Sudah pasti ramai yang inginkan badan yang ideal, cantik dan menawan. Bila tengok badan artis atau selebriti di media sosial, pastinya ia memberikan kamu inspirasi untuk menjadi seperti mereka.
Ada kalanya kamu sudah berusaha untuk diet tapi tidak berhasil. Ha! Pasti ada perkara yang kamu silap dalam menu diet kamu. Apa yang penting, sumber protein kamu jangan tinggalkan tau!
Protein dalam diet adalah penting untuk tubuh badan kita dalam melakukan pelbagai fungsi penting. Salah satu fungsi utamanya adalah untukmembina, memperbaiki, dan mengekalkan tisu tubuh. Bagi memastikan pengambilan protein memenuhi semua keperluan, penting untuk kamu mengambil proteindaripada sumber haiwan dan tumbuhan,” jelasnya.
SUMBER PROTEIN HAIWAN
Makanan berasaskan haiwan adalah sumber protein yang berkualiti tinggi serta tinggi dengan zat besi, zinc dan vitamin B12. Namun begitu, sebahagian sumber protein haiwan seperti potongan daging lembu berlemak, khinzir, kambing, itik, daging terproses, dan organ adalah tinggi dengan lemak tepu dan kolesterol.
Oleh itu, orang ramai harus mengambil daging dan ayam dalam jumlah yang sederhana dan memilih bahagian yang kurang lemak serta lebihkan ikan dalam diet. Ikan mempunyai kurang kandungan lemak tepu, dan ikan berminyak seperti salmon, trout dan hering adalah kaya dengan asid lemak omega-3, sejenis lemak yang baik untuk kesihatan.
Ads
Ramai yang mengambil lebih makanan berasaskan protein haiwan. Mungkin ini salah satu sebab utama mengapa orang ramai mengalami masalah lebih berat badan dan obesiti atau mempunyai kolesterol yang tinggi.
SUMBER PROTEIN TUMBUHAN
Sementara itu, makanan seperti kekacang, kacang dan bijian adalah contoh sumber protein tumbuhan yang mempunyai banyak kebaikan seperti, kandungan kalori yang lebih rendah dan tidak mengandungi kolesterol.
Selain itu, ia juga kaya dengan fitonutrien, yang berfungsi sebagai antioksidan, serta boleh mengurangkan risiko beberapa penyakit kronik berkaitan diet seperti penyakit kardiovaskular dan kanser termasuk kaya dengan serat yang penting untuk penghadaman, dan menggalakkan kesihatan usus yang baik. Tambahan lagi, makanan kekacang ini juga mempunyai sumber vitamin dan mineral.
Sesetengah protein tumbuhan mungkin mempunyai kurang asid amino yang spesifik, iaitu blok asas untuk membina protein. Ini boleh diatasi dengan mudah dengan mencampur beberapa jenis makanan berasaskan tumbuhan dalam diet, sekaligus dapat meningkatkan kualiti protein. Untuk pilihan yang lebih sihat, makan pelbagai makanan berprotein dan pilih makanan berasaskan protein tumbuhan dengan lebih kerap.
Ads
Tip masakan yang boleh kamu cuba untuk menu diet kamu:
1. Panggang atau goreng bijian dan kekacang tanpa menggunakan minyak dan simpan di dalam bekas kedap udara sebagai snek sihat! Letakkan juga kekacang di dalam masakan atau sebagai hiasan pada makanan dan pencuci mulut seperti yogurt dan minuman. Nota: Kacang dan bijian juga tinggi dengan kalori; pastikan anda tidak terlebih mengambilnya.
2. Gantikan daging dengan lentil dalam resepi bebola daging kamu!
Ads
3. Untuk membuat tofu nuget, potong sebuku tofu yang keras kepada potongan kecil, salutkan dengan serbuk roti dan bakar tofu tersebut.
4. Potong tempeh dan goreng di atas kuali leper tanpa minyak untuk membuat filet-o- tempeh!
5. Pilih bahagian ayam yang tidak berkulit atau buang kulit sebelum masak.
6. Kamu boleh kukus, rebus, panggang atau bakar ikan untuk pilihan yang lebih sihat.
Selamat mencuba!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Jerawat selalunya memang merunsingkan terutamanya bagi kaum wanita. Memang normal sekiranya seseorang individu mengalami masalah jerawat.
Tetapi, sekiranya anda alami jerawat yang teruk, tentunya keyakinan diri juga merudum dan anda malu untuk berhadapan dengan orang ramai.
Jerawat sebenarnya boleh dicegah. Cuma anda perlu tahu faktor penyebabnya dahulu sebelum mencegahnya.
Jerawat Di Dahi
Bagi anda yang mengalami masalah jerawat pada dahi, ia bermakna anda mengalami gangguan pencernaan. Anda digalakkan melakukan dua diet iaitu diet makanan berlemak tinggi dan diet makanan ringan.
Selain itu, anda juga disarankan minum air putih dan dapatkan tidur yang cukup sekurang-kurangnya tujuh hingga sembilan jam setiap malam.
Jerawat Di Pipi
Gaya hidup yang tidak sihat serta stress menjadi faktor mengapa jerawat tumbuh pada pipi. Selain itu, kebiasaan merokok serta alergi juga boleh menjadi faktor penyebab jerawat.
Untuk mengatasinya, banyakkan pengambilan sayur hijau dan kurangkan pwngambilan susu serta daging.
Jerawat Di Dagu & Bibir
Biasanya, jerawat yang muncul pada dagu dan bibir adalah disebabkan oleh perubahan hormon dan stress. Faktor lain penyebab jerawat adalah disebabkan kurang minum air.
Jadi, untuk mengatasi masalah ini, anda perlu mendapatkan tidur serta rehat yang cukup dan ambil makanan yang seimbang. Minum air putih secukupnya kerana kurang minum air akan menyebabkan penyakit lain pula yang datang
Jerawat Di Hidung
Jerawat pada hidung akan menyebabkan anda moody satu hari kan! Dah la sakit, orang nampak pulak tu jerawatnya.
Jerawat yang muncul pada hidung menandakan anda mempunyai masalah pencernaan serta peredaran darah yang kurang baik. Penyelesaiannya, anda disarankan mengambil makanan organik dan bebas radikal.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Aura figura ini begitu kuat sekali tarikannya. Bukan sahaja di negara kelahirannya, Indonesia tetapi melewati bumi Malaysia. Jika tidak masakan beliau berjaya mengumpul followers di laman sosial Instagram hingga 25 juta.
Pemilik nama Laudya Cynthia Bella, 31 tahun ini nyata mempunyai tarikan tersendiri. Bukan sahaja dianugerahkan oleh Illahi seraut wajah jelita, tetapi juga punya personaliti cukup menyenangkan. Sikapnya yang merendah diri, mudah mesra dan tidak lokek senyuman menjadi pakej lengkap bagi anak kelahiran Bandung, Indonesia ini.
Perkahwinannya dengan personaliti dari Malaysia, Engku Emran sekitar tiga tahun lalu turut memberi impak kepada pengikutnya tidak kira di Indonesia atau Malaysia. Malah perkahwinan keduanya yang dianggap ‘wedding of the year’ ini turut memberi petanda baik hubungan dua hala antara negara berjiran.
Biarpun mempunyai tugasannya sendiri di tanah kelahiran, namun anak keempat dari empat orang adik beradik ini tidak sedikitpun rasa lelah berulang alik dari Bandung ke Kuala Lumpur. Memahami tugas sebagai isteri yang perlu berada di samping suami, Laudya Cynthia Bella atau mesra dipanggil Bella berkata jarak tidak jadi penghalang untuk menghangatkan cinta mereka.
Ketika kunjungan ke Malaysia baru-baru ini, Hijabista sempat membuat temujanji untuk sesi fotografi dan temubual bertanya perkembangan terkininya sambil mencungkil sisi peribadi beliau yang ramai tidak tahu.
Menunaikan Tanggung Jawab Sebagai Seorang Isteri Dan Juga Turut Bergelar Usahawan
Untuk perkembangan terkini, Bella masih lagi sibuk menguruskan kerja dan dalam masa sama menunaikan tanggung jawab sebagai seorang isteri dan juga turut bergelar usahawan.
Kita boleh lihat Bella kini semakin aktif bergelar usahawan dengan permulaan membuat kek Makuta, menjual hijab dan kemudiannya pula mahu mengeluarkan jenama baju sendiri. Apakah Bella sudah tidak mahu menceburkan diri dalam bidang lakonan?
Sebenarnya Bella masih lagi aktif berlakon. Cumanya Bella hadkan aktiviti seni dengan hanya menerima tawaran satu filem dalam setahun. Ini kerana sebaik saya berkahwin, priority memang lebih kepada keluarga saya.
Rutin Berulang-ali Dari Bandung Ke Kuala Lumpur Sedikit Pun Tidak Menyusahkan Bella
Terus terang Bella akui, travel ini sedikit pun tidak menyusahkan. Malah Bella sangat enjoy menikmati travel antara kedua buah negara. Ini kerana Bella memang suka travelling, jadi perkara itu tidak menjadi masalah. Lagipun tidak jauh, hanya beberapa jam sudah sampai ke destinasi. Kita andaikan, jika breakfast di Bandung, makan tengah hari dan malam di Kuala Lumpur.
Tenang Apabila Menyarungkan Hijab
Alhamdulillah Bella sudah empat tahun berhijab. Memang Bella rasa sangat tenang apabila dapat menyarung hijab di kepala sejak empat tahun lalu. Alhamdulillah sehingga hari ini Bella masih kekal berhijab.
Bella mula mengenakan tudung pada 28 Januari 2015. Bella memang sudah beberapa kali mengerjakan umrah dan ketika itu terfikir mudahnya Allah beri rezeki untuk ke rumahNya. Dan setiap kali pulang dari mengerjakan umrah, stail rambut terbuka dan dipertontonkan kepada umum. Jadi terasa begitu banyak kongsi dosa kepada orang lain yang mengikuti stail saya. Dari situ saya terfikir untuk berubah. Kenapa kalau sebelum ini saya hanya menuruti kata orang lain, tetapi suruhan Allah yang wajib ini kita jauhi. Akhirnya saya nekad untuk berhijrah dan terus belajar mendalami agama Islam. Bagi Bella agama Islam itu sangat indah dan sempurna sekali. Bella bersyukur kerana mendapat sokongan dari keluarga dan teman-teman.
Sejak Berkahwin Bella Sangat Menitik Beratkan Soal Aurat
Sebenarnya Bella seorang yang sangat simple. Asalkan cantik dan berpadanan dengan gaya Bella sebagai seorang isteri dan wanita muslimah. Dalam hal ini Bella suka gaya Lfashion. Sejak berkahwin, Bella sangat menitik beratkan soal aurat dan suami Bella gemar Bella memakai yang longgar dan tidak menampakkan susuk tubuh.
Pandangan Bella bagi mereka yang berhijab tetapi tetap boleh bergaya on point dan tetap cantik secara luaran dan dalaman.
Bagi Bella walaupun kita berhijab tetap masih boleh stailo tetapi memenuhi ciri wanita Islam. Misalnnya Bella selesa menggayakan baju lengan panjang dipadankan dengan celana atau skirt labuh. Juga menggayakan hijab yang menutup dada dan Bella juga perlahan-lahan belajar untuk memakai stoking tangan dan kaki serta baju pula tidak terlalu ketat. Bella juga lebih suka menggayakan hijab square tetapi masih berusaha untuk cuba untuk menggayakan shawl.
Niat Tetap Istiqomah
Tidak dinafikan memang payah bagi seseorang itu untuk kekal istiqamah, tetapi Bella masih mampu melakukannya. Boleh beri 5 tip mudah untuk berhijab.
1. Niat 2. Istiqomah 3. Yakin apa yang dilakukan hanya untuk Allah 4. Pada masa nak memakai niat dalam hati, “Saya lakukan ini hanya untuk Allah SWT”. Tolong berikan kenyamanan yang MashAllah”. 5. Memakai hijab yang fabriknya bagus, jadi akan membuatkan kita rasa selesa.
Dikurniakan wajah yang cantik dan halus adalah anugerah dariNYa, untuk kekalkan keindahan yang diberi olehNya Bella juga seperti hijabi di luar.
Memang Bella sangat menitik beratkan soal penjagaan wajah kerana ia adalah anugerah dari Allah. Biasanya kalau tiada shooting, memang Bella akan biarkan wajah polos tanpa mekap malah tidak juga mengenakan foundation. Selalunya Bella akan memakai krim, vitamin, serum dan juga ginseng untuk muka. Bella juga tidak lupakan penggunaan oil ginseng pada waktu malam, mask dan sunblock setiap kali keluar rumah. Paling tidak dilupakan adalah minum air putih. Lagi banyak minum lagi bagus untuk kesihatan. Bella memang tidak ambil minuman teh ataupun soda.
6 barang yang memang wajib ada dan dibawa oleh Bella dalam beg
Bahagikan Masa Sebagai Seorang Isteri, Usahawan Dan Juga Kerjaya Sebagai Pelakon.
Sebenarnya sekarang ini Bella memang banyak hadkan masa untuk berlakon. Lebih fokuskan kepada urusan bisnes dan sudah mula menjual tudung dengan membuka butik di Malaysia. Di sini urusan kerja hanya 20 peratus sahaja tetapi selebihnya memang banyak diluangkan di Indonesia. Ini kerana segala aktiviti kerja banyak tertumpu di Indonesia.
Ramai hijabi muda di luar sana yang mahu menjadi seorang usahawan seperti Bella. Ini tip yang boleh Bella kongsikan untuk hijabi jadi usahawan berjaya seperti Bella.
1. Berdoa dan minta doa kepada orang tua.
2. Rajin amalkan sedekah
3. Jujur dengan produk yang dijual
4. Menyukai dan memakai produk dijual.
5. Sentiasa fokus
Hasrat 2019 Dan Fokus Menyambut Puasa
Tahun ini tahun ketiga berpuasa bersama suami, suasanaanya di Malaysia dan Indonesia
sangat berbeza berpuasa di kedua-dua buah negara ini. Bagi Bella, kalau di Malaysia memang Bella fokus melakukan ibadah. Jika di Indonesia pula, Bella perlu menghadiri banyak acara atau jemputan berbuka puasa bersama keluarga serta teman-teman. Jadi Bella memang lebih senang berpuasa di Malaysia.
Bercerita mengenai hasratnya melangkah ke tahun 2019, tentu sahaja Bella dan suami ingin menimang cahaya mata insyallah rezeki Allah Bella terima dengan hati terbuka.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Walaupun kebanyakan selebriti menyelinap pergi ke klinik kosmetik untuk menerima semua jenis rawatan anti-kedutan yang tidak invasif, Amanda Seyfried pilih santai di rumah.
Pelakon itu lebih suka mengelak daripada suntikan seperti ‘Botox’ dan ‘filler’ sebagai pengganti penjagaan kulit yang bergaya yang telah mengambil TikTok oleh ribut baru-baru ini. Dalam temu bual dengan dalam majalah antarabangsa Allure, Amanda mengakui dia “suspek Botox.”
“Saya cuma…dan kebanyakan kawan saya melakukannya juga. Apa yang berlaku kepadanya selama bertahun-tahun?” tanya pada diri sendiri.
“Saya mempunyai ‘1’ di dahi saya,” dia menyambung, merujuk kepada garis di tengah-tengah dahinya. “Semua orang tahu mengenainya.”
Penyelesaiannya untuk melepaskan diri daripada cengkaman jururawat kosmetik terkemuka Hollywood? Lalu ini tindakannya!
“Saya menggunakan sekeping pita apabila saya tidur. Ia dipanggil Toute Nuit,” dia mengaku kepada penerbitan itu.
“Ia hanya pita pembedahan dalam bentuk segi tiga untuk mengekalkan kedutan santai,” jelas Seyfried. “Saya menggunakan yang baru setiap malam.”
Dan dia bukan satu-satunya yang mendapat manfaat daripada peretasan anti-kedut yang menarik. Malah diakui super model terkenal Bella Hadid baru-baru ini, juga mendedahkan dalam temu bual dengan Vogue bahawa dia menggunakan pita muka secara ritual: “Ini helah tertua dalam buku kecantikannya, ” kongsinya.
Ia telah mengubah wajahnya dengan begitu drastik sehingga orang ramai sentiasa menyindir bahawa dia mempunyai prosedur ‘filler’ dan mata kucing.
“Orang ramai menyangka saya merajuk sepenuhnya dengan muka saya kerana satu gambar saya semasa remaja kelihatan sembap,” katanya. “Saya agak pasti anda tidak kelihatan sama seperti yang anda lakukan pada usia 13 tahun, bukan?”
“Saya tidak pernah menggunakan ‘filler,” dia memberi jaminan. “Mari kita tamatkan perkara itu. Saya tidak mempunyai masalah dengannya, tetapi ia bukan untuk saya.”
TikTokers telah berkongsi perjalanan mereka dengan pita anti-kedut udan hasilnya sangat mengagumkan, ramai pencipta kandungan telah dituduh menyunting foto selepas mereka menggunakan.
Ingin mencuba sendiri penggodaman anti-kedut yang menarik ini? Beberapa tape anti-kedut yang hanya dijual di Malaysia hanya tertumpu di bahagian mata. Anda boleh cuba mencari di pasaran luar. Selamat mencuba!
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...