Kita sering ingat cara untuk jaga kebersihan hanya datang dengan cara kita mencuci tangan dari bersentuh dengan muka. Tak di sangkal lagi, ramai juga yang tahu tentang keburukan jika tidak membasuh berus mekap, namun, ramai yang endahkan perkara ini.
Mungkin adakah ia tidak nampak secara zahir bakteria yang boleh membiak di permukaan berus mekap? Atau adakah kita sememangnya alpa tentang kesan yang boleh memudaratkan kita?
Sejujurnya, ramai yang akan mengakui bahawa mereka tidak lupa malah cuma akan bertangguh untuk membersihkan alat-alat solekan mereka. Kita harus ingat walaupun solekan boleh menutup cela dan berikan solekan yang tampak mulus, jika kesan yang akan datang memudaratkan, susah buat diri ini jua.
Menurut perkongsian di Womenshealth, terdapat beberapa kesan sampingan yang boleh memberikan kemudaratan yang ramai tidak ingini berlaku terutama sekali di muka. Jadi apa yang kami akan kongsikan bakal membuatkan anda serta-merta basuh berus mekap selepas ini.
1. Tumbuh jerawat! (breakout)
Ads
Menurut Hadley King, MD, berus mekap banyak menyerap dan dilapisi dengan kotoran, jadi minyak yang ada boleh menyumbatkan pori-pori di muka dan menjadi punca kepada pertumbuhan jerawat di muka. Tidak kira alat mekap seperti berus concealer ataupun berus mekap yang lain, ia perlu di basuh sekali seminggu supaya dapat menjaga kebersihan bagi menghindari perkara yang tak di ingini berlaku.
Cara membasuk alatan solek ini mudah sahaja kerana anda perlu ada sabun pencuci (tidak kira sabun bayi, badan ataupun sabun yang khusus untuk basuh berus mekap) dan lalukan di atas air serta sental menggunakan telapak tangan. Kesan-kesan mekap akan keluar sewaktu membasuh dan anda akan lihat bertapa kotornya alatan mekap anda yang kerap anda pakai di muka.
2. Mekap tidak sekata
Ads
Ya, mekap yang tidak sekata atau ‘cakey‘ terjadi akibat alatan solek yang tak di basuh dengan betul dan kotor. Hal ini kerana setiap produk krim seperti concealer dan foundation mempunyai tekstur yang likat. Tektsur yang tinggal begitu lama di alatan solek boleh menyebabkan mekap anda menjadi sangat capuk dengan pertambahan produk krim yang berlebihan.
Ada juga di kalangan kita yang sering berkongsi alatan solek tanpa risau kesan yang boleh di berikan. Kadangkala, kita juga ada terdetik untuk hentikan tabiat itu tapi di sebabkan mereka yang pinjam itu adalah kawan, kita mengalah. Adakah anda mengalah dan ingin menempah kemudaratan di kemudian hari? Itu persoalannya.
Jadi anda perlu tahu bahaya berkongsi alat solek terutama sekali buat kulit yang bermasalah. Kulit bagi setiap orang berbeza, begitu juga apa yang produk yang mereka letakkan di muka. Walaupun hanya sekadar untuk menyapukan blusher di pipi, bakteria boleh merebak dari satu muka ke muka yang lain.
Jadi anda telah ketahui kesan-kesan yang boleh memudaratkan kepada kesihatan kulit. Jangan lengahkan lagi dan mula untuk rajinkan diri anda untuk membasuh alatan mekap untuk mencegah dari sebarang kecelakaan yang boleh berlaku. Kekal cantik dengan bijak sis!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kanta sentuh adalah alat optik yang dibuat bahan sintetik seperti silikon. Tujuan utama penggunaan kanta lekap adalah untuk membetulkan masalah mata rabun seperti rabun jauh, rabun dekat serta rabun silau (astigmatism).
Walaubagaimanapun, sejak kebelakangan ini, kanta sentuh sering digunakan atas tujuan kosmetik. Malangnya, ramai pengguna tidak mengetahui tentang cara penggunaan kanta lekap yang betul sehingga membawa kepada banyak komplikasi.
Keadaan ini bertambah menyedihkan apabila sebilangan komplikasi ini menyebabkan kebutaan. Adalah penting bagi pengguna untuk menerima pendidikan yang betul tentang kanta sentuh untuk mencegah komplikasi. Pada tahun 2007 hingga 2008, di Malaysia, terdapat 202 kes ulser kornea atau kudis mata disebabkan penggunaan kanta sentuh. Majoriti (70%) adalah perempuan antara umur 20 hingga 30 tahun.*
Apakah Komplikasi Penggunaan Kanta Sentuh Yang Tidak Sesuai?
Contact-lens Acute Red Eye Syndrome (CLARES) – iaitu sindrom mata merah yang disebabkan radang pada mata. Ia terhasil daripada tindakbalas yang berlaku terhadap bakteria atau protein yang terbentuk daripada tindakbalas Antara permukaan kornea dan kanta sentuh
Allergic reaction – tindak balas alahan di mana mata menjadi merah dan gatal
Corneal abrasion – Luka pada lapisan kornea
Dry eyes – Mata kering
Neovascularisation – Penghasilan salur darah pada kornea yang menyebabkan mata kelihatan merah dan penat
Corneal ulcer – Jangkitan kuman yang menyebabkan ulser kornea atau kudis mata. Ini merupakan komplikasi yang amat dikhuatiri kerana ia boleh menyebabkan kebutaan pada mata di mana pemindahan kornea harus dilakukan untuk mendapatkan penglihatan yang baik
Apakah Gejala atau Simptom Sekiranya Berlaku Komplikasi Seperti Kudis Mata? Dan Apakah Yang Perlu Saya Lakukan?
Kesakitan pada mata, mata menjadi merah, penglihatan yang menurun atau penghasilan discaj pada mata. Jika gejala-gejala ini berlaku, sila lawati doktor mata secepat mungkin kerana rawatan segera diperlukan untuk mencegah komplikasi lanjut.
Siapakah Yang Berisiko Untuk Mendapat Komplikasi Tersebut?
Individu yang kurang pemahaman, kesedaran dan pengetahuan mengenai kanta lekap
Kebersihan diri yang rendah seperti kuku yang kotor dan tidak membasuh tangan ketika mengendalikan kanta sentuh
Memakai kanta sentuh yang berpanjangan atau dilanjutkan melebihi tempoh yang disyorkan
Menyimpan kanta sentuh di tempat kotor seperti di bilik mandi
Membersihkan dengan air paip atau menggunakan larutan kanta lekap (contact lens solution) yang tercemar
Berenang sambil memakai kanta sentuh
Pesakit diabetes
Apakah Cadangan dan Nasihat Untuk Pengguna Kanta Sentuh?
Sebaiknya, setiap pengguna kanta sentuh perlu mendapatkan priskripsi daripada individu professional seperti pegawai optometri. Mereka akan mencadangkan jenis kanta lekap yang sesuai untuk pengguna tersebut. Selain itu, mereka juga akan melakukan ujian pemasangan kanta sentuh untuk melihat kesesuaian terhadap pengguna tersebut.
Mana-mana pengguna harus dididik tentang bagaimana untuk meletakkan dan mengeluarkan kanta sentuh, tempoh penggunaan, kaedah pembersihan dan penyimpanan yang betul, serta gejala awal jika komplikasi berlaku. Jika anda merancang untuk menggunakan kanta sentuh, sila lawati kedai cermin mata yang mempunyai perkhidmatan oleh pegawai optometris terdekat anda untuk mendapatkan preskripsi dan pendidikan yang betul mengenai kegunaannya.
SUMBER: Dr Aniah
Pakar Mata dan Pensyarah Perubatan, Universiti Putra Malaysia (UPM)
* Goh, P. P. et al. (2010) ‘Contact lens–related corneal ulcer: a two-year review.’, The Medical journal of Malaysia, 65 Suppl A, pp. 120–3.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sekarang bermacam-macam fesyen tudung yang ada di pasaran. Belum campur dengan pelbagai rekaan, ada yang instan, selendang labuh, paras dada ataupun sarung sahaja dengan menggunakan pelbagai fabrik. Sebagai perempuan memang rambang mata dibuatnya. Lebih-lebih lagi jika didatangkan dengan harga promosi sungguh di luar jangkaan.
Namun begitu, adakah kita rasa tudung yang dipakai mengikut syariah yang ditetapkan agama? Terutama bahagian menutup bawah dagu yang ramai tidak ambil kisah perkara ini. Bagi mereka janji rambut ditutup sudah memadai dan dikira menutup aurat.
Menurut Ustaz Azhar Idrus dalam satu siri ceramahnya, tiada hadis yang menunjukkan dengan tepat bahagian dagu ini. Yang ada cuma hadis yang menyebut bila perempuan memasuki usia baligh dia wajib menutup bahagian tubuh kecuali muka dan telapak tangan. Tapi yang terbaik menurut Ustaz Azhar adalah keluar dari khilaf yakni bila memakai tudung pakailah sehingga tutup bahagian bawah dagu.
Selain isu bawah dagu, perlu tahu cara pemakaian hijab mengikut syariat. Di sini juga disertakan 10 panduan untuk diikuti sebagai seorang wanita Muslim.
Tudung perlu labuh menutup bahagian dada.
Kalau boleh pakai warna polos sahaja agar tidak menarik perhatian orang terutama lelaki.
Jangan lupa pakai ‘inner neck’ sebelum menyarung apa-apa tudung.
Pakai rekaan yang selesa sahaja dan tidak terlalu berbelit-belit.
Menutup seluruh badan.
Tidak memakai hiasan yang mengundang pandangan lelaki.
Pasti para hijabi mempunyai banyak koleksi tudung di rumah. Daripada koleksi tudung bawal ke shawl, pashmina, sifon, silk dan sebagainya. Namun selepas memakainya, tahukah anda cara yang sesuai untuk mencuci tudung agar tahan lama, tak cepat rosak dan warnanya terpelihara?
Jangan biarkan koleksi tudung bawal dan shawl yang letop pudar sebelum waktu. Ikuti aturan tip ini supaya himpunan tudung anda terjaga dan tahan lebih lama, lagi-lagi shawl yang berjenama dan boleh tahan harganya.
1. JANGAN SENTAL
Untuk mencuci tudung, harus diingatkan, tudung tersebut tidak diramas – ramas. Kami tahu ramai suka meramas tudung ketika mencuci. Kononnya nak lebih bersih. Cara ini boleh merosakkan tudung. Cara yang betul adalah cukup dengan mencelup dan mengangkat tudung beberapa kali sehingga bersih daripada bahan pencuci.
2. PELEMBUT
Selepas selesai celup dan angkat beberapa kali, rendamkan tudung sebentar di dalam campuran air bersama pelembut selama 10-15 minit. Selepas 15 minit, bilas tudung tersebut bersama air bersih. Jemur di kawasan yang redup. Elakkan menjemur tudung di bawah cahaya matahari yang terlalu terik. Jika tidak, lama-kelamaan, tudung akan menjadi rosak dan warna akan menjadi pudar.
3. ELAKKAN MESIN BASUH
Untuk mencuci tudung, elakkan membasuh menggunakan mesin basuh kerana ia berpeluang merosakkan tudung. Cukuplah sekadar cuci pelembut dan tidak menyentalnya.
4. PENGASINGAN
Biasakan diri untuk mencuci tudung bersama tudung sahaja dan tidak mencampurkan dengan kain atau pakaian lain. Banyak kes di mana warna baju turun dan merosakkan tudung. Maka untuk mengelakkan hal ini berlaku, asingkan tudung sebelum mencuci dan basuh tudung sahaja.
5. GANTUNG
Sebaiknya gantung tudung anda. Kebanyakkan dari kita suka lipat dan kadang-kala ia memberikan kesan pada corak tudung.
BACA ARTIKEL INI:
Seperti baju juga, sekiranya tudung yang dibeli mempunyai label aturan membasuh, anda dinasihatkan agar dibasuh dengan cucian tangan kerana kami tahu tudung tersebut terlalu berharga untuk di’rosakkan’.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...