Pelakon, Ardell Aryana telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada jam 2.22 pagi tadi selepas menahan sakit lebih 16 jam.
Berita gembira ini telah diumumkan oleh suaminya yang tercinta iaitu Nadzmi Adhwa di laman instagramnya.
Dia juga meyatakan rasa terharu apabila dapat melihat sendiri perjuangan dan kesakitan isterinya sewaktu melahirkan anak mereka.
Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Terima kasih keluarga kami yang tak tido tak lekang dengan mendoakan kami Terima kasih atas doa baik baik dari kalian semua. Isteri saya telah selamat melahirkan @babyadhwardell secara normal pada hari Jumaat yang mulia ini, 5 June 2020 , Pukul 2.22.22s pagi tadi selepas berjuang menahan sakit lebih 16 Jam.
Tak tahu nak cakap mana perasaan tu. Sedih , Sayu , Gembira semua bercampur bila melihat sendiri kesakitan dan perjuangan isteri. Terima kasih Dr Khamsiah Muda @andorrahospitalofficial kerana sama sama berjuang dengan @ardellaryana Sekali lagi terima kasih atas doa kalian semua.
Ramai rakan artis serta pengikut laman sosialnya yang mengucapkan tahniah di atas kelahiran cahaya mata pertama mereka ini. Semoga anak tersebut membesar menjadi anak yang solehah. Amin.