Kecantikan

“Mungkin Ada Yang Tak Percaya, Tapi Saya Tak Pakai.. – Ameera Khan Tak Guna Tiga Produk Ini, Cuma Amal Dua Rutin Kecantikan Je Di Rumah

Share

Sebut sahaja nama, Nur Ameera Khan atau lebih mesra disapa sebagai Little Miss Khan (LMK) pasti ramai terbayangkan kejelitaan gadis pan asia kacukkan Pakistan-Arab yang juga merupakan adik kepada usahawanita dan juga selebriti terkemuka Neelofa!

Selain terpikat dengan kemulusan kulit yang dimiliki oleh LMK ini, pasti ramai wanita di luar sana yang ‘cemburu’ dengan kelangsingan dan kemontokkan tubuh badan yang dimilikinya. Mana tidaknya seksi betul, pinggang ramping macam kerengga!

Ameera Khan Dedah Dua Amalan Dapatkan ‘Pinggang Kerengga’ Miliknya!

Dalam temu bual bersama Hijabista, Ameera pernah mendedahkan amalan dan pemakanan sihat yang dipraktikkan demi mengekalkan kesihatan kulit dan badan ramping.

Selain mengenakan korset secara konsisten, dia juga rajin pergi ke gym. Patutlah dia nampak fit.

Artikel berkaitan: Pernah Dikritik Kerana ‘On-Off’ Berhijab, Noor Kartini Jelas Isu Tudung Ameera Khan!

I pergi gym dalam 5 ke 6 kali seminggu. Memang I addicted to gym dan ia macam my stress free zone.

Jenis dan rutin senaman semuanya bergantung kepada trainer. Di rumah, I akan buat senaman yang I tahu atau call trainer dan tanya dia apa yang patut I buat. Kebiasaannya, I akan buat senaman yang lebih tertumpu dekat pinggang dan punggung.”

Bukan Setakat Jaga Badan, Hijabi Juga Perlu Titikberatkan Penjagaan Wajah..

Wanita mana yang tak suka dengan kecantikan. Seperti wanita lain, Ameera mengakui betapa pentingnya menjaga kecantikan diri termasuk penjagaan kulit wajah. Menariknya, tip penjagaan wajah Ameera cukup mudah dan tidak memerlukan belanja yang mahal.

Tidak lokek berkongsi petua, ini yang lazimnya dia lakukan. “Mungkin ada yang tak percaya tapi I tak pakai pelembap, serum ataupun krim mata. Kalau ada event atau photo shoot, balik je dari rumah I akan mandi dan lepas tu letak mask.

Setiap pagi dan malam pula I akan ambil ais letak dekat muka selama tiga minit. Ia bagus untuk kecilkan liang pori, mengurangkan dark circle, cegah pembentukan jerawat dan buatkan muka jadi lebih glowing.

Hasilnya, my cheek jadi kemerah-merahan since the day I buat ice facial ni. Pastikan ais diletakkan terus on your skin. Selain itu, I juga minum banyak air kosong sehari. Boleh dikatakan dalam 5 ke 6 liter.

Untuk pagi, I akan minum lemon yang direndam dengan air panas. Malam, makan madu sekali dengan ‘sarang’ dia tu. Untuk buah-buahan pula I

suka makan buah delima dan mangga.”

Rupa-rupanya tak susah pun nak nampak fit, cantik dan langsing macam Ameera. Kunci utamanya ialah rajin! Kena rajin bersenam, rajin jaga pemakanan dan rajin minum air secukupnya.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.

Artikel berkaitan: Neelofa Tarik Nafas Lega, ‘LMK’ Kembali Aktif Di Instagram – “Dan Akhirnya Tak Payah Nak..”

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.


Sumber Foto: Instagram Little Miss Khan

Published by
Haifa Nasir