Ramai di antara kita yang akan menunggu untuk mengemas rumah pada hujung minggu sedangkan kadangkala tidak sampai hari Rabu rumah sudah bagai tongkang pecah.
Jadi admin berikan rutin cepat dan mudah untuk mengemas tatkala hari minggu tetapi tidak mengambil masa dan tenaga yang berlebihan.
1. Kunci #1 dalam menjaga kebersihan rumah adalah dengan memiliki rutin. Rutin harian dan mingguan wajib ada.
Mula-mula pasti sukar untuk mengamalkannya tetapi bak kata pepatah, ‘alah bisa, tegal biasa’.
Rutin Harian Wajib Buat
a. Kemaskan katil.
b. Sapu kawasan yang berhabuk dan jelas kotor.
c. Angkat pakaian yang berterabur/barang yang tidak berada di tempatnya selama 10 minit.
d. Lap kaunter di dapur.
e. Pastikan sinki tiada pinggan mangkuk kotor.
Cuba untuk lakukan rutin harian ini secara konsisten agar rumah anda kelihatan agak kemas. Daur anda akan kelihatan lebih baik tanpa tompokan minyak dan kotoran pada kaunter dan juga pinggan mangkuk kotor dalam sinki.
Lantai rumah walaupun tidak bermop, sudah cukup tampak bersih dengan menyapunya setiap hari. Anda boleh sahaja membuat senarai rutin harian berdasarkan kelapangan dan tahap baki tenaga anda.
2. Seterusnya, sediakan rutin mengemas mingguan yang terdiri daripada tidak lebih dari tiga tugasan setiap hari dan ada jangka waktunya.
Tidak melakukan semua tugasan serentak dan hanya tiga sahaja membantu mengelakkan anda keletihan berlebihan dan juga dapat menjadikan rumah anda kekal kemas dan teratur. Habiskan masa minimum 10 minit dan maksimum 45 minit untuk setiap tugasan.
Set masa anda dan ini akan membantu anda mengemas dengan efisyen dan cepat.
Ads
Hari Isnin
a. Dapur (30 minit).
b. Ruang tamu (15 minit).
c. Laundri: cadar sahaja.
Hari Selasa
a. Bilik air (30 minit).
b. Bilik tidur (15 minit).
c. Laundri: pakaian sahaja.
Ads
Hari Rabu
a. Vakum (30 minit).
b. Mop (30 minit).
c. Laundri: Kain buruk/pengelap kaki.
Hari Khamis
a. Ruang pejabat/membaca/surau rumah (15 minit).
b. Periksa rumah (10 minit)
c. Laundri: pakaian.
Ads
Hari Jumaat
a. Bersihkan peti ais (15 minit).
b. Kemaskan sepahan (15 minit).
c. Laundri: barangan haiwan peliharaan.
Rutin pembersihan sepanjang hari minggu membenarkan anda:
1. Balik kampung atau bercuti ke mana-mana.
2. Menghabiskan masa bersama keluarga melakukan aktiviti yang bukan mengemas rumah.
3. Jika anda memiliki lebihan masa pada hari minggu, mengapa tidak?
4. Boleh melakukan pengemasan rumah menyeluruh pada hujung minggu jika anda mahu.
Mungkin bagi mereka yang ada lebihan masa selepas pulang pejabat, bolehlah cuba untuk mengamalkan rutin ini. Jika anda jenis yang bekerja pergi Subuh pulang selepas Marghrib, mungkin agak sukar untuk mencubanya.
Buatlah sekadar yang anda termampu agar anda dan pasangan tidaklah bertekak mengenai kebersihan rumah memanjang dan mata anda juga tidak sakit melihat keadaan rumah. Di samping dapat kuruskan badan dengan aktiiviti harian, sis boleh mencantikkan diri di hujung minggu.
Selamat mencuba!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Selain mekap dan pakaian bersesuaian, salah satu perkara wajib bagi menyempurnakan penampilan seorang wanita adalah pemakaian kasut. Namun jika salah memilih kasut menyebabkan kita tidak rasa selesa untuk melangkah gara-gara beberapa masalah yang dihadapi. Lebih-lebih lagi jika menggayakan kasut baru yang pastinya mendatangkan masalah pertama kali memakainya.
Inginkan kasut yang bergaya, lihat pada kod promo ini
Jika berhadapan situasi begini, janganlah risau atau rasa rugi membelinya kerana ada beberapa penyelesaian yang boleh kita kongsikan di sini. Hanya gunakan beberapa bahan semula jadi segala solusi akan diatasi segera.
#1. BALUT KASUT GETAH DENGAN FABRIK
Sentiasa melecet di celahan jari dan permukaan kaki akibat geseran getah selipar? Balutkan getah sandal leper anda dengan fabrik. Selain dapat mengelakkan melecet, ini juga dapat mengubah sandal leper anda menjadi lebih stailo.
#2. ISIKAN BEDAK BAYI
Letakkan bedak bayi ke dalam kasut anda untuk mengelakkan bunyi berdecit. Solusi terbaik dan cukup pantas!
#3. PANASKAN DENGAN PENGERING RAMBUT
Kasut kain anda sering basah dan lambat untuk kering. Mudah sahaja! Hanya sapukan ‘wax’ lebah ke seluruh bahagian fabrik kasut anda dan panaskan menggunakan pengering rambut.
#4. SAPU GEL DEODORAN
Usah gundah lagi gulana! Kini anda dapat mengelakkan melecet di belakang tumit dengan hanya sapuan gel deodoran.
#5. LETAKKAN UNCANG TEH
Hapuskan bau kasut yang kurang menyenangkan dengan meletakkan uncang teh yang belum digunakan ke dalam kasut anda dan ia akan menyerap bau kurang menyenangkan itu.
#6. KERTAS PASIR
Gunakan kertas pasir ke tapak kasut untuk lebih daya tarik. Ini dapat mengelakkan anda terjatuh akibat tapak kasut yang licin.
Sudah tahu cara atasi masalah bau kasut? Jangan lupa kod promo ini
Penampilan selebriti popular, Lisa Surihani di majlis perkahwinan ahli keluarganya baru-baru ini menarik perhatian ramai dengan penampilan ringkasnya.
Tak perlu belit hijab dengan stail yang sarat, gayanya yang bertudung bawal berwarna mustard mengingatkan ramai kepada fesyen mereka sewaktu zaman persekolahan dahulu. Memang manis sangat!
Lebih 1 juta tontonan, ribuan komen membanjiri laman instagramnya yang rata-rata memuji kerana sukakan gayanya yang sebegini termasuklah rakan artis, Tiz Zaqyah dan Fynn Jamal.
Masa dulu-dulu mesti ramai yang selalu pakai tudung macam Lisa ni. Sis pun sama juga dulu. Selepas ini pasti menjadi trend kembalilah gaya ini. Sopan pun sopan. Why not kan sis?
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sebagai seorang hijabi, mestilah kita suka melaram bukan? Namun, kadang kala stress datang melanda apabila mekap yang dipakai melekat di tudung. Bukan apa, susah untuk menghilangkan kesannya. Seperti juga kesan minyak di tudung, penat ditonyoh dengan sabun namun tak mahu juga hilang.
Kini, hijabi semua jangan risau. Dengan hanya bermodalkan RM 2, anda boleh menghilangkan kesan degil minyak di tudung. Ikuti tips yang telah dikongsikan di Instastory ini. Pasti bermanfaat buat semua.
Mudahnya cara dia!
Seperti biasa,diimport dari IG haha. Maaf kalau lebih banyak spend masa buat tutorial di IG story dari di Facebook. Dari semasa ke semasa hani akan import semua tutorialdari situ ke Facebook supaya lebih ramai dapat manfaat mana yang boleh (InsyaAllah haha). Btw, Autocorrect buat lawak malam-malam ni. Taip sagat dia keluar sangat. Enough dgn hani punya bebelan, Silakan belek gambar satu-satu ya. Semoga bermanfaat.
Mesti semua pernah alami perkara sebegini kan?
Beli dekat kedai Eco je rupanya. Jimat dan mudah!
Akhirnya siap!
Semudah ABC sahaja rupanya langkah yang ditunjuk. Hijabi semua bolehlah mencuba ini di rumah. Tak perlu stress mengenai tudung kotor dah selepas ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...