sedar, jika kita sedang menonton wayang, mudah benar air habis. Begitu jugalah dengan air masak. Bila ada [su_highlight background=”#fb99ff”]straw[/su_highlight] maka perasan atau tidak, ia [su_highlight background=”#fb99ff”]membantu kita untuk menghabiskan air masak[/su_highlight].
Bagi individu yang beragama Islam, amalkan pengambilan air setiap kali selepas solat 5 waktu. Pastikan anda telah menyediakan [su_highlight background=”#fb99ff”]sebotol air di tepi anda sebelum solat[/su_highlight]. Cara ini ,akan menjadi kebiasaan bagi anda setelah solat dan individu yang sering malas serta lupa.
Minum 2 Gelas Air Ketika Sahur – Ketika makan sahur, usahakan minum sekurang-kurangnya dua gelas air mineral.
Minum Waktu Tidur – Peluang untuk minum hanya pada waktu malam, jadi kalau nak kerap minum lebih elok bawa sebotol air ke dalam bilik. Sekurang-kurangnya sesekali terjaga boleh terus minum.
Makanan Dengan Kandungan Air Tinggi – Anda juga boleh memilih makanan yang mempunyai kandungan air yang tinggi seperti tembikai, rambutan atau buah-buahan lain.
Elak Minum Banyak Ketika Berbuka – Anda pasti memerlukan serapan air lebih tinggi bila berpuasa, tetapi cuba jangan pula minum air sampai hilang selera nak makan. Minum 8 gelas air saat berbuka bukanlah penyelesaian yang tepat.
Berbuka Dengan Kurma & 2 Gelas Air – Buah kurma mengandungi kadar glukosa semula jadi yang cukup tinggi, serta kandungan nutrisi lain yang juga tinggi. Kandungan gizi yang terdapat dalam kurma dapat membantu mengembalikan energi anda sepanjang berpuasa. Dan pastinya air yang diambil pula akan menggantikan cairan yang hilang dalam tubuh badan.
Bawa Air Ketika Keluar Malam – Setiap kali pergi terawih atau keluar mencari barang, elok bawalah air sebotol. Ini satu jalan mudah untuk menjaga tubuh badan daripada kekurangan air.
Cadangan minum air ketika puasa:
Semua tip yang dikongsikan ini tidak akan berhasil jika anda tidak konsisten dan sekadar semangat di awal-awal perkara ini dilakukan.