Baru-baru ini tular mengenai insiden pasaraya Mydin cawangan Sri Muda, Shah Alam, Selangor dipecah masuk akibat situasi banjir dahsyat yang berlaku pada ketika ini.
Faham dengan situasi mangsa yang sedang terdesak kerana sehelai sepinggang, pengarah urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN), Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali Mydin dengan seikhlas hati telah menghalalkan segala barang yang diambil biarpun cawangan tersebut mengalami kerugian jutaan ringgit akibat banjir.
Jelasnya lagi, beliau tidak menyokong perbuatan mencuri tapi mengerti si pelaku mungkin berada dalam keadaan darurat dan terpaksa melakukan kerana tiada pilihan pada saat itu demi meneruskan hidup.
Ads
Kenyataan Rasmi Mydin
Ads
Beliau juga mendoakan agar mereka semua terselamat dan bencana serta pandemik ini pulih seperti sedia kala.
Ads
Mulia sungguh hatinya… InsyaAllah, berkat niat baik ini pasti akan dibalas Allah. Didoakan semoga perniagaan Mydin akan berkembang lebih maju lagi selepas ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kehidupan sebagai seorang wanita Muslim yang berhijab di sebuah negara bukan Islam ada cabarannya tersendiri, terutamanya apabila pihak sekeliling sering menjadikan hijab sebagai satu perkara yang dipertikaikan. Ada yang cuba mengharamkan pemakaiannya dan tidak kurang juga wanita Muslim berhijab diserang gara-gara pilihan mereka untuk menutup aurat.
Namun perkara ini bukanlah halangan buat mereka yang bercita-cita tinggi, kekal dengan iman dan bijak. Seperti yang berlaku kepada wartawan dan penerbit berita bernama Ayah Galal, dia menjadi wanita Muslim berhijab pertama yang tampil di kaca televisyen sebagai pembaca berita di Connecticut, Amerika Syarikat.
Dalam cacatannya yang dimuat naik di laman Instagram, Ayah berkata, ” Hari ini merupakan hari pertama saya membaca berita di @WFSBnews dan ini menandakan kali pertama wanita berhijab sebagai pembaca berita di Connecticut! Saya sangat teruja dengan pencapaian peribadi dan profesional ini.”
Merupakan sorang graduan dari Universiti Quinnipiac, dia mengambil jurusan kewartawanan dan sains politik. Laporan dan penceritaan video beliau telah diiktiraf oleh Persatuan Wartawan Profesional Connecticut dan Anugerah Media Kolej Pinnacle. Ayah juga menerima Anugerah Pencapaian Akademik Persatuan Alumni universitinya kerana memperoleh kedudukan skolastik tertinggi dalam kelasnya.
Kini bekerja sebagai penerbit berita di WTNH News 8 yang merupakan sekutu ABC di New Haven, Connecticut. Sebagai penerbit, Ayah menyelia penulisan, penerbitan dan masa siaran berita. Kebanyakan pengalamannya adalah dalam menghasilkan siaran berita jam 6 petang, 10 malam dan 11 malam untuk News 8.
Dalam temubual bersama CT Insider, dia berkata, “Saya takut disebabkan hijab, tiada stesen berita akan menerima saya untuk jawatan yang memerlukan saya bersiaran ke udara, jadi itulah sebabnya saya pada mulanya mengambil jawatan di belakang tabir, tetapi rakan sekerja saya mendesak saya untuk melakukannya.”
Menyifatkan sokongan rakan-rakan sebagai satu peniup semangat, wanita anggun ini berkongsi tentang hal tersebut,”Sepanjang perjalanan saya, saya mempunyai keraguan tentang bagaimana untuk menembusi industri, terutamanya sebagai seseorang yang memakai hijab, tetapi mujurlah, saya mempunyai rakan sekerja yang sangat menyokong yang telah menggalakkan saya sepanjang perjalanan karier.”
Perasaan rindu itu merupakan sebuah perasaan yang normal apabila kita sudah lama tidak berjumpa dengan seseorang kita sayang. Kekasih hati, ibubapa, ahli keluarga mahupun rakan-rakan antara orang yang seringkali kita rindui.
Dalam Islam, ada beberapa doa yang boleh kita baca dan amalkan apabila rasa rindu itu menjelma dalam hati. Selamat beramal ya!
Artinya: Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu di asuh di bawah pengawasanku.”(Qs thaahaa:39)
2. Surat Al Fatihah
Doa yang sering kita baca setiap solat fardhu ini ternyata memiliki keistimewaan sangat besar. Al fatihah tidak hanya menjadi surah pembuka dalam Al-Quran, namun bacaan Al fatihah juga bisa membantu memperluas rezeki, mengubati penyakit, menjauhkan diri dari penyakit atau sifat pelupa, serta sebagai ubat kerinduan terhadap seseorang.
3. Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy syamsa Wal Qamara Ra aituhum Lii Sajidin.”
Maksudnya:“Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,” Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku” (Surah Yusuf: 4).
Maksudnya: “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya kepada Engkau-lah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukkan lah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat” (Surah Al Fatihah: 1-7).
Maksudnya: “Mereka mencintainya (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah, sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah” (Surah Al-Baqarah: 165).
7. “Zuyyinalinnasi hubbushahawati minannisa’i walbani na walqanaathiril muqanthorotiminazzahabi walfidhah”
Maksudnya: “Dihiasi (dan dijadikan indah) bagi manusia kesukaan kepada benda-benda yang diingini, iaitu perempuan-perempuan dan anak-anak, harta-benda yang banyak dari emas dan perak” (Surah Ali-Imran:14).
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Benarlah kata peribahasa Melayu, nilai kerjasama sentiasa memberikan hasil yang baik. Bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini menjadi bukti rakyat Malaysia tidak pernah pudar semangat kerjasama dalam diri. Bukan sahaja orang awam malahan golongan artis juga turut sama membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir. Antaranya ialah penyanyi popular, Nabila Razali.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Instagram penyanyi ini, Nabila, 29 berkongsi momen manis saat dirinya membantu untuk membersihkan limpahan lumpur rumah mangsa yang terjejas di sekitar Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor.
Tiada apa yang glamor tentang hal ini. Ia hanyalah bantuan dari manusia ke manusia yang lain. Jika anda mempunyai peluang untuk melakukannya, rebutlah peluang itu. Tak dapat bagi duit bagi tenaga. Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan-Nya. Amin.
Benar apa yang dikatakan oleh Nabila. Jika kita tidak mampu untuk menyumbang wang, maka sumbanglah dari segi tenaga agar dapat meringankan beban mereka yang terkesan akibat bencana banjir. Rakaman video pelantun lagu Peluang Kedua ini juga turut mendapat komen positif dari netizen.
Ada juga yang sempat memujinya cantik walaupun sedang bertungkus-lumus membersihkan limpahan lumpur.
Bukan hanya Nabila, malah selebriti tanah air lain seperti Wany Hasrita, Ara Johari, Nora Danish, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Harith Iskander serta Ajak juga turut sama menyumbang bakti membantu mangsa-mangsa banjir.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.