Jika wajah anda dipenuhi dengan jerawat, bekas parut dan pelbagai lagi cela, reaksi pertama kita adalah untuk menutup cela tersebut dengan produk kosmetik.
Tetapi sebelum anda mengambil langkah ini, apa kata cuba dulu beberapa langkah tanpa-produk ini untuk approach yang lebih selamat dan wallet-friendly. Boleh jimatkan belanja dan paling penting wajah tetap tampil menawan dengan hanya mengamalkan petua secara alami ini.
Langkah ini sudah ramai yang sedia maklum dan sangat-sangat commontetapi tidak semua mampu untuk melakukannya. Apabila badan anda tidak cukup air, ia boleh menghadapi dehidrasi dan menjadi punca kedutan. Minumlah air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari untuk membuang toksin yang ada dalam badan.
Bulan puasa ini mungkin agak sukar untuk melakukannya (dengan kehadiran bazaar Ramadan) namun jangan sesekali mengalah! Cuba untuk mendapatkan makanan yang kaya vitamin seperti buahan, sayuran, ikan, telur dan whole grainsyang menyalurkan anti-oksidan kepada tubuh.
Kesibukan kerb bukanlah alasan untuk skip
dari bersenam. Anda hanya perlu sesuaikan gerak senam anda dengan kemampuan semasa berpuasa. Berpeluh mampu membersihkan liang dari kotoran serta mengeluarkan toksin dari badan yang memudahkan kulit anda untuk clear.Artikel berkaitan: Amalkan Tiga Rutin Mudah Ini, Untuk Kulit ‘Extra Glowing’ Hanya Dalam Satu Malam!
Buat beberapa senaman wajah untuk mengurangkan kedutan yang mula timbul. Ia lebih baik dan afteraffect-freeberbanding suntikan vitamin atau botox.
Pastikan air berada dalam darjah yang sesuai untuk anda tetapi jangan terlalu panas. Namun jika anda sukakan air sejuk untuk mencuci muka, silakan.
Cuba rutin ini secara konsisten untuk anda lihat keberkesanannya dalam masa 30 hari. Jom kita ‘baiki’ wajah tanpa menggunakan sebarang produk.
Artikel berkaitan: Kate Middleton Dedah ‘Rahsia’ Kulit Mulus Miliknya, Hanya Dengan Sebalang Nutella?
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.