Kecantikan

Nabila Razali Kongsi Satu Tips Mudah, Jaga Kemulusan & Keremajaan Kulit Khusus Buat Para Hijabi!

Share

Hampir dua tahun mendirikan rumah tangga, Nabila Razali yang juga merupakan suri hati kepada Nik Iruwan, kini sedang sarat hamil cahaya mata sulung mereka yang dijangka lahir pada Januari tahun hadapan.

Namun apa yang menarik perhatian HIJABISTA adalah, meski sarat hamil Nabila Razali masih mengekalkan penampilan dan kecantikkan miliknya, lebih mengagumkan adalah kulit mulus bak remaja yang dimiliki olah pelantun suara yang popular dengan lagu ‘Pematah Hati’ ini.

Ketika bertemu di satu majlis, penyanyi dan pelakon ini memberitahu rahsia kulitnya nampak ‘glowing’ dan anjal serta awet muda adalah dengan menggunakan petua tradisional.

Menurut Nabila, dia rajin mengamalkan pemakaian putih telur sebagai masker. Petua ini yang telah lama diamalkan dan dipercayai dari perkongsian orang lama.

Artikel berkaitan: Netizen Persoal, Nabila Razali Sambut Ulangtahun Kelahiran Dengan ‘Jodoh’ Ke Tu?

Masker dari putih telur baik untuk jadikan kulit lebih anjal dan berseri.

Pengambilan putih telur yang diambil untuk dijadikan masker pada kulit dan kemudian dibiarkan selama 5 minit sebelum dibasuh bersih.

Setelah dicuci, akan terlihat hasilnya kulit menjadi lebih anjal, awet muda dan lebih berseri. Tambah Nabila lagi, biasanya dia akan amalkan masker putih telur ini tiga kali seminggu.

Selain itu bagi memastikan dirinya kekal sihat dan bertenaga, Nabila juga akan memastikan dirinya minum air masak secukupnya, sekurang-kurang 8 gelas sehari.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA.

Sumber Foto: Instagram Nabila Razali

Artikel berkaitan: Digemari Nabila Razali, Dapatkan Solekan Gaya Manja & Berani Bak Kucing Dengan Produk Terhangat Ini!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir