Nak Cantik Tetapi Malas Untuk Cuci Muka Sebelum Tidur, Anda Sengaja Buat Wajah Tampak Cepat Tua!

Share

Siapa sahaja yang tidak akan lupa untuk mencuci muka setelah seharian berada di luar rumah. Keadaan yang panas serta terdedah dengan kekotoran akan menyebabkan kulit kita lebih berminyak dan kelihatan kusam.

Pasti ramai yang akan mencuci muka seusai pulang ke rumah sebelum tidur. Tapi…ada yang tidak mengambil kisah tentang hal ini dan boleh sahaja tidur dengan tenang bersama kotoran di muka. Sis…tak nak kulit cantik ke?

Artikel berkaitan: Kenali Fungsi Gel Cleanser, Foam Cleanser & Sabun Pencuci Wajah, Jangan Sampai Keliru Buat Pilihan

Tak salah untuk adakan masa cuci muka sebelum tidur bukan?

Sumber dari Canva

Ya, mungkin ruitn penjagaan kulit bagi setiap individu itu adalah lain. Ada yang mempunyai gaya rutin yang cukup berbeza dari orang lain yang boleh menimbulkan tanda tanya buat orang sekeliling.

Bagi mereka yang tidak mencuci muka sebelum tidur, sememangnya tidaklah sepenuhnya mempengaruhi terjejasnya kecantikan kulit. Tetapi, ia merupakan satu ‘petanda buruk’ yang bakal merosakkan kesihatan kulit sedikit demi sedikit.

Mungkin ada yang mempunyai pendapat mereka jika tidak mahu mencuci muka sebelum tidur. Tapi bagi mereka yang ingin tahu kesannya, ini antara kesan yang boleh dilihat menurut Blushin.com:-

Naik jerawat

Sumber dari Canva

Kurang mencuci muka selepas seharian melakukan aktiviti di luar membolehkan anda menghadapi masalah jerawat. Tidak membersihkan kulit muka yang kotor akan menyebabkan anda berisiko mengalami masalah kulit kusam, berminyak, malah boleh menghadapi masalah jangkitan kuman pada kulit.

Pori menjadi tersumbat!

Sumber dari Canva

Bolehkah hanya skip cuci muka satu malam sahaja kulit akan menjadi kusam dan naik jerawat? Jawapannya Ya, muka boleh berisiko alami masalah seperti naik jerawat dan menjadi kusam kerana pori-pori yang tersumbat pada kulit.

Kesan solekan yang masih ada pada kulit dan dibiarkan semalaman akan menyebabkan ia susah untuk ‘bernafas’ dan menganggu proses regenerasi kulit ketika tidur. Ia juga boleh menganggu kulit untuk menyerap pelembap yang anda gunakan kerana pori yang tersumbat.

Kulit menjadi cepat matang

Sumber dari Canva

Anda perlu tahu, kekerapan anda di luar sering mencemarkan kulit kepada kesan-kesan atau radikal kotor. Radikal ‘kotor’ ini pula akan ‘terkumpul’ dan menyebabkan kesan yang memudaratkan pada kesihatan kulit.

Hal ini akan membuatkan kulit anda lebih susah untuk membaiki serta melakukan proses pengeluaran kolagen. Maka, garis-garis halus atau kedutan akan mulai terlihat pada kulit anda.

Artikel berkaitan: Air Mawar Bukan Je Boleh Jadikan Kulit Rasa Segar Tapi Bagus Untuk Cuci Wajah & Buat Toner

Kulit susah untuk pulih dengan sendiri

Sumber dari Canva

Tidak mencuci muka boleh menyebabkan proses pemulihan kulit anda terganggu dan menjadikan luka-luka di muka lambat sembuh. Luka itu seperti jerawat yang baru sahaja pecah dan yang berkaitan.

Besar kemungkinan juga kulit akan susah untuk melakukan proses exfoliate dengan sendirinya. Oleh itu, sel kulit mati tidak boleh menggelupas dari kulit anda yang menyebabkan kulit menjadi kusam.

Sumber: Blushin.com

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee