Nabil Ahmad ‘Azam’ Mahu Tunai Umrah Di 10 Malam Terakhir Ramadan Setiap Tahun

Share

Nabil Ahmad bersyukur kerana diberi peluang untuk meneruskan ibadah puasa pada Ramadan tahun ini, dan beliau bercadang mengerjakan umrah pada 10 malam terakhir bulan tersebut.

Nabil akan ke tanah suci, Makkah, bersama isterinya Nazirah Ayub pada 12 April. Dia mahu berehat dan mencari kekuatan. 

Artikel Berkaitan : Ini Yang Patut Kita Buat Pada 10 Malam Terakhir, Kalau Nak Jumpa Lailatul Qadar.

Menurut Gempak, Nabil sangat gembira kerana dapat bertemu lagi di bulan Ramadan. Sebab tu beliau habiskan semua shooting sebelum puasa.

“Sepanjang puasa ini saya nak berehat dan tenang. InshaAllah, 10 malam terakhir saya akan menunaikan umrah sekali lagi. Saya akan bertolak ke tanah suci pada hari esok’

“Tapi saya akan pergi bersama isteri sahaja. Anak-anak tinggal di rumah sebab masih bersekolah,” katanya kepada gempak

Nabil berkata bahawa dia akan pergi menunaikan umrah pada sepuluh malam terakhir Ramadan sejak tahun 2015.

“Ikutkan saya dari 2015, setiap 10 malam akhir bulan Ramadan akan tunai umrah…Alhamdulillah cuma tak dapat masa PKP saja. Tahun lepas pun saya dapat tunai umrah.

“Tapi tahun lepas saya beraya atas kapal terbang sebabkan raya mengejut. Pertama kali saya dapat pergi umrah pun pada 10 malam terakhir Ramadan.

Artikel Berkaitan : Sanggup Bayar Gaji Isteri Demi Punyai Lebih Masa Bersama Nabil Dilabel Lelaki Alpha Sebenar Oleh Netizen!

“Lain macam perasaan, seronok, ketenangan.. Walaupun berkumpul berjuta-juta orang dalam masjid itu. Jadi setiap tahun ketagih nak dapat rasa benda itu balik.

“Bagi saya, bukan saja dapat buat umrah tapi sama seperti nak ‘healing juga la.” – Nabil Ahmad

Sekadar info, Nabil berkahwin dengan Nazirah Ayub pada 30 September 2011. Mereka mempunyai tiga anak perempuan: Nayla Mikayla , Leyla Medyna , dan Mishall Imani.

Sumber : Gempak

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Farah Zulaikha