Hampir dua tahun mendirikan rumah tangga, Nabila Razali yang juga merupakan suri hati kepada Nik Iruwan, kini sedang sarat hamil cahaya mata sulung mereka yang dijangka lahir pada Januari tahun hadapan.
Namun apa yang menarik perhatian HIJABISTA adalah, meski sarat hamil Nabila Razali masih mengekalkan penampilan dan kecantikkan miliknya, lebih mengagumkan adalah kulit mulus bak remaja yang dimiliki olah pelantun suara yang popular dengan lagu ‘Pematah Hati’ ini.
Ketika bertemu di satu majlis, penyanyi dan pelakon ini memberitahu rahsia kulitnya nampak ‘glowing’ dan anjal serta awet muda adalah dengan menggunakan petua tradisional.
Menurut Nabila, dia rajin mengamalkan pemakaian putih telur sebagai masker. Petua ini yang telah lama diamalkan dan dipercayai dari perkongsian orang lama.
Masker dari putih telur baik untuk jadikan kulit lebih anjal dan berseri.
Pengambilan putih telur yang diambil untuk dijadikan masker pada kulit dan kemudian dibiarkan selama 5 minit sebelum dibasuh bersih.
Setelah dicuci, akan terlihat hasilnya kulit menjadi lebih anjal, awet muda dan lebih berseri. Tambah Nabila lagi, biasanya dia akan amalkan masker putih telur ini tiga kali seminggu.
Selain itu bagi memastikan dirinya kekal sihat dan bertenaga, Nabila juga akan memastikan dirinya minum air masak secukupnya, sekurang-kurang 8 gelas sehari.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA.
Jika kita lihat, golongan selebriti, pempengaruh mahupun public figure. Mereka sentiasa menatarias wajah untuk tampil elegan dan menawan dikhalayak ramai. Namun, pernahkah hijabi terfikir adakah mereka ini tidak pernah mempunyai masalah kulit? Bagaimana golongan ini mengekalkan kulit wajah yang sihat dan sentiasa cantik?
Hijabista sempat menemubual penyanyi yang mempunyai vokal serta kelunakkan suara yang tidak perlu dipertikaikan lagi iaitu Ernie Zakri dan bertanyakan tentang beberapa perkara berhubung kecantikan kulit wajah dan ini respon yang dikongsikan Ernie khas buat pembaca dan peminatnya di Hijabista!
Secara semulajadinya, saya tidak pernah menghadapi masalah kulit yang serius, kulit saya adalah jenis normal. Tetapi kadangkala ada juga naik jerawat satu dua dan itu adalah perkara biasa bagi kulit normal.
Ernie Pernah Hadapi Masalah Kulit Kusam Dan Teruk, Ketika Mengandung Akibat Perubahan Hormon
Tapi semasa saya mengandungkan anak saya yang pertama, Nur Khawla Soleha dahulu saya mempunyai masalah kulit ketika saya mengandung.
Perasaan pertama kali berdepan dengan masalah kulit yang agak kronik ketika itu, sudah tentu membuatkan saya terus down. Tetapi saya bersyukur kerana ada support system yang baik iaitu suami saya ketika itu.
“Sebab ketika hamil, kita tidak boleh mengambil ubat-ubatan untuk merawat kukit wajah, kita juga tak boleh apply krim sebarangan pada wajah kita.
“Jadi nak tak nak saya tetap kena jalani fasa itu dan saya faham perasaan mereka yang mempunyai masalah kulit dan mempunyai keinginan untuk memulihkan kulit wajah mereka.
“Perkara yang paling penting adalah, jangan dengar cakap orang. Kerana mereka tidak tahu apa sebenarnya masalah kukit yang kita hadapi dan berpunca daripada apa.
“Jadi, bila kita dah berjumpa especially keluarga atau kawan-kawan kita selalunya mereka suggest, kau pakai itu elok, kau pakai ini elok untuk selesaikan masalah kulit yang kita hadapi. Jangan dengar atau terpengaruh ya!
“Kita kena pergi kepada yang pakar, minta nasihat mereka dan mungkin pakar lebih sesuai untuk membantu kita. Itu lebih baik, kerana kadang-kadang bila kita cuba pakai produk yang dicadangkan dengan sembrono sahaja, kita akan merisikokan keadaan kulit muka kita dan keadaan akan menjadi lebih teruk,” jelas Ernie.
Irma Hasmie bukanlah nama baru, kehadiran dirinya dalam industri seni satu ketika dahulu cukup meninggalkan kesan dengan penampilannya yang cantik dan popular sebagai pelakon, pengacara serta model, Irma mengumpul peminatnya yang tersendiri.
Bagaimanapun, sejak bergelar ibu kepada dua orang cahaya mata nama Irma Hasmie terus tenggelam dari industri hiburan tanah air.
Malah, kini Irma lebih selesa menumpukan perhatian kepada keluarga, serta fokusnya lebih tertumpu kepada kerja-kerja sukarelawan Islam, mengacara dan juga menyediakan modul latihan.
HIJABISTA berkesempatan menemubual personaliti jelita ini mengenai perkembangan terbaharunya, serta sudut pandang dirinya dalam melalui perubahan dalam kehidupan.
Sudah berhijab sejak 2011, Irma berkongsi tentang kisah perubahan serta penghijrahan ke arah lebih baik yang dimiliki olehnya.
“Fitrah manusia hendak jadi lebih baik, tiada manusia yang hendak jadi lebih jahat. Kalau dia sudah baik pun dia mahu menjadi lebih baik. Perasaan itu sentiasa ada bagaimana kita hendak upgrade diri kita.
“Perubahan ini subjektif, bukan hanya dari bertudung kepada tidak bertudung, sebenarnya ia merangkumi semua aspek dari segi performance dan kerja, peribadi dan pendidikan. Kita sentiasa hendak jadi lebih baik,” kongsinya penuh makna.
Kebiasaan yang biasa kita dengar, apabila seseorang berubah ke arah lebih baik, sering dilabel sebagai bertuah kerana berjaya memperoleh serta dikurniakan hidayah dari Allah SWT.
Namun, lain pula persepsi bagi wanita anggun ini. Menurut Irma hidayah itu sifatnya lebih berharga dan akan dihargai apabila kita berusaha sebaik mungkin untuk mencarinya.
“Ada sesetengah orang rezeki mereka sangat indah dan baik yang mana mereka tidak perlu mencari hidayah. Cumanya, kalau mereka tidak mencari hidayah, adakah mereka grab peluang itu atau tidak.
“Kadang-kadang kita terlepas sebab kita tak ambil peluang sewaktu Allah petunjuk dan hidayah. Pada orang yang berusaha pula apabila mendapat hidayah dan petunjuk mereka merangkul peluang tersebut.
“Bagi saya perkara itu mungkin lebih baik, mungkin kerana ada pro dan kontra dalam perjalanan kehidupan. Dalam agama pun ada mengajar kita takkan boleh ubah seseorang kecuali dia ubah diri dia sendiri. Jadi nak berjaya kita kena ubah diri kita,” ujarnya.
Sekejap betul masa berlalu, sedar tak sedar kini kita sudah pun berada di bulan terakhir bagi tahun 2024! Bila dah masuk hujung-hujung tahun ni, aktiviti WAJIB mestilah menghabiskan cuti hujung tahun dengan bercuti bersama rakan-rakan Hijabi, Girl Gang Travel gitu.
Seronoknya bila dapat luangkan masa bersama rakan-rakan perempuan, berswafoto di lokasi percutian yang menarik, membeli belah, bergossip dan ‘catch up session’. Perempuan bila dah berborak, memang tak cukup sejam sis!
Jadi, bagi Hijabi yang sudahpun merancang menghabiskan cuti tahunan bersama gegadis, di negeri bawah bayu Sabah, di sini Hijabista senaraikan lima tempat yang sesuai untuk anda lepak, sambil membasahkan tekak kering lepas bergossip bersama all the girls!
Jenama minuman yang satu ini sememangnya amat sinonim dengan golongan muda di Malaysia! Malah, ia merupakan jenama minuman tempatan di negara kita yang memperkenalkan variasi minuman yang berasaskan teh susu mutiara (Boba Tea)
Sebut sahaja Coolblog pasti Hijabi terbayang pelbagai jenis minuman yang menarik dan enak!
Justeru, ia merupakan pilihan yang tepat bagi Hijabi untuk menghilangkan dahaga ketika melawat ke Sabah bersama Girls Gang anda! Dah penat berjalan dan bergossip sedap juga jika anda hilangkan dahaga dengan minuman ice blended dan smoothie yang sedap dan digemari ramai ni sis!
Lebih menarik lagi, pada 21 September yang lalu Coolblog, telahpun berjaya merasmikan pembukaan cawangan mereka yang kelima. Coolblog berharap dapat terus menawarkan minuman berkualiti tinggi kepada komuniti setempat di Emart Lintas Jaya, Kota Kinabalu Sabah.
Terletak di dalam Promenade Hotel, Kafe Promenade bukan sahaja menyajikan sarapan, makan tengah hari dan makan malam, tetapi juga minum petang!
Jadi bolehlah hijabi membasahkan tekak bersama rakan-rakan pada waktu ‘tea time’ sambil menikmati percutian dalam persekitaran mesra dan kondusif bersama rakan tersayang!
Tahukah hijabi bahawa Hanakoya merupakan sebuah kedai hadiah dan bunga yang premium? Sehingga kini, mereka masih menawarkan gubahan bunga dan hadiah yang boleh dipilih mengikut citarasa anda, sebelum mereka akhirnya mencerap idea untuk membuka sebuah kafe kedai bunga yang pertama di Sabah! Uniknya.
Di Kafe Bunga Hanakoya, hijabi dan girl gang anda boleh menikmati hidangan pencuci mulut yang manis yang lazat, termasuk menikmati set minum petang mereka membasahkan tekak bersama gegadis, cool kan?
Selain menikmati minuman, hijabi juga boleh membasahkan tekak anda di Gelato 5° Celsius yang merupakan pembuat ais krim (gelato) dari Itali! Seronok juga lepak bersama kawan-kawan sambil menikmati ais krim yang sejuk di tekak, selain ais krim mereka juga ada menghidangkan kek dan kopi.
Siapa sangka, Karamell Almondo ialah jenama aiskrim tempatan yang telah wujud di Sabah sejak tahun 2009 yang menghasilkan aiskrim lembut dengan menggunakan resipi buatan sendiri yang kurang manis dan lebih sihat!
Wow, hijabi dapat menikmati dessert tanpa perlu risau berat naik! Ini kerana, Karamell Almondo menggunakan serbuk susu premium dan bahan-bahan semulajadi untuk setiap hidangan aiskrim mereka! Setakat ini, Karamell Almondo mempunyai lebih daripada 10 cawangan di seluruh Sabah, dan semakin berkembang maju!
Haa.. Sekarang dah tahu kan port mana yang sesuai untuk hijabi hilangkan dahaga semasa bercuti bersama ‘girlfriend’, selamat mencuba!
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.