Kecantikan

Nabil Razali KONGSI Petua Orang Lama Guna MASKER Putih Telur Untuk Dapat Kulit Lebih ANJAL & Awet Muda

Share

Siapa tak kenal dengan penyanyi Nabila Razali yang kini tengah meletup-letup dengan lagu Pematah Hati. Melihat dia yang semakin kelihatan jelita dan berpenampilan menarik tertanya-tanya apakah rahsia kecantikan dirinya. Ketika bertemu di satu majlis baru-baru ini, penyanyi dan pelakon ini memberitahu rahsia kulitnya nampak ‘glowing’ dan anjal serta awet muda adalah dengan memakai putih telur sebagai masker.

Menurutnya petua ini telah lama diamalkan dan dipercayai dari perkongsian orang lama. Pengambilan putih telur yang diambil untuk dijadikan masker

pada kulit dan kemudian dibiarkan selama 5 minit sebelum dibasuh bersih.

Setelah dicuci, anda akan lihat hasilnya kulit menjadi lebih anjal, awet muda dan lebih berseri. biasanya Nabila akan amalkan masker putih telur ini tiga kali seminggu.

Selain itu bagi memastikan dirinya kekal sihat dan bertenaga, Nabila juga akan memastikan dirinya minum air masak secukupnya, sekurang-kurang 8 gelas sehari.

Jika dilihat di laman instagram penyanyi ini juga, dia sering memuat turun foto berselfie. Ada sahaja angle menarik yang menampakkan sisi menarik gadis manis yang bijak bergaya.

Ayuh, kita lihat #OOTD Nabila Razali yang sangat ohsem serta mendapat like yang banyak setiap kali dimuat turun dari follower yang kini berjumlah 724K.

1. Manis

2. Manja

3. Stailo

4. Ranggi

5. Anggun

KREDIT FOTO: INSTAGRAM NABILA RAZALI

Published by
Siti Zurina