Apabila menginjak usia dewasa, pasti minat para gadis terhadap barang kemas mula bercambah. Kilauannya yang bercahaya pasti memukau mata-mata yang memandangnya. Namun, tak ramai yang menitik beratkan soal penjagaannya hingga hilang serinya.
Jangan begitu sis! Kalau nak aksesori yang dipakai itu tahan lama, cuba kita ikuti tips yang diberikan oleh pakar pembuat barang kemas iaitu Muhammad Hazim Wathiq Muhammad Ridzuan ini. Pastinya barang kemas yang kita pakai itu akan kembali ‘lip-lap’ seperti baru dibeli.
Elakkan daripada semburan bahan kimia contohnya minyak wangi. Cecair asid juga perlu dielakkan. Itu kita kena jaga sebab itu kita perlu kerap mencuci barang kemas mengikut jenis materialnya.
Pastikan cincin itu betul-betul ngam dan fit dengan jari kita. Jari kita ada waktu kembang dan kucup dia. Jika nak tempah cincin, di awal pembuatan lagi kita sudah ambil ukuran saiz yang betul supaya dalam apa jua waktu dan cuaca, cincin itu tetap lekat dan terletak elok.
Cuaca juga mainkan peranan, biasanya waktu hujan atau sejuk jari kita akan mengecut. Lebih-lebih lagi waktu mandi di sungai. Itu lagilah mudah untuk jatuh dan hilang.
Pastikan alihkannya ke jari di tangan kiri. Tak perlu letak merata. Letak sahaja di jari belah tangan kiri sewaktu hendak makan. Minda kita akan automatik bagitahu rasa tidak selesa nanti jadi kita akan tukarkannya ke posisi yang asal semula. Itu lebih baik daripada kita letak merata atau tambah teruk lagi boleh jatuh dalam lubang singki.
Simpan di tempat bertutup agar kilatannya tidak pudar. Pakai mengikut suasana yang betul. Jangan pakai ketika hendak berkhemah pula. Kita harus ikut kesesuaian tempat yang betul.
Jangan terdedah kepada angin, sentiasa cuci barang kemas. Guna sabun biasa pun boleh. Pastikan sentiasa lap barang kemas itu. Seeloknya gunakan kain khas untuk mengelapnya kerana ianya diperbuat daripada berlainan jenis batuan seperti emas, perak dan lain-lain lagi. Macam manusia, kalau sayang kita jagalah betul-betul!