Musim durian sudah tiba! Walaupun sedang dalam tempoh ‘total lockdown’, tapi jika dilihat di tepi jalan, banyak yang sudah mula menjual ‘raja buah’ untuk mencari sumber pendapatan demi menampung kos sara hidup. ‘Raja buah’ yang dimaksudkan ialah buah durian! Siapa yang tidak menggemari buah durian kan? Aromanya sahaja sudah cukup buat kita teriur. Apatah lagi kuning buahnya serta kemanisan lemak buah itu sendiri, sesuailah dengan jolokon ‘Raja Buah’.
Buah durian bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja, malah hari ini, ramai yang hadir dengan kreativiti sendiri mencipta menu yang lazat berdasarkan durian. Bubur durian, cucur durian, lempeng durian, seri muka durian dan ais krim durian semuanya menjadi kegemaran masyarakat kita. Tetapi, ada satu lagi resepi yang sangat mudah untuk dihasilkan iaitu serawa durian! Serawa durian juga antara menu yang diminati ramai kerana kesedapannya yang diadun sebati dengan santan cukup menyelerakan!
Baru-baru ini, isteri kepada Abang Terlajak Laris, Datuk Seri Aliff Syukri, iaitu Datin Seri Nur Shahida atau dikenali dengan nama Shahida D’Herbs memuat turun video membuat serawa durian. Video yang sudahpun mencecah sebanyak 174k tontonan serta mendapat komen yang sangat positif daripada netizen.
View this post on Instagram
Antara komen-komen positif dari netizen yang turut menzahirkan menu serawa durian sebagai menu kesukaan mereka.
Sumber gambar: Instagram Shahidah D’Herbs
Sedap kan kalau serawa durian ni dihidangkan sebagai menu makan petang? Kalau nak lagi senang, ikut cara mudah dari Che_Nom ini untuk hasilkan serawa durian. Senang sangat dan tak ambil masa yang lama pun. Apa yang penting, durian tu kena manis berlemak. Selamat mencuba!
Cara-cara untuk membuat serawa durian:
Bahan-Bahan:
- Bahan-bahan untuk serawa durian:
- 10-15 ulas isi durian, bersama biji
- 1 mangkuk santan cair
- 2 helai daun pandan, carik dan simpul
- 1/2 cawan gula pasir
- seketul kecil gula melaka
- garam secukup rasa
- 1 mangkuk santan pekat
- sedikit air, jika perlu
- Bahan-bahan untuk pulut kukus:
- 500 gram pulut
- 1 cawan santan cair
- 1/2 sudu kecil garam
Cara Penyediaan:
- Cara-cara untuk serawa durian:
- Masukkan ulas durian bersama bijinya, santan cair dan daun pandan di dalam periuk. Masak sehingga isi durian hancur dan menjadi kuah yang pekat sebati.
- Masukkan gula pasir, gula melaka dan garam.
- Teruskan didih di atas api yang perlahan dan kacau sebati kemudian masukkan pula santan pekat.
- Tambahkan sedikit air jika kuah terlalu pekat. Angkat dan hidangkan bersama pulut kukus.
- Cara-cara untuk pulut kukus:
- Rendam pulut selama beberapa jam (anggaran 2-3 jam).
- Panaskan kukusan dan kukus pulut selama 15-20 minit. Angkat pulut dari kukusan dan masukkan ke dalam mangkuk.
- Bancuh santan cair bersama garam.
- Tuangkan santan cair kedalam pulut yang panas tadi dan tutup dengan kain. Rehatkan seketika supaya pulut menyerap kuah santan.
Tips:
- Jika pulut masih keras selepas anda gaul bersama santan cair, masukkan kembali ke dalam kukusan selama 5 minit, kemudian angkat dan sejukkan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI