Kecantikan

Nak Bibir ‘Pinky’ Macam Bayi, Jom Cuba Petua Ini. Mudah & Ringkas!

Share

Setiap wanita tentunya mahu memiliki bibir yang sihat dan kemerah-merahan persis seorang bayi. Tetapi, ramai wanita mengalami masalah bibir yang hitam dan kering sehingga membuatkan mereka malu untuk berhadapan dengan orang ramai.

Pelbagai faktor yang menjadi punca bibir menjadi gelap dan hitam. Antarantya adalah kerap memakai gincu bibir, kurang minum air, terdedah kepada cahaya matahari dan banyak lagi sebabnya. Tentunya anda akan mencari pelbagai penyelesaian untuk menghilangkan masalah ini.

Tak perlu berhabis wang ringgit untuk mengatasi masalah ini. Hanya amalkan petua ini, pasti masalah anda selesai. Petua miliki bibir ‘pinky’ macam bayi ini dikongsi oleh Fahaniza Bakri menerusi akaun Facebooknya.

Berikut merupakan perkongsiannya. Selamat mencuba!

Bibir dah kusam kan, yela segala mak nenek lipstik kita dah letak ni. Kadang jadi gelap nampak lesu je bibir tu.

Tambah pulak sekarang musim panas, kurang minum air. Dah jadi kuping kering bibir tu. Kesian bibir, jangan pulak pegi kopek. Kang bertambah luka nanti.

Meh Kak Niza ajar buat lips scrub.Mudah sangat guna 3 bahan je.

Bahan yang mudah dapat kat dapur korang je ni.

Paling penting korang kena rajin la scrub baru bertambah suwitt nanti.

Bahan-bahan:

  • Minyak zaitun (boleh diganti dengan madu atau minyak kelapa dara)
  • Serbuk kayu manis
  • Gula
  • Bekas
Foto: Facebook Fahaniza Bakri

Cara-cara:

#Step 1:

Campurkan je 3 bahan tu sesedap rasa korang la. Anggar je la sesudu setiap bahan. Kang korang pergi sukat pulak. Hehe

#Step 2:

Kacau rata semua bahan. Nampak macam sambal belacan boleh cicah dengan mangga kan. Hehe

#Step 3:

Dah siap masuk je bekas yang comel. Yang mudah korang nak guna selalu. Tupperware kecik-kecik pun boleh jek.

Sumber: Facebook Fahaniza Bakri

Published by
Naqiyatul Uzma