Baru-baru ini tular mengenai insiden pasaraya Mydin cawangan Sri Muda, Shah Alam, Selangor dipecah masuk akibat situasi banjir dahsyat yang berlaku pada ketika ini.
Faham dengan situasi mangsa yang sedang terdesak kerana sehelai sepinggang, pengarah urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN), Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali Mydin dengan seikhlas hati telah menghalalkan segala barang yang diambil biarpun cawangan tersebut mengalami kerugian jutaan ringgit akibat banjir.
Jelasnya lagi, beliau tidak menyokong perbuatan mencuri tapi mengerti si pelaku mungkin berada dalam keadaan darurat dan terpaksa melakukan kerana tiada pilihan pada saat itu demi meneruskan hidup.
Beliau juga mendoakan agar mereka semua terselamat dan bencana serta pandemik ini pulih seperti sedia kala.
Mulia sungguh hatinya… InsyaAllah, berkat niat baik ini pasti akan dibalas Allah. Didoakan semoga perniagaan Mydin akan berkembang lebih maju lagi selepas ini.