Pemakaian Nail Polish semestinya cantik dan bergaya. Terutama sekali apabila anda merupakan wanita yang suka berhias. Siapa sahaja tidak mahu kuku mereka nampak cantik. Akan tetapi apakah hukum buat wanita muslimah memakainya dan berwuduk?
Menurut bincang syariah di laman sesawangnya, memakai pengecat kuku itu boleh. Ini kerana, pewarna kuku merupakan benda yang mencantikkan kuku anda dengan pelbagai pewarna. Selalunya kita dapat melihat orang Islam memakai inai untuk mewarnakan kuku mereka. Para wanita pada zaman Rasulullah SAW juga mewarnai kuku dengan inai atau henna. Inai juga merupakan salah satu pewarna kuku yang tidak menjadi masalah buat para wanita.
Artikel Berkaitan: Cara Bersihkan Solekan Pada Wajah Dengan Sempurna Sebelum Ambil Wuduk, Boleh Ikut Tip Guru Imej Ini Kongsi
Selain itu, Rasulullah SAW juga pernah mengatakan wanita perlu mewarnai kuku mereka untuk membezakan antara jari lelaki dan perempuan. Hal ini ada diriwayatkan oleh Imam Nasai dalam sunannya:
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : أَنَّ امْرَأَةً، مَدَّتْ يَدَهَا إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِكِتَابٍ فَقَبَضَ يَدَهُ، فَقَالَتْ: يَا رَسُولَ اللهِ، مَدَدْتُ يَدِي إِلَيْكَ بِكِتَابٍ فَلَمْ تَأْخُذْهُ، فَقَالَ: إِنِّي لَمْ أَدْرِ أَيَدُ امْرَأَةٍ هِيَ أَوْ رَجُلٍ قَالَتْ: بَلْ يَدُ امْرَأَةٍ، قَالَ: لَوْ كُنْتِ امْرَأَةً لَغَيَّرْتِ أَظْفَارَكِ بِالْحِنَّاءِ
dari ‘Aisyah berkata, “Seorang perempuan mengulurkan tangannya kepada Nabi SAW dengan sebuah kitab, wanita itu memegang tangan beliau seraya berkata, “Wahai Rasulullah, aku ulurkan tanganku dengan sebuah kitab namun engkau tidak mengambilnya?! Beliau bersabda: “Aku tidak tahu, apakah itu tangan seorang perempuan atau tangan laki-laki.” Perempuan itu berkata, “Ini tangan seorang perempuan.” Beliau bersabda: “Sekiranya Engkau seorang perempuan, hendaklah kau warnai kukumu dengan pacar (inai).” (HR Nasai)
Menurut bincang syariah, Imam Nasai menghukumi bahawa hadis di atas ini adalah shahih.
Selain daripada itu, Imam Abu Daud juga telah meriwayatkan bahawa hadis ini dengan jawapan yang berbeza dan menghukuminya hasan.Walau apapun, anda perlu memerhatikan dan mengetahui bahan yang digunakan dalam pembuatan pewarna kuku tersebut. Dinasihatkan supaya mengelakkan pewarna kuku yang mempunyai bahan haram yang tercampur di dalamnya.
Anda perlu memerhatikan bahan nail polish tersebut. Ini kerana, sesetengah nail polish boleh menyerap air dan ada juga yang ‘waterproof’ di mana ia tidak akan mudah rosak dan tahan lebih lama. Berbalik semula kepada syarat sah wuduk adalah membasuh anggota-anggota wudhu. Antaranya adalah tangan, dari hujung jari anda sampai ke siku. Oleh itu, kuku menjadi salah satu anggota yang wajib untuk dibasuh!
Menurut bincangsyariah, nail polish waterproof yang boleh menghalang air wuduk ke kuku adalah tidak sah. Ini kerana bahan yang terkandung di dalamnya sahaja sudah menghalang anda dari ambil wudhu dengan sempurna! Nail polish jenis tembus air pula sememangnya sah tetapi untuk mengelakkan anda daripada ragu-ragu, lebih baik tidak memakainya.
Artikel Berkaitan: Ambil Wuduk Tapi Dalam Keadaan Bogel, Sah Ke?
Akhir kata, untuk mendapatkan sah solat, anda tidak perlu lah memakai nail polish. Kalau anda inginkan pewarna pada kuku, anda boleh cuba untuk memakai inai. Selamat dan memang boleh digunakan. Jangan susahkan diri sendiri. Lagi pun leceh untuk anda membersihkan nail polish dahulu sebelum berwuduk.
Sumber: Islami.co / bincangsyariah.com
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.