Pasti ramai yang meminati kopi, hirupan di kala hujan dan sejukkan tekak dengan frappuccino dengan kehangatan siang hari. Mungkin ada kengkangan cuaca untuk menikmatinya di luar.

Salah satu jenama kopi yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia, starbuck. Ahh! Secawan sahaja sudah menelan kurang dari RM20, nah labur sahaja dengan bahan-bahan mudah ini. Jom lakukan DIY kopi starbuck di rumah!

Mocha Frappuccino

Musim Hujan Terkandas Di Rumah, Cuba 7 Resepi DIY Kopi Starbucks Buat Di Rumah. Mudah Sangat!

Bahan-bahann:

  • 8 – 10 ketul ais
  • 240ml susu penuh lemak
  • 1 sudu kecil Estrak vanila
  • 3 sudu besar Serbuk gula
  • 3 sudu besar Sos coklat
  • 60ml kopi brew
  • Whipped cream

Cara-caranya:

  1. Menggunakan pengisar, campurkan kesemua bahan kecuali whipped cream.
  2. Kisar sehingga teksturnya halus atau yang diingini.
  3. Tuangkan dalam cawan dan kemudian letakkan whipped cream serta drizzle dengan sos coklat di atasnya.

(Kopi brew boleh ditukarkan kepada bancuhan 2 sudu besar kopi segera 2 dalam 1 dan 1 cawan air panas.

Caramel Frappuccino

Musim Hujan Terkandas Di Rumah, Cuba 7 Resepi DIY Kopi Starbucks Buat Di Rumah. Mudah Sangat!

Bahan-bahan:

  • 2 cawan ais
  • 1 cawan kopi brew yang sejuk
  • 3/4 cawan susu
  • 1/4 cawan sos karamel
  • 2 sudu makan gula
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila
  • Whipped cream

Cara-caranya:

  1. Menggunakan pengisar, masukkan kesemua bahan kecuali whipped cream.
  2. Kisar sehingga halus atau dalam tekstur yang diingini dan tuangkan ke dalam gelas.
  3. Letakkan whipped cream dan drizzle sos karamel di atasnya.

(Kopi brew boleh ditukarkan kepada bancuhan 2 sudu besar kopi segera 2 dalam 1 dan 1 cawan air panas. Simpan dalam peti sejuk selama 15 minit.)

Ads

Java Chip Frappuccino

Musim Hujan Terkandas Di Rumah, Cuba 7 Resepi DIY Kopi Starbucks Buat Di Rumah. Mudah Sangat!

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan ais
  • 1/2 cawan kopi
  • 1/2 cawan susu
  • 2 sudu besar cip coklat
  • 2 sudu besar sos coklat
  • Whipped cream

Cara-cara:

  1. Menggunakan pengisar, masukkan kesemua bahan kecuali whipped cream.
  2. Tuangkan ke dalam gelas dan letakkan whipped cream di atasnya.
  3. Kemudian drizzle dengan sos coklat dan siap untuk dihidang.

Green Tea Frappuccino

Musim Hujan Terkandas Di Rumah, Cuba 7 Resepi DIY Kopi Starbucks Buat Di Rumah. Mudah Sangat!

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 cawan susu
  • 1 1/2 cawan ais
  • 3 sudu besar Instant French vanilla pudding
  • 1 sudu besar serbuk teh hijau Matcha
  • Whipped cream

Cara-cara:

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar kecuali whipped cream.
  2. Kisar sehingga halus atau tekstur yang diingini dan tuang ke dalam gelas.
  3. Letakkan whipped cream dan taburkan sedikit serbuk teh hijau di atasnya.

( French vanilla pudding segera boleh digantikan dengan campuran 1 sudu besar tepung jagung dan 2 sudu besar gula)

Ads

Caramel Macchiato

Musim Hujan Terkandas Di Rumah, Cuba 7 Resepi DIY Kopi Starbucks Buat Di Rumah. Mudah Sangat!

Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar sirap vanila
  • 177ml susu
  • 30ml espresso
  • Sos karamel
  • Ais

Cara-cara:

  1. Ambil satu cawan dan letakkan sirap vanila ke dalamnya.
  2. Kemudian masukkan susu ke dalamnya.
  3. Masukkan ais dan espresso.
  4. Drizzle sos karamel di atasnya dan siap!

(Espresso boleh ditukarkan kepada kopi segera)

White Chocolate Mocha

Musim Hujan Terkandas Di Rumah, Cuba 7 Resepi DIY Kopi Starbucks Buat Di Rumah. Mudah Sangat!

Bahan-bahan:

Ads
  • 1 cawan Susu
  • 2 sudu besar sos coklat putih torani
  • 59ml espresso
  • Whipped cream

Cara-cara:

  1. Menggunakan milk frother, gabungkan sos coklat putih dan susu dan panaskan mengikut arahan frother.
  2. Kemudian brew espresso (boleh gunakan milk frother sebagai gantian jika tiada mesin espresso).
  3. Dalam satu cawan, tuangkan susu yang dipanaskan dan espresso.
  4. Kemudian letakkan whipped cream di atas dan drizzle dengan lebihan sos coklat putih di atasnya.

(Sos coklat putih Torani boleh ditukarkan kepada sos coklat putih biasa.)

Chocolate Chip Cream Frappuccino

Musim Hujan Terkandas Di Rumah, Cuba 7 Resepi DIY Kopi Starbucks Buat Di Rumah. Mudah Sangat!

Bahan-bahan:

 

  • 1 1/8 cawan susu
  • 1 1/2 sudu besar gula pasir
  • 1/3 cawan cip coklat
  • 3 sudu besar sirap coklat
  • 1 ½ – 2 cawan ais
  • 1/4 sudu kecil ekstrak vanila
  • Serbuk kayu manis
  • Whipped cream

Cara-cara:

  1. Menggunakan pengisar, masukkan kesemua bahan kecuali whipped cream.
  2. Tuangkan ke dalam gelas dan letakkan whipped cream di atasnya.
  3. Drizzle sedikit sirap coklat, dan taburkan cip coklat.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

SUMBER: 1, 2, 3, 4

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI