Alhamdulillah, satu perkabaran gembira telah dikongsikan oleh Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz berhubung perkembangan terkini pelakon jelita, Nad Zainal yang sebelum ini ditidurkan di ICU akibat mengalami jangkitan kuman dan pendarahan paru-paru.
Menurut Ungku Ismail, Nad kini sudah sedar dan doktor memutuskan untuk mengeluarkan tiub bantuan pernafasan, sejak pagi semalam Nad sudah tidak lagi bergantung pada alat itu untuk bernafas.
Lebih menggembirakan apabila pelakon utama drama Cina Buta itu sudah mula menunjukkan perkembangan dan progres yang amat memberangsangkan, Nad kini sudah mula bercakap dan mampu bergerak, walaupun gerakannya masih terhad dan suara masih halus.
Perkembangan terbaru itu dikongsi pelakon, Ungku Ismail menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di Instagram, malam tadi.
“Alhamdulillah, Nad banyak menunjukkan perkembangan dan proses penyembuhannya juga bagus. Dia bagaimanapun, masih di bawah pengawasan rapi doktor dan saya berharap semua akan mendoakan urusannya dipermudahkan serta lancar.
“Dia juga sudah boleh bercakap, cuma suaranya sangat kecil. Begitu juga dengan pergerakan, dia boleh memegang telefon bimbit, cuma tidak dapat menaip kerana sudah lama tidak menggunakan anggota tangannya,” katanya
Bagaimanapun, Ungku Ismail menjelaskan bahawa Nad masih dalam pemantauan doktor di ICU, kerana doktor mahu memastikanbagar keadaan kesihatannya lebih baik dan terus menunjukkan berkembang secara positif.
Ads
Selain itu, Ungku juga memanjatkan rasa syukur serta menzahirkan ucapan terima kasih kepada masyarakat serta peminat yang sentiasa mendoakan kesembuhan rakan gandingan serasinya itu.
“Sesungguhnya kekuatan doa itu sangat benar. Terima kasih saya ucapkan atas doa kalian yang tidak putus-putus untuk Nad dan saya juga ingin kembalikan doa itu pada kalian semua,” ujarnya.
Dalam bab perhiasan, ada jenis perhiasan yang dikhaskan buat wanita dan begitu juga sebaliknya. Lelaki tidak boleh memakai apa-apa perhiasan yang dikhaskan buat perempuan, begitu juga sebaliknya. Kedua-dua jantina mempunya lumrah kejadiannya.
“Makin ramai kaum lelaki memakai rantai, artis dan influencer pun dah semakin berani tonjolkan diri di khalayak dengan gaya sebegini, mereka ni boleh mempengaruhi anak muda,” kongsinya di laman media sosial.
Memakai perhiasan itu HARAM bagi lelaki. Ada pendapat minoriti mengatakan ianya harus, itu pun bersyarat. Tetapi, umumnya, dan kebanyakan ulama mengatakan hukum memakainya itu HARAM.
Sebenarnya kita lihat dah lama kaum lelaki memakai perhiasan seperti gelang dan rantai sama ada daripada besi, perak atau emas, seolah-olah sudah menjadi kebiasaan dan makin boleh diterima. Risau dengan trend lelaki mengayakan hiasan tanpa memikirkan halal dan haram, Ustazah Asma Harun tampil kongsi hukum berkaitan lelaki dan perhiasan.
لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الْمُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ، وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ
Maksudnya: “Rasulullah SAW melaknat golongan lelaki yang menyerupai orang perempuan dan juga golongan perempuan yang menyerupai orang lelaki.” (HR Bukhari, hadis sahih)
Syeikh Badruddin al-‘Aini pula mengulas hadis ini, kata beliau:
Maksudnya: “(Celaan ini) adalah pada perbuatan orang lelaki yang menyerupai perempuan dari sudut pakaian dan juga perhiasan yang khusus buat orang perempuan seperti memakai serkup kepala, rantai, gelang tangan, gelang kaki, dan juga anting-anting.” (Kitab ‘Umdatul Qari, Al-‘Aini 22/41)
Jelas daripada hadis di atas bahawa HARAM bagi seseorang untuk memakai pakaian atau perhiasan yang khas bagi jantina berlawanan dengannya. Antara barang perhiasan yang tidak dibenarkan dipakai oleh lelaki adalah:
Pengharaman bagi lelaki menyerupai wanita ini tiada khilaf dalam kalangan alim ulama sama ada dari sudut pergerakan badan, kelembutan kata-kata, perhiasan, pakaian dan lain-lain yang khas bagi wanita dari sudut adat dan tabiat.
MEMAKAI GELANG DAN CINCIN BAGI LELAKI
Imam al-Nawawi menyatakan bahawa jumhur ulama mengharamkan lelaki memakai gelang.
Syeikh Zakariyya Al-Ansari berkata bahawa diharuskan bagi seorang lelaki memakai cincin perak kerana mengikut Rasulullah SAW, bahkan hukumnya adalah sunat, namun lelaki tidak boleh memakai gelang dan tidak halal baginya, meskipun gelang tersebut diperbuat daripada perak. Hal ini kerana memakai gelang itu mempunyai unsur kewanitaan dan ia tidak layak dan sesuai dengan sifat seorang lelaki.
(Rujuk Fatawa Hujjah al-Islam Abu Hamid al-Ghazali, hlm. 30; Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab 4/444 dan Asna Al-Matolib 1/379).
Kaum lelaki diharamkan untuk mengambil emas sebagai perhiasan, maka begitu juga dengan memakai cincin emas bagi lelaki juga jelas pengharamannya melalui hadis Nabi SAW. Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata:
أَنَّهُ نَهَى عَنْ خَاتَمِ الذَّهَبِ
Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW melarang (lelaki) dari memakai cincin emas.” (HR Muslim, hadis sahih)
Rasulullah SAW pernah melihat seseorang memakai cincin yang diperbuat daripada emas lalu Baginda SAW mencabut cincin tersebut dari tangan lelaki tersebut lalu mencampakkannya, kemudian Baginda SAW bersabda:
Maksudnya: “Seseorang dari kalian sengaja meletakkan bara dari api neraka ditangannya.” (HR Muslim, hadis sahih)
Rasulullah menyatakan tidak boleh memakai gelang hatta untuk kesihatan sekalipun. Tidak ada manfaatnya. Sebab itu baginda meminta lelaki tersebut menanggalnya.
Rasulullah bersabda:
“Gelang apakah ini? Maka lelaki itu pun menjawab, “Ini disebabkan penyakit.” Lalu baginda bersabda, “Tanggalkanlah ia kerana sesungguhnya ia tidak menambahkan kepadamu melainkan kelemahan.” (Hadis riwayat Sunan Ibnu Majah)
Namun dalam isu ini terdapat beberapa pengecualian, antaranya ialah fatwa daripada Jabatan Mufti Negeri Melaka dan Negeri Sembilan akan keharusan pemakaian gelang atau rantai tangan bagi lelaki untuk tujuan perubatan atau rawatan berdasarkan keperluan dan hajat. Namun, bagi lelaki yang memakai gelang untuk tujuan perubatan, adalah lebih baik tidak memakainya di tempat awam secara terbuka atau menghebahkannya di media sosial supaya mengelakkan fitnah terhadap pemakai, kerana melakukan sesuatu yang mendatangkan fitnah adalah makruh.
Syarat lain yang ditetapkan:
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
SUMBER: FB Ustazah Asma Harun
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pelakon, Chelsea Islan yang wajahnya pernah tular di Malaysia dan Indonesia hingga dikatakan ‘kembar’ ekoran mempunyai raut wajah serupa dengan anak Primadona Malaysia, Engku Aleesya Engku Emran.
Semalam, jelitawan Indonesia itu telah selamat melangsungkan pernikahan dan bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Kardinal Rob Clinton.
Majlis pernikahan serta resepi perkahwinan Chelsea dan Clinton telah diadakan secara tertutup.
Bagaimanapun, gambar-gambar pasangan merpati dua sejoli itu tersebar sebaik sahaja melakukan upacara restu perkahwinan, di mana pasangan ini terus menuju ke kereta mewah ‘Rolls Royce’ berwarna hitam.
Menerusi gambar-gambar yang bertebaran di laman sosial, dapat dilihat Chelsea kelihatan anggun memakai gaun putih di hari pernikahanya, manakala suaminya Rob Clinton tampil segak dan kemas dalam tuxedo berona tanah.
Untuk rekod, hubungan Chelsea Islan dan Rob Clinton mula diketahui umum pada tahun 2019.
Ketika itu, mereka berdua sedang menikmati percutian bersama di Singapura. Mengenai hubungan mereka, mereka mula didedahkan pada tahun 2020. Mereka dilihat berswafoto bersama di Instagram.
Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan mereka di Gereja Katedral, Jakarta pada Oktober yang lalu.
Ada dalam kalangan kita yang mempunyai warna leher yang sedikit gelap dari orang lain. Mereka yang alami masalah ini sentiasa berdepan dengan rasa malu oleh kerana sering di pandang orang sekeliling.
Banyak faktor yang boleh menyumbang kepada hal ini seperti kesan bahan kimia dari produk kosmetik atau juga salah satu tanda diabetes.
Sebenarnya ada sahaja cara yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan satu tona warna kulit yang sekata buat mereka yang alami leher yang gelap. Mungkin perlu ikuti beberapa petua.
Ada beberapa bahan semula jadi yang boleh membantu anda untuk mencerahkan warna leher yang gelap. Antaranya:-
Salah satu khasiat dari kentang adalah ejen mencerahkan kulit! Caranya adalah dengan memarut satu biji kentang dan perahkan jus daripadanya. Sapukan cecair itu pada leher dan biarkan sahaja selama 15 minit, kemudian bilas dengan air biasa.
Mengandungi mineral dan vitamin, ia boleh mengurangkan kesan pigmentasi dengan mengehadkan pengeluaran melanin yang muncul pada permukaan kulit. Hanya perlu potong daun lidah buaya atau aloe vera dan ekstrak gelnya. Sapukan pada leher dan biarkan dalam setengah jam. Seusai masa berlalu, bilaskan dengan air!
Ia boleh mengimbangi nilai pH dan menanggalkan sel kulit mati yang terkumpul pada kulit. Ambil dua sudu cuka Apple Cider dan campurkan ke dalam air. Celupkan bola kapas dalam larutan dan sapukan dengan rata pada kawasan yang gelap.
Biarkan selama beberapa minit, kemudian bilas dengan air.
Minyak badam mempunyai vitamin E yag boleh membantu mencerahkan warna kulit. Titiskan minyak badam dalam kuantiti yang sederhana dan urut pada bahagian leher selama beberapa minit. Biarkan sahaja ia meresap masuk ke dalam kulit.
Kandungan enzim semula jadi dapat membantu mencerahkan kulit. Dua sudu yogurt segar diletakkan pada tangan dan sapukan dengan rata pada bahagian leher. Hanya perlu tunggu 15 minit sahaja dan sedia untuk bilas bersama air.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.