Nabila Razali ‘Upload’ Gambar Kahwin, Netizen Tertanya Siapa ‘Aisy Mateen’?

Share

“Cumi.. Cumi.. Cumi.. Cumi..Cumi.. Cumi..” Siapa tidak kenal dengan pelantun suara lagu Pematah Hati, Nabila Razali atau lebih mesra disapa Bella, yang pernah tular dan menggemparkan Malaysia satu ketika dahulu.

Terbaharu, tindakan penyanyi anak jati kelahiran Petaling Jaya itu yang memadam semua posting di laman Instagram telah mencetuskan tanda tanya dan perdebatan dikalangan para peminat.

Lebih memeranjatkan lagi apabila Bella kemudian memuatnaik, hantaran seolah-olah memberi gambaran bahawa dirinya kini sudah dimiliki.

Nabila Razali Kahwin Dengan Aisy Mateen?

 

Melihat laman Instagram Bella, terdapat beberapa keping gambar yang membentuk kolaj memaparkan Bella bersama seorang lelaki berbusana serba putih, seperti sedang meraikan hari bahagia mereka (perkahwinan).

Selain itu, menerusi muat naik di InstaStory hantaran beberapa keping foto
memaparkan suasana ‘majlis resepsi pernikahan’ yang berlangsung di tepi pantai sambil Bella memegang jambangan bunga tangan persis pengantin.

Malah, diruangan bio profil Instagram Bella, terdapat status dengan emoji berbentuk cincin, pengantin perempuan serta nama seorang lelaki ‘Aisy Mateen’ yang disertakan bersama simbol hati.

Artikel berkaitan: Netizen Persoal, Nabila Razali Sambut Ulangtahun Kelahiran Dengan ‘Jodoh’ Ke Tu?

Bagaimanapun, pelantun Peluang Kedua itu, tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara ini, Bella juga menutup ruangan komen pada setiap posting di laman Isntagram miliknya.

Untuk rekod, pada Mac lalu, Nabila atau nama lengkapnya Nur Nabila Mohd Razali, 29, mendedahkan dirinya masih sakit akibat ‘terluka’ apabila ditinggalkan kekasih, lima tahun lalu.

Menurut Bella, pengalaman putus cinta tersebut berpunca dari kehadiran orang ketiga.

Jika benar Bella sudah mendirikan rumahtangga dan bukan gimik semata-mata Hijabista mendoakan agar masjid yang dibina kekal hingga syurga.

Sumber: Instagram Nabila Razali

Artikel berkaitan: Digemari Nabila Razali, Dapatkan Solekan Gaya Manja & Berani Bak Kucing Dengan Produk Terhangat Ini!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir