“Mungkin Cara Saya Pakai Hijab Tak Betul Tapi..”-Wanita New Zealand Berhijab Tunjuk Solidariti Hari Ini

Share

Bagi mengenang tragedi yang berlaku di Christchurch, New Zealand pada Jumaat yang lalu, satu kempen khas telah diadakan iaitu National Scarf Day bagi tujuan mengajak wanita di seluruh dunia mengenakan hijab pada hari ini sebagai lambang solidariti. 

Ramai wanita dari seluruh negara tak kira apa jua bangsa dan agama sekalipun menyokong kempen dan memuat naik gambar mereka berhijab di media sosial sebagai tanda sokongan mereka terhadap komuniti Islam.

”Maafkan saya kerana mungkin saya tak memakainya(hijab) dengan betul dan saya tidak pasti dengan warnanya namun saya mahu tunjukkan sokongan saya terhadap wanita muslim hari ini. Berdiri bersama.”- Nicola Inui, New Zealand.

Ia berhenti bersama kita. Apa pun ibu bapa, nenek, datuk dan saudara mara kita percaya, apa jua kejahilan dalam komunikasi, gurauan atau tidak, secara sedar mahupun tidak langsung…

Kita tidak akan menyambungnya kepada generasi seterusnya.

Anak-anak dilahirkan bai mengenal kasih sayang. Mereka tidak kira warna kulit seseorang, dimana dia dilahirkan dan siapa ibu bapa mereka. Biarkan mereka belajar dan memimpin.

Menjadi kuat bersama.”-Catalina, New Zealand, @catb73

“Berikan penghormatan dan tunjukkan solidariti untuk saudara komuniti muslim. Ingatan dan doa saya ada untuk mangsa dan keluarga mangsa.”-Jordy, New Zealand.

Seorang anggota polis wanita juga dilihat memakai bagi menunjukkan sokongannya.

“Seperti mana yang kawan saya tahu, saya telah menjelah banyak negara Islam dan saya hanya menerima penghormatan dan kebaikan daripadanya. Marilah kita sama-sama menghormati saudara muslim kita pada hari ini dengan memakai hijab. Idea ini timbul kerana serangan pengganas Jumaat lalu yang menyebabkan wanita muslim takut untuk mengenakan hijab. Negara kami menunjukkan kebebasan beragama, kebebasan ekspresi dan juga toleransi. Tolonglah sokong saudara kita pada hari Jumaat bagi memberi kekuatan pada mereka. Kita adalah satu.”-Kerrin, New Zealand.

“Tragedi Jumaat lalu sememangnya telah mematahkan kita. Jika anda seperti saya dan merasakan ingin menunjukkan sokongan tapi tidak tahu bagaimana, saya ingin menyeru semua wanita bagi mengenakan hijab pada hari Jumaat ini… seminggu selepas serangan, bagi menunjukkan solidarity, cinta dan sokongan. Wanita muslim tidak patut rasa takut meninggalkan rumah mereka. Saya sememangnya sangat bangga dengan curahan kasih sayang yang telah ditonjolkan oleh negara saya.”-Courtney, New Zealand.

kredit: instagram @worldhijabday

Published by
Qistina