Pasti ramai yang ternanti-nanti perkembangan semasa pelakon jelita, Nad Zainal yang ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) KPJ Ampang Puteri hampir seminggu lalu.
Meninjau ke laman Instagram rakan gandingan serasi Nad, Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz memaklumkan, sejak tiga hari lalu, Nad sudah mula sedarkan diri walaupun hanya untuk beberapa ketika.
“Setiap hari ada perkembangan yang kecil. Tapi dalam masa yang sama ada keadaan agak membimbangkan juga apabila tiba-tiba oksigen serta darah tingginya naik turun.
“Bagaimanapun, Alhamdulillah ada progress. Dalam tiga hari lalu doktor dah kurangkan dos ubat tidurnya.
“Jadi dia ada buka mata serta gerak-gerakkan tangan… bila kita bercakap dengan dia hanya boleh menganggukkan kepala.
“Pada mulanya dia sedar itu dia agak panik apabila melihat keadaan di hospital tapi, kami cuba tenangkan dia.
“Dia sedar sekejap sahaja,” kata Ungku Ismail menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.
Artikel berkaitan: Paru-Paru Berdarah, Nad Zainal Ditidurkan Di ICU, Mohon Doa Semua!
Tambahnya lagi, Nad masih perlu di pantau oleh doktor di ICU secara berkala, walaupun beliau sudah mula menunjukkan kesan-kesan pemulihan yang positif.
“Nad masih dalam ICU, maka dia masih dalam keadaan kritikal.
“Tak boleh nak gembira sangat kerana masih menunggu untuk paru-parunya betul-betul sembuh kerana kini mesin pernafasan masih belum cabut walaupun kadarnya sudah dikurangkan.
“Selagi mesin pernafasan belum cabut saya masih tak keruan, begitu juga keluarganya yang mahu melihat anak tunggal mereka sembuh seperti sediakala,” ujarnya.
Terdahulu, Hijabista melaporkan berkenaan keadaan Anad atau nama penuhnya, Farah Nadia Zainal Abidin yang ditidurkan ekoran mengalami pendarahan dan jangkitan kuman pada paru-paru.
Sumber: Instagram Ungku Ismail
Artikel berkaitan: Doktor Sahkan Nad Zainal Kini Kritikal – Ungku Ismail
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.