Meskipun bakatnya dalam bidang lakonan tidak perlu lagi dipertikaikan dan mempunyai nama yang cukup besar dalam industri lakonan tanah air, Nadiya Nisa mengakui dia jarang ‘terbuka hati’ untuk menerima tawaran melakonkan naskah seram.
Menurutnya, dia bukanlah seorang yang berani untuk berdepan elemen hantu dan tidak mampu mengawal emosi untuk menjayakan watak dalam lakonan bergenre seram.
Bagaimanapun, ketika ditanya mengapa kali ini dirinya menerima lamaran untuk berlakon di bawah arahan pengarah tersohor, Dain Said, bagi menjayakan watak pengamal perubatan tradisional dalam filem Harum Malam, ini respon yang diberikan Nadiya Nisaa.
“Meskipun ragu-ragu untuk terima, pada masa sama, saya memang berhajat berlakon bawah arahan Dain.
“Justeru, untuk meyakinkan saya, pengurus ada ‘tipu-tipu’ sikit, cakap bukan watak hantu dan tidak ada babak kena rasuk sebab tu saya setuju.
“Rupa-rupanya, dia tidak beritahu tentang kesan khas dan sesi solekan yang berjam-jam lamanya,” kata Nadiya Nisaa.
Nadiya Nisaa berkata demikian ketika ditemui Hijabista pada malam gala tayangan filem Harum Malam di salah sebuah pawagam terkemuka di Ibu kota.
Tambahnya lagi, filem Harum Malam adalah filem yang berjaya membuka matanya untuk mengutip sendiri pengalaman membikin filem bergenre ini secara realiti.
Artikel berkaitan: Pakaian Warna Hitam Nampak Cantik Kalau Kena Gaya Padanannya. Buktinya Lihat Stail Selebriti Ini Di FFM29!
“Melihatkan set, props dan tenaga produksi, saya berbangga dan bersyukur menerima tawaran itu walaupun pada awalnya, berbolak-balik,” ujarnya.
Ketika ditanya apakah ilmu yang diperolehnya berlakonndibawah arahan sutradara berpengalaman luas seperti Dain, Nadiya menjelaskan bahawa Dain banyak membantu dan memberi keyakinan kepadanya terutamanya untuk menghayatu dan menjiwai watak tersebut meski terpaksa berdepan rasa takut.
Jelasnya lagi, meskipun ini adalah firem seram pertama yang dilakonkan olehnya namun Nadiya Nisa akui, terlalu banyak ilmu dan pengalaman baharu yang dikutip, setiap pelakon diberi tunjuk ajar dengan baik, hingga setiap pelakon rasa dihargai.
“Bila tengok cara penggambaran, kita tahu ini adalah naskhah yang besar. Ini bukan soal mahu takut-takutkan orang, tetapi ada cerita di sebalik setiap watak,” ujarnya.
Sekadar info, selain Nadiya Nisaa, Harum Malam turut membariskan nama hebat antaranya Remy Ishak, Bront Palare dan beberapa pelakon muda berbakat besar, Idan Aedan. Filem Harum Malam yang bergenre seram, bakal ditayangkan di 90 buah pawagam seluruh Malaysia bermula pada 9 Febuari ini.
Artikel berkaitan: Hijab Bercorak Juga Boleh Serlahkan Personaliti Serta Aura Feminin. Jom Tiru Gaya Selebriti Ini
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.