Meskipun bakatnya dalam bidang lakonan tidak perlu lagi dipertikaikan dan mempunyai nama yang cukup besar dalam industri lakonan tanah air, Nadiya Nisa mengakui dia jarang ‘terbuka hati’ untuk menerima tawaran melakonkan naskah seram.
Menurutnya, dia bukanlah seorang yang berani untuk berdepan elemen hantu dan tidak mampu mengawal emosi untuk menjayakan watak dalam lakonan bergenre seram.
Nadiya Nisaa Cabar Diri Keluar Dari Zon Selesa!
Bagaimanapun, ketika ditanya mengapa kali ini dirinya menerima lamaran untuk berlakon di bawah arahan pengarah tersohor, Dain Said, bagi menjayakan watak pengamal perubatan tradisional dalam filem Harum Malam, ini respon yang diberikan Nadiya Nisaa.
“Meskipun ragu-ragu untuk terima, pada masa sama, saya memang berhajat berlakon bawah arahan Dain.
“Justeru, untuk meyakinkan saya, pengurus ada ‘tipu-tipu’ sikit, cakap bukan watak hantu dan tidak ada babak kena rasuk sebab tu saya setuju.
Ads
“Rupa-rupanya, dia tidak beritahu tentang kesan khas dan sesi solekan yang berjam-jam lamanya,” kata Nadiya Nisaa.
Nadiya Nisaa berkata demikian ketika ditemui Hijabista pada malam gala tayangan filem Harum Malam di salah sebuah pawagam terkemuka di Ibu kota.
Tambahnya lagi, filem Harum Malam adalah filem yang berjaya membuka matanya untuk mengutip sendiri pengalaman membikin filem bergenre ini secara realiti.
“Melihatkan set, props dan tenaga produksi, saya berbangga dan bersyukur menerima tawaran itu walaupun pada awalnya, berbolak-balik,” ujarnya.
Ketika ditanya apakah ilmu yang diperolehnya berlakonndibawah arahan sutradara berpengalaman luas seperti Dain, Nadiya menjelaskan bahawa Dain banyak membantu dan memberi keyakinan kepadanya terutamanya untuk menghayatu dan menjiwai watak tersebut meski terpaksa berdepan rasa takut.
Jelasnya lagi, meskipun ini adalah firem seram pertama yang dilakonkan olehnya namun Nadiya Nisa akui, terlalu banyak ilmu dan pengalaman baharu yang dikutip, setiap pelakon diberi tunjuk ajar dengan baik, hingga setiap pelakon rasa dihargai.
Ads
“Bila tengok cara penggambaran, kita tahu ini adalah naskhah yang besar. Ini bukan soal mahu takut-takutkan orang, tetapi ada cerita di sebalik setiap watak,” ujarnya.
Sekadar info, selain Nadiya Nisaa, Harum Malam turut membariskan nama hebat antaranya Remy Ishak, Bront Palare dan beberapa pelakon muda berbakat besar, Idan Aedan. Filem Harum Malam yang bergenre seram, bakal ditayangkan di 90 buah pawagam seluruh Malaysia bermula pada 9 Febuari ini.
Pelantun lagu Kisah Hati, Datin Alyah yang ditemubual di sebuah majlis berbuka puasa baru-baru ini, berkongsi tentang persiapan raya yang lebih bersederhana.
Menurutnya, sebagai seorang isteri, dia hanya mengikut apa sahaja yang ditentukan oleh suaminya iaitu seorang pengarah muzik terkenal dan disegani di Malaysia, Dato’ Ramli bin Mohd Salleh atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ram.
“Ikutkan hati memang mahu sambutan raya kali ini lebih meriah. Tetapi, Tok Ram orangnya biasa-biasa sahaja. Dia sangat sederhana. Kalau ikutkan Tok Ram, dia berkain pelikat sahaja di pagi raya,” ujarnya.
Tambahnya lagi, dia dan suami selalunya membeli baju baru bukan hanya pada musim raya sahaja. Oleh disebabkan itu, banyak koleksi baju yang masih belum dipakai yang boleh digayakan di Aidilfitri tahun ini.
“Sebenarnya, banyak baju kami yang masih tidak sempat untuk dipakai. Maklumlah, sebelum ini kita beraya saat negara sedang pandemik. Jadi baju raya pun pakai untuk hari raya pertama dan kedua sahaja.
Kalau dahulu, ketika masih bujang, pastinya trend membeli baju baru setiap kali Syawal menjelma jadi ikutan. Tetapi, bila dah bersuami, saya harus ikut rentak dan cara Tok Ram.
Ia bukanlah isu besar pun kerana saya tidaklah begitu mementingkan soal baju raya baru. Tetapi kadang-kala ada juga niat untuk membeli baju baru. Jika ada masa dan peluang, saya membeli secara dalam talian tanpa pengetahuan Tok Ram,” kongsinya sambil tersenyum malu.
Alyah dan Tok Ram mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2013 di di sebuah majlis tertutup yang berlokasi di Indonesia.
Hanis Zalikha antara selebriti yang sudah hampir dua tahun berhijab sejak 2015. Kalau dulu pelakon dan pengacara popular ini cukup aktif berblogging, tetapi kini haluannya sedikit berbeza. Hanis dilihat selesa menjadi suri rumah melayan anaknya Yusuf Iskandar yang sudah berusia hampir setahun. Selain itu Hanis ada juga mengendalikan bisnes tudung dengan jenama Cakenis. Setelah berhijab, ramai yang suka sekali lihat cara pemakaian tudung Hanis yang simple dan ia memang menjadi tumpuan netizen. Kebanyakan follower di instagram yang berjumlah 3.8 juta ini ingin tahu cara pemakaian tudung stail Hanis Zalikha.
Nampak gaya itu sesuai sekali dipakai terutama bagi yang mempunyai anak kecil aktif, lasak dan sedang membesar. Walaupun Hanis sibuk melayan anaknya itu, hijab digayakan tetap terletak cantik di atas kepala. Dia juga tidak perlu gaya keterlaluan hanya cuku sekadar hijabnya di selempang kiri dan kanan. Hanis tetap kelihatan stailo dan caranya yang tersendiri.
Hanis tidak lokek berkongsi tutorial ringkas cara menggayakan hijab seperti yang digayakan setiap hari. Tidak perlu pin, cukup sekadar inner neck untuk menutup leher daripada terdedah. Perkongsian tutorial tudung di laman IG Hanis ini mendapat tontonan 459K. Malah turut mendapat reaksi positif dari netizen.
Setiap minggu kedua di bulan Januari penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza akan menyambut ulang tahun kelahirannya. Dan tahun ini lebih istimewa kerana sambutan kali ke 40 yang dianggap sebagai permulaan memasuki usia 40-an. Melihat perjalanan beliau dari dulu hingga kini nyata Siti semakin matang dan tampak lebih konfiden, terutama bab berfesyen.
Malah sejak mengenakan hijab pada 2013 pada usia 34 tahun ternyata penampilan Siti lebih cantik dan sangat jelita.
Ibu kepada Siti Aafiyah ini juga turut menjadi idola dan inspirasi buat hijabi di luar sana yang ingin kelihatan cantik dan bergaya.
Ayuh, kita lihat #OOTD Siti Nuhaliza yang memang bijak menggayakan pakaian mengikut kesesuaian majlis dihadiri.
Mendirikan rumahtangga pada April 2024, bekas anggota kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal kini bahagia bersama suami dan seorang cahaya mata lelakinya.Terserlah seri di wajah...