Pelakon Utama filem Cina Buta, Farah Nadia Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Nad Zainal bersama gandingan serasinya Ungku Ismail, bercadang mahu membuka peluang kepada peniaga kecil untuk mempromosikan perniagaan mereka.
Nad berkata, promosi berkenaan akan dilakukan dengan secara ‘Product Review’, tetapi ‘Product Review’ yang bakal dilakukan perlulah bersesuaian dengan kehendak rakan karibnya Ungku Ismail.
‘Product Review’ Mesti Sesuai Dan Bertepatan Kehendak Ungku Ismail.
“Namun produk itu harus bersesuaian dengan Ungku Ismail juga. Kalau ‘review’ baju perempuan, takkan dia hendak memakai baju perempuan pula kan? Jadi kami ada juga ‘paid review’ berdua.
“Mungkin lebih ke arah makanan, harga pun berpatutan kerana inistiatif ini bagi membantu peniaga-peniaga kecil,” jelas Nad.
“Harga mampu milik dan sehingga pengasas produk berpuas hati. Itu janji saya! Dan sekiranya anda ingin menggunakan ‘paid review’ kombo, boleh berbuat demikian.
Artikel berkaitan: Berkat Doa Semua! Nad Zainal Keluar ICU, Tak Lagi Ditidurkan
Sebelum ini, ketika ditanya berkenaan status hubungan dirinya bersama Ungku Ismain, Nad berkata Ungku merupakan antara individu paling rapat dengan dirinya ketika ini.
Pengakuan berkenaan dibuat Nad pada, siaran langsung di aplikasi TikTok, pada Jumaat lalu selepas kembali pulih setelah sebulan dimasukkan ke hospital akibat pendarahan dna jangkitan kuman pada paru-paru.
Artikel berkaitan: Nad Zainal Dah Sedar, Tak Lagi Bergantung Pada Tiub Pernafasan
Sumber: Instagram Nad Zainal
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.