Hidup sebagai pasangan suami isteri memang perlu adanya sikap senda gurau dan kalau boleh elemen surprise yang boleh membuatkan kita tesenyum sendiri. Seperti yang dilakukan oleh penceramah selebriti, Ustaz Don Daniyal yang mempunyai sikap boleh tahan romantisnya. Beliau dikatakan suami yang sweet kerana membuat kejutan sempena hari lahirnya isterinya, Dr. Husna Zahry dengan menyamar sebagai pesakit di hospital tempat isterinya bekerja.
Ustaz Don yang menyamar menjadi pesakit kemudiannya keluar membawa sejambak bunga. Memang terserlah sikap romantis Ustaz Don yang sebelum ini kita begitu senang melihat atau mendengar caranya berceramah dengan lawak jenaka.
Kejutan yang dibuat ini memang membuatkan isterinya sendiri tergamam. Menurut Dr Husna, dia mendapat panggilan seorang jururawat yang memberitahu ada seorang pesakit yang mahu bercakap dengannya di kaunter depan.
Dia yang menyangka pesakit itu tidak puas hati dengannnya hinggakan tidak mahu masuk ke biliknya berjumpa secara personal. Dia hanya mampu mengomel dalam hati memandangkan dia juga tidak berapa sihat. Lantas Dr. Husna terus sahaja ke kaunter dan secara tiba-tiba seseorang menyambar tangannya dengan membawa hadiah.
Dr. Husna memang tidak menyangka pesakit berkenaan adalah suaminya sendiri, Ustaz Don Daniyal yang datang membawa hadiah hari jadi lebih awal (in advance). Menurutnya, jururawat bertugas di kaunter turut tersenyum melihat aksi romantik dan surprise dilakukan Ustaz Don.
Posting yang dimwit turun di laman instagramnya ini turut menarik perhatian netizen dan rata-rata mengucapkan selamat hari jadi padanya dan berharap agar rumah tangga dibina kekal hingga ke jannah.
@watiepb Aloor..so sweet nyaa Ustaz Don… Happy Birthday Dr.Husna may Allah blessed you till the end
Ads
@siti_noorqamariah Mesti dlm hati mcm panas je nk jalan ke kaunter tetiba melting..Happy birthday ..best surprise ni
@junidahsulaiman Happy Birthday Dr Husna…sweet sungguh ust kita ni…semoga Dr n ust bahagia hingga jannah…Aamiin
Hidup bersama orang tersayang selepas nikah memang menjadi impian semua orang. Namun, ada kalanya kita terpaksa hidup berjauhan kerana tuntutan kerja walaupun sudah bergelar suami isteri.
Seperti yang dikongsikan oleh Sofuan Saadon ini yang mendapat ribuan share di laman facebooknya, dia menceritakan sendiri pengalamannya apabila terpaksa berjauhan dengan isterinya. Walaupun berat, namun ianya terpaksa diteruskan jua.
Isteri merasa berat untuk melepaskannya pergi…
“Pergi demi mencari nafkah keluarga”
Walaupun mereka terpaksa berkorban kerana kerjaya, InsyaAllah pengorbanan yang dilakukan ini tidak sia-sia dan pasti akan membuahkan hasilnya suatu hari nanti. Semoga perkahwinan mereka ini sentiasa diberkati dan dipermudahkan jalannya!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Wanita ini selamat bertemu jodoh sekali lagi dengan seorang lelaki bergelar usahawan. Keduanya selamat di ijab kabulkan sempena Syawal lalu dan kota Mekah menyaksikan cinta termeterai antara keduanya. Anak sulung kepada Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Nurulhidayah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, 38 tahun menerima cinta barunya dengan Datok Saiful Nizam Mohd Yusoff, 46 yang merupakan seorang ahli perniagaan dan juga Pengarah Urusan sebuah syarikat.
A post shared by Nurulhidayah Ahmad Zahid (@nurulzahid) on
Umum mengetahui perkahwinannya dengan suami kini adalah berstatus isteri kedua. Tidak ada yang dirahsiakan sejak hari pertama keduanya bergelar suami isteri. Malah keduanya bersikap cukup terbuka mendedahkan hidup berpoligami. Hubungan dengan madunya juga cukup baik dan rapat sekali.
A post shared by Nurulhidayah Ahmad Zahid (@nurulzahid) on
Sebaik berkahwin, jika dilihat di laman IGnya, di mana ada kelibat Dato’ Nurul, di situlah juga ada seorang wanita berkaca mata, Datin Bahazanariah Baharudin atau mesra dipanggil Datin Nana, 47 tahun. Hubungan mereka sangat mesra bagaikan adik dan kakak. Malah anak-anak membahasakan dirinya sebagai ‘Thethe’ dan madunya pula sebagai ‘Mak’.
A post shared by Nurulhidayah Ahmad Zahid (@nurulzahid) on
Biarpun berkongsi suami, namun tiada istilah cemburu yang wujud antara keduanya. Jika ada masa terluang, kedua-duanya dilihat akan keluar bersarapan atau makan malam bersama.
Perkahwinan ini sememangnya direstui oleh Datin Nana kerana dia memberi ‘lampu hijau’ dan turut hadir sendiri ke upacara akad nikah yang berlangsung di Masjidil Haram pertengahan Jun lalu.
A post shared by Nurulhidayah Ahmad Zahid (@nurulzahid) on
Dalam satu temu bual bersama Majalah Nona, Datin Nana secara jujurnya tidak kisah apabila suaminya minta izin untuk berkahwin lagi. Beliau memberi keizinan kerana sudah kenal suaminya yang jenis sangat menghormati wanita. Mereka sudah saling mengenali sejak sama-sama berumur 15 tahun dan yakin suaminya tidak akan mensia-siakan sesiapa pun.
Pertama kali bertemu dengan Dato’ Nurul, beliau melihat walaupun berkedudukan tetapi orangnya peramah dan biasa sahaja. Sudah takdir yang mereka berdua akan hidup bermadu dan Datin Nana turut menitipkan pesan yang memang sangat sweet.
“Akak harap perkahwinan ini akan jadi yang terakhir buat Nurul. Jangan gaduh-gaduh”.
A post shared by Nurulhidayah Ahmad Zahid (@nurulzahid) on
Namun begitu, mungkin ada yang tidak senang melihat keakraban kedua-duanya hingga ada kata-kata negatif yang dilemparkan di laman sosial. Ini kerana Dato’ Nurul telah memuat naik status di laman IG untuk ‘DISCONNECT ‘akaun IGnya dari segala unsur negatif. Dia hanya akan update aktiviti melalui keluarga dan teman rapat IG mereka.
Nurul sempat menitipkan kata-kata yang cukup pedas kepada netizen apabila meluahkan kebanyakan netizen terlalu biadap dan mereka ini dianggap manusia yang tidak bertamadun. Dan beliau tidak mahu berada di sekeliling manusia yang bersikap begitu dalam dunia yang cukup indah ini.
A post shared by Nurulhidayah Ahmad Zahid (@nurulzahid) on
Perkongsiannya ini mendapat reaksi daripada followernya dan salah seorang adalah teman rapat Nurul sendiri, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menulis dalam komen “alooo”.
BERI INSPIRASI
Ramai yang tidak bersetuju dengan posting Dato’ Nurul dan mahu terus mengikuti segala perkembangan wanita cantik yang mesra dipanggil Kak Long. Bagi mereka, setiap update Dato’ Nurul dalam laman IG mengenai family dianggap lucu dan memberi inspirasi serta motivasi kepada orang lain. Beliau juga banyak berkongsi sesuatu yang baik dan bermanfaat kepada followernya.
@rosanirashid Saya kagum dengan keluarga Dato.. banyak sebab saya suka tgk IG Dato.. sebagai panduan saya juga contoh utk saya
@nina_salina69 jgn block saya.Saya melihat Datuk sebagai seorg yg berfikiran positif dan ia amat mempengaruhi saya,memberi inspirasi dan semangat kepada saya
Tambahan pula, followernya mahu terus melihat keakraban dengan ‘Kakak’nya ini yang dianggap sebagai kelainan dalam kehidupan berpoligami. Malah nasihat berguna yang sering diberikan dalam IGnya juga secara tidak langsung telah mengubah persepsi terhadap mereka yang hidup berpoligami. Ini kerana poligami itu adalah ‘beautiful sunah’.
@hamizwa There are many ways utk berdakwah dan memperkasakan syariat Islam. Ur way of showing polygamy is a positive way of life is also dakwah Nurul… Ramai yg bermanafaat through pengisian yg u ve shared. Inspire semua pihak yg dlm scenario polygamy utk berbaik2, redha and sentiasa mengharapkan redha Suami and Allah utk kehidupan dunia and akhirat. I believe semua ur IG followers are positive people except segelintir yg menderita penyakit hati and otak. Sama2 kita doa Hidayah Allah utk species terpencil mcm mereka ni. Aamin.
@ladysu81 Saya suka tgok @nurulzahid and family. @nurulzahid seorg yg sabar dan tabah. biar Allah adili mereka yg bermulut jahat dan buruk sangka. I always support u and ur family. Saya doakan Allah jaga @nurulzahid sekeluarga
@zaireenzulkifli dato @nurulzahid dont let haters win dis.. just ignore them.. meteka terlalu cemburukan kebahagian dato sekeluarga. maybe diorg pun bermadu gak tp berbeza. dato dan kak nana berkasih sayang.. dia dijadikan hamba oleh madu dia ???. be strong dato.
Ramai juga yang suka melihat betapa rukun dan bahagianya keluarga Dato’ Nurul. Mereka mendoakan agar agar ia akan bahagia sampai ke syurga. Sesungguhkan ada yang menjadikan Dato’ Nurul dan keluarga sebagai sumber inspirasi mereka.
@leya.khai Oooh nooo pls don’t, had been following u for some time & really love all ur posts.. So inspiring, sad to know u won’t be active on this IG anymore
@zya_azie Alooorrrr..I follow dato sbb u selalu bg inspirasi kt sy..walaupun u anak TPM but selalu bg nasihat berguna kt golongan wanita rakyat biasa mcm kami..Since u kahwin skrang lg ubah persepsi I kt golongan yg berpoligami tp cuma I jrg la komen kt IG dato,cuma read n keep inside..now dah x da motivasi dh
A post shared by Nurulhidayah Ahmad Zahid (@nurulzahid) on
Ada yang menasihati agar tidak melayan kerenah ‘hater’ dalam media sosial ini. Malah mereka ini (yang suka mencaci) dianggap sebagai mempunyai mentalili kelas ketiga dan mahukan Dato’ Nurul tidak hiraukan golongan ini.
@teacher_mun There bound to be people who are jealous of others happiness. Just ignore those negativity. Am sure many out there love to hear from u, ur motivation n all the positive vibes definitely brings joy to many
Apa pun admin juga memang suka melihat setiap posting dalam IG Dato’ Nurul, lebih-lebih lagi setelah beliau bertemu jodoh kembali.
BANYAK BERUBAH
Malah sejak berkahwin, dapat dilihat sikap Dato’ Nurul yang banyak berubah dan menjalani kehidupan yang lebih islamik. Ini dapat kita lihat dari perkongsiannya ilmu di laman instagramnya. Ternyata beliau menemui ketenangan yang tidak pernah dirasai sebelum ini.
A post shared by Nurulhidayah Ahmad Zahid (@nurulzahid) on
Semoga Dato’ Nurul akan memikirkan kembali niatnya untuk menutup akaun IG ini semata-mata tidak tahan berhadapan dengan ‘hater’ di laman sosial yang memang kita tahu cukup pedas kata-kata dilemparkan.
Ini kerana setiap posting Nurul ini sebenarnya banyak memberi motivasi, semangat dan inspirasi kepada followernya yang suka melihat sisi peribadi beliau yang cukup rendah diri, peramah, cantik dan juga begitu bersemangat dalam setiap kerja dilakukan.
P/S: Dato’ Nurul telah membuka satu lagi akaun IG personal miliknya yang hanya boleh diakses oleh keluarga serta teman rapatnya sahaja.
Pelakon terkenal tanah air, Fauziah Nawi, 69, menceritakan nasibnya yang sanggup menyertai cabutan bertuah di Karnibal Ekspresi @Finas yang telah berlangsung di Kompleks Finas, Hulu Kelang pada Oktober lalu.
Katanya ingin mencuba nasib untuk mendapatkan ganjaran yang lumayan–sama ada kereta mahupun motosikal. Namun, nasib tidak menyebelahinya ketika itu, dia tidak dapat apa-apa ketika sesi cabutan bertuah itu.
Menurut temu bual bersama Harian Metro, Fauziah Nawi atau sering dipanggil Ibu Fauziah menceritakan cara untuk sertai cabutan bertuah itu. Walaupun tidak menang, dia akur dengan keadaan itu.
“Kalau nak dapat cabutan bertuah, kena beli barang berjumlah RM30. Saya beli dua barang tapi mereka bagi empat baucer cabutan. Saya cuba nasib kalau tak dapat kereta, dapat motosikal pun jadilah dan boleh jual,
“Malangnya saya tak dapat apa-apa. Selepas itu saya cerita kepada adik dan dia pujuk saya. Katanya Allah nak bagi yang lebih besar.” katanya.
Namun, kata-kata adiknya itu seolah-olah menjadi kenyataan apabila Ibu Fauziah dinobatkan sebagai Tokoh Seri Angkasa 2022 sewaktu malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA) 2022 pada 30 Oktober lalu. Itu terjadi selepas beberapa hari dia sertai sesi cabutan bertuah di Finas itu.
Pengiktirafan itu menawarkan dia sejumlah hadiah yang yang lumayan. Hadiah yang diterima olehnya adalah berbentuk sebuah kereta Mitsubishi Xpander bernilai RM100,000, dan juga wang tunai RM10,000 serta trofi.
“Macam tak percaya pun ada. Saya tak pernah beli kereta besar macam ini. Paling besar pun kereta jenis Proton Waja pada 2007. Itu kereta terbaik yang saya ada,
“Semua kawan-kawan artis saya gembira dengan pemberian ini. Maknanya harapan untuk mereka pun ada (untuk dapat pengiktirafan serupa),
“Allah cakap kalau dah rezeki, kita tak perlu risau. Saya rasa dengan ini ada harapan untuk semua orang. Saya percaya kalau kita buat kerja betul lama-lama orang nampak.” ujarnya lagi.
Menurut Ibu Fauziah lagi, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk memiliki sebuah kenderaan sendiri sejurus kereta Proton Waja miliknya itu musnah akibat terbakar pada fius empat tahun lalu.
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...