Dalam keadaan cuaca yang gaka panas sekarang ini, ramai yang mula mengalami batuk. Apabila batuk tentulah tekak terasa perit dan perih. Keadaan ini tentunya membuatkan anda jadi rasa tidak selesa.
Batuk akan menjadi bertambah teruk pada waktu malam iaitu ketika tidur. Sudah tentu keadaan ini akan mengganggu waktu tidur anda. Pada akhirnya anda akan jadi lesu dan tidak bermaya pada waktu siang hari kerana tidak cukup tidur.
Selain ubat batuk, anda boleh cuba cara penawar menggunakan bahan-bahan semula jadi. Anda tidak perlu risau tentang kesan sampingan kerana ianya tentulah selamat.
Berikut perkongsian daripada Dr Suri Roowi
Memandangkan sekarang ini agak panas, ramai antara kita mungkin mengalami masalah batuk. Disertakan disini sumber alami untuk bantu atasi masalah batuk
Apabila halia dikeringkan dan dikisar jadi halia serbuk, bahan khasiat (gingerol) akan bertukar kepada shogaol. Shogaol adalah 2 kali lebih pedas berbanding gingerol. Bahan shogaol boleh bertindak sebagai ubat batuk.
Nanas mengandungi enzim bromelain. Enzim ini bantu cairkan kahak dan kurangkan batuk.
Madu asli sangat membantu masalah sakit tekak dan batuk. Terdapat kajian menunjukkan ia lebih berkesan berbanding ubat moden yang mengandungi dextromethorphan.
Lactobacillus adalah bakteria baik yang boleh membantu sistem penghadaman dan masalah batuk. Bakteria baik ini banyak dalam yoghurt dan kajian terkini menunjukkan lactobacillus banyak juga dalam madu kelulut.
Limau nipis membantu merawat batuk dengan mengurangkan radang. Kulit limau nipis tinggi bahan berkhasiat (neohesperidin) berbanding jus. Caranya adalah dengan tambahkan madu asli pada kulit limau yang dihancurkan dan ditambahkan jus. Minum sedikit-sedikit sehingga sembuh. Limau nipis lebih berkesan berbanding kasturi untuk masalah batuk.
Bawang Merah adalah antara sumber yang mudah didapati untuk bantu kurangkan batuk. Caranya adalah dengan memotong dan hidu bau bawang tersebut.
Kunyit secara semulajadinya mengandungi bahan kurkumin. Ia juga membantu kurangkan batuk terutamanya jenis batuk tanpa kahak. Caranya adalah ambil sedikit kunyit bersama madu, ditambah air dan diminum.
Rendam 1 atau 2 kulit kayu manis dalam segelas air panas dan minum sedikit-sedikit. Kayu manis juga membantu masalah diabetis.
Disediakan dengan melarutkan sesudu garam dengan secawan air suam.
Sumber kredit: Dr Suri Roowi Top image: Photo by towfiqu-barbhuiya from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.