Mencari helaian pakaian dan padanan hijab yang sesuai untuk muslimah bukan mudah di pasaran sekarang. Gaya mengatasi syariah, sudahnya hijabi tenggelam dengan fesyen yang melangkau yang dituntut oleh Islam.
Bertemakan ‘Sempurnakan Hijrah Cinta’, Munawwareen melancarkan koleksi Munawwareen yang melambangkan transisi baharu jenama muslimah terkemuka ini.
“Terdapat banyak pakaian Muslimah yang dipasarkan tetapi konsep ‘Muslimah sejati’ itu tidak sepenuhnya dipraktikkan. Munawwareen mahu dikenali dengan identiti fesyen Islamik yang berusaha mengikuti landasan Syariah.
Menurut pengasas dan Pengarah Urusan Munawwareen Holdings Sdn. Bhd., Datin Hajah Aliza Abu Bakar, koleksi terbaharu wanita (Hawa) terdiri daripada telekung, jubah, abaya dan kelengkapan solat, manakala koleksi lelaki (Rijal) menampilkan kurta dan jubah.
Mengutamakan pakaian patuh syariah, asas setiap rekaan Munawwareen adalah memelihara aurat wanita dengan sempurna. Justeru, variasi pakaian jenama ini direka dengan potongan longgar dengan pemilihan fabrik yang tidak menampakkan bentuk badan pemakai.
Ads
“Sekarang kita dapat lihat lebih ramai wanita bijak berfesyen meskipun menutup aurat dengan sempurna. Jadi Munawwareen ingin menjadi sebahagian daripada gerakan fesyen Islamik yang sentiasa menampilkan rekaan-rekaan segar serta mengikut arus semasa tanpa mengenepikan kewajipan menurut aurat,” jelasnya ketika ditemui pada pertunjukan fesyen koleksi Munawwareen di Hotel Shangri-La baru-baru ini.
Sebanyak 21 rekaan dengan jumlah 36 pakaian dipentaskan dan kesemuanya akan dilancarkan secara berperingkat bermula Oktober 2022 sehingga Mac 2023.
“Tujuan pertunjukan fesyen ini diadakan adalah bagi meraikan perjalanan baharu Munawwareen kepada semua. Walaupun telah dua tahun beroperasi, tetapi akibat pandemik Covid-19 yang melanda dunia, banyak perkara terpaksa ditangguhkan. Selepas membuat penstrukturan semula, ini adalah waktu terbaik untuk melaksanakan kembali perancangan yang telah dibuat.
Ads
“Saya percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Alhamdulillah, biarpun perjalanan Munawwareen ini tertangguh sementara, saya yakin perancangan yang dikemaskini ini adalah lebih baik,” ulas Datin Hajah Aliza.
Mendengarkannya buat pertama kali, cukup membuatkan kita bersama-sama bersil dengan sebutan yang berulang..Ya, Munawwareen. Dendangan suara yang lunak dari penyanyi hebat, Ernie Zakri, lagu rasmi jenama berjudul Munawwareen turut dilancarkan pada majlis yang indah. Sudah pasti melodi yang cantik, bait –bait lirik yang cukup bermakna hasil ciptaan sepenuhnya Hafiz Hamidun.
Ads
Berbeza dengan pendekatan jenama yang lain yang mengetengahkan lagu jenama atau jingle dengan lirik berbentuk promosi secara langsung, lagu Munawwareen mengutamakan perceritaan nilai-nilai Munawwareen dan menurut komposer dan penulis lirik, konsep lagu tersebut mengetengahkan elemen Timur Tengah dan pop. Tambahan dengan penyampaian dan penghayatan Ernie meletakkan lagu ini dalam kelas tersendiri.
Menariknya lagi majlis yang penuh barakah ini didendangkan dengan persembahan dua nama yang tidak asing dalam industri muzik, Tomok dan Syamel. Kemuncak majlis ini apabila aktres dan supermodel prolifik tanah air, Nasha Aziz melangkah dengan anggun di pentas peragaan dengan menggayakan dres jubah berona hijau zamrud sebagai pelengkap pertunjukan fesyen.
Antara koleksi yang dipentaskan telah mula dipasarkan dan boleh didapati di laman web rasmi di www.munawwareen.com.my atau Shopee Munawwareen HQ, dan juga pembelian di butik yang akan membuka pintu secara rasmi di Putrajaya pertengahan Oktober 2022.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sebelum itu selebriti ini memang sudah lama memasang niat untuk berhijab. Tetapi masanya belum mengizinkan. Malah dia juga tidak kekok untuk berhijab memandangkan sering diberi watak wanita bertudung. Bukan itu sahaja, Sari Yanti, 34 tahun juga menyimpan koleksi tudung penuh satu almari. Bukan sebagai persediaan (ketika itu) tetapi dek kerana pembawakan wanita bertudung dalam setiap drama dilakonkan. Ternyata hidayah untuk kekal berhijab datang selepas dia berumahtangga dengan pelakon, pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu.
“Saya sebelum itu memang sudah biasa berhijab. Malah sering membawakan watak wanita bertudung. Bukan sekejap, kadang-kadang sampai dua tiga bulan memegang watak sama. Jadi apabila saya mahu berhijrah, perubahan itu tidaklah secara drastik.
“Niatnya memang sudah lama untuk berhijab tetapi waktu itu tak tahu bila nak mula. Sari tidak ada masalah atau kekok untuk bertudung kerana sebelum itu sudah terbiasa memegang watak wanita berhijab.
“Lagipun terfikir usia sudah semakin bertambah dan sudah sampai masanya berubah,” ujar Sari Yanti ketika ditemui di majlis pelancaran butik Mom’s House di Bandar Baru Bangi baru-baru ini.
Menurut Sari Yanti juga dia mengambil keputusan berhijab sepenuhnya selepas berkahwin dengan Jep Sepahtu.
“Lepas kahwin memang Jep ada minta saya pakai tudung. Tetapi tidaklah dia memberi arahan secara keras, tetapi kita faham maksudnya. Jadi secara perlahan-lahan saya mula untuk berhijab.
“Sari masih ingat lagi waktu itu bangun tidur terus sahaja niat untuk pakai tudung sehinggalah sekarang. Alhamdulillah saya masih istiqomah dan kekal dengan penghijrahan ini
“Saya memang tiada masalah untuk berhijab sebelum itu kerana selain sudah biasa bertudung, saya juga banyak koleksi tudung dalam almari. Jadi saya tidak kalut untuk membuat persiapan membeli baju baru atau menentukan sebulan sebelum pakai tudung ketika itu,” tambahnya yang kini sedang menanti kehamilan anak ketiganya sekitar Ramadan nanti.
Bertanya fesyen apa yang disukainya, Sari Yanti menjelaskan dia sukakan suatu yang simple, selesa dan yang penting menepati ciri wanita Muslimah.
“Saya selesa pakai fesyen yan suami suka dan baginya sesedap mata memandang. Saya juga sebenarnya seorang yang simple dan pakai apa sahaja yang menyelesakan. Buat apa kita nak pakai fesyen atau baju yang boleh buat suami marah.
“Jep tak kisah fesyen bagaimana asalkan padanya sedap mata memandang. Lagipun buat apa kita nak pakai baju yang agak keterlaluan hingga boleh undang rasa tidak suami kita sendiri.
“Saya juga lebih gemar menggayakan tudung tanpa kerongsang, tak ada subang atau rantai. Lagi satu saya jenis tak reti nak berfesyen begitu dan bagi saya yang penting ‘less is more’ itu lebih memadai,” ujarnya lagi.
Walaupun belum sampai setahun berhijab, pelakon kecil molek ini turut menitipkan pesanan berguna buat hijabi yang baru berhijrah.
Katanya seseorang hijabi perlu bergaya mengikut kesesuaian diri dan penampilan wanita bertudung. Jangan pakai pakaian yang boleh mengundang rasa tidak selesa atau seronok orang yang memandang kita itu nanti.
Walaupun pelakon serta pengacara popular ini sedang mengerjakan ibadah haji di Mekah, namun beliau juga turut tidak terlepas dari mengikuti perkembangan semasa yang berlaku di tanah air. Seperti yang kita maklum, rakan penerbitan syarikat kumpulan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad dikatakan akah ditutup operasi.
Sebelum itu dikatakan kakitangan kumpulan Utusan hidup dalam kesusahan apabila tidak dibayar gaji untuk tempoh tertentu sehingga terpaksa meminta bantuan kewangan untuk meneruskan kehidupan.
Terkesan dengan situasi itu, Neelofa dalam tulisannya di twitter menzahirkan simpatinya dengan kumpulan akhbar yang sudah 80 tahun penubuhannya.
Menurutnya Utusan banyak membantu karier di awal pembabitan dalam bidang seni. Dan sebagai membalas jasa yang diberikan Neelofa menyeru kepada sesiapa dari bahagian Sumber Manusia atau mana-mana syarikat lain yang memerlukan pekerja supaya dapat memberi peluang pekerjaan kepada yang terbabit.
Tambah Neelofa yang sudah dua kali mengerjakan ibadah haji ini dengan kerjasama yang diberikan akan dapat membantu mereka mencari pekerjaan yang sesuai secepat mungkin.
Ternyata niat murni Ratu Trend ini mendapat pujian daripada netizen. Masing-masing memuji dan tidak kurang memberi maklum balas dengan memberitahu syarikat yang sedang mencari pekerja.
Orang yang melakukan Umrah adalah orang yang melakukan perjalanan untuk mengunjungi rumah Allah di Mekah kerana ketakwaannya padaNya.
Tidak ada orang yang rela mengorbankan masa, wang, harta dan tenaga demi mengunjungi tempat suci ini selain kerana mematuhi perintah Allah SWT dan sunnah Nabi. Dan hanya orang bertakwa yang akan diberikan rezeki dari arah yang tak diduga untuk menunaikan rukun Islam ini.
Bukan semua dari kita mempunyai kemampuan untuk pergi umrah yang disediakan. Tahun demi tahun pakej umrah semakin melambung harganya, mungkin kerana beberapa faktor yang memaksa pihak agensi berbuat demikian. Lain pula perkongsian dua beradik ini pakej umrah secara DIY memudahkan dan tidak terikat dengan jadual. Jom ikuti perkongsian Haany Harraz melalui laman facebook.
My Umrah Stories 😍
Alhamdulillah, saya telah selamat menunaikan Umrah minggu lepas. Hari ni baru ada kelapangan untuk menulis sedikit sekadar berkongsi. Umrah kedua kali ni saya pergi dengan kakak saya, hanya berdua tanpa mengikut mana-mana travel agency. Semuanya kami atur dan bergerak sendiri. Mudah dan ringkas sebenarnya pergi sendiri ni. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami.
Sebelum tu, saya sendiri memang sejenis suka kepada cabaran dan suka merenung setiap kejadian dari perjalanan yang saya lakukan 😁.
Alhamdulillah Allah telah menjemput saya dan kakak saya menjadi tetamuNya. Sebelum pergi tu, betulkan niat iaitu untuk beribadah mengabdikan diri kita di sana.
Pertama sekali, perlu ikuti kursus umrah,.saya mengikuti kursus percuma yg berdekatan dengan tempat saya. Saya juga banyak belajar cara mengerjakan Umrah, tengok di youtube, buat research accommodation, transportation dan lain-lain. Jangan lupa perbanyakkan solat hajat, supaya Allah lancarkan perjalanan UMRAH kita dan diberikan kesihatan yang baik.
Saya ringkaskan saja tip perjalanan sepanjang 8 hari berada di tanah suci Madinah dan Makkah. Saya berada 3 malam di Madinah – 4 malam di Makkah – dan selepas itu menziarahi Turkey selama 4 malam sebelum berangkat pulang.
Tiket Penerbangan (pergi dan balik)
Saya menempah tiket penerbangan melalui Skyscanner. Untuk trip Umrah saya tempoh hari saya naik Saudi Airlines, dan tiketnya tak murah dan tak terlalu mahal. Tiket saya
KUL-MED, JED-IST, ANKARA-KUL , berjumlah RM2600.
Accommodation
Untuk cari penginapan boleh search di Booking.com, Airbnb dll. Untuk di Madinah saya menginap Hotel ( Al-Mukhtara Golden). Hotel ni sgt dekat dengan masjid, tetapi jauh juga berjalan ke pintu masuk solat perempuan (8 minit berjalan). Di Makkah saya menginap di Hotel NAWAZI AJYAD yang hanya berjalan 5 minit sahaja ke masjid. hotel ni boleh tidur untuk 4 orang, kami hanya berdua sangat puas hati.
Total hotel MADINAH dan MAKKAH RM1000++ untuk dua orang.
Ground Transportation
Setelah membuat sedikit kajian tentang ground transport, banyak cabang transport di Madinah dan Makkah. Saya lebih mudah dan selesa menggunakan Careem (Uber versi Arab). Careem di tanah suci sangat meluas, lebih jimat dan tak perlu bargain macam teksi. Cuma ketika berada di Makkah, kawasan radius sekitar Masjidil Haram, Uber dan Careem tidak dibenarkan.
Cuma kalau nak naik juga perlu berjalan keluar dari kawasan radius tersebut. Pernah juga saya menaiki TEKSI UJRAH yang sangat banyak di sana. Saya juga minta diskaun harga pada pemandu teksi ujrah, setelah buat perbandingan harga Careem.
Manakala, perjalanan kami dari Madinah ke Makkah untuk menunaikan Umrah, kami menaiki bas Saptco VIP. Perjalanan lebih kurang 5 jam 30 minit. Bas yang selesa dan efisien dari segi masa, minum dan snek disediakan. Sangat recommended! Boleh online booking di website saptco.com.sa
Total perjalanan Madinah-Makkah RM128
Visa
Sekitar September 2019, kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan Tourist Visa untuk beberapa negara dan Malaysia antara salah satu yang tersenarai. Tourist visa berlaku untuk memasuki negara Arab Saudi untuk tujuan Holiday mahupun Umrah. Dibenarkan untuk tinggal tidak melebihi 90 hari di Arab Saudi dan tempoh valid visa berlaku selama setahun.
Ya, bermakna rakyat Malaysia tidak perlu lagi menggunakan Visa Umrah untuk masuk ke Arab Saudi untuk mengerjakan Umrah.
Visa boleh apply di laman laman rasmi kerajaan Arab Saudi di sini visa.visitsaudi.com. Yang bestnya, setelah selesai membuat pembayaran visa, visa dicetak dalam masa 3-5 minit dan terus dihantar ke email kita. Gambar passport visa kami hanya snap guna telefon dan gunakan software gambar visa umrah sahaja, tidak perlu untuk ke kedai gambar.
Bayaran visa : RM490
Travel Insurance
Sebelum ke luar negara, belilah travel insurance dari mana mana insurance agency. Kita tak tahu bila mana kemalangan mahupun ajal akan berlaku. Sediakan insurance cover sebelum kemalangan berlaku. Saya seringkali gunakan Etiqa Trip Care 360 Platinum untuk
single trip: RM110.00
Ziarah Luar Kota Suci
Yang ni boleh search sendiri di Google tempat-tempat ziarah sekitar Madinah dan Makkah. Tergantung kepada masing masing selera mahupun kelapangan. Yang ni boleh plan sendiri, di sana boleh naik Uber atau Careem untuk bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi. Dan kalau boleh janganlah lepas peluang ke tempat tempat bersejarah disana. Rezeki kami, Di Madinah dan Makkah kami ditawarkan oleh Group leader dengan menumpang bas mereka untuk ziarah, Alhamdulillah.
Souvenir , Air zam-zam, Makan tempatan
Banyak boleh dapat keychain semurah 2 riyal (RM2), yang penting pandai cari. Air zam zam kami beli di airport/ 7.5 riyal untuk 5 liter. Kami beli selepas pulang dari Ankara semasa transit di Jeddah. Satu orang satu botol jer. Kebanyakkan airlines akan bagi free luggage khas utk air zam-zam.
Di sana saya dan kakak lebih banyak masak sendiri, kami bawak periuk nasi kecil untuk masak nasi dan bawak makanan sendiri. Ada juga kadang2 kami cuba makanan di sana, boleh berkongsi makanan untuk makan dua orang, sebab banyak
Time Flexibility
Ini yang saya impikan dari setiap perjalanan musafir saya. Tidak terikat dengan waktu. Tidak kira ke mana sahaja, saya sukakan time freedom. Ada waktu untuk ke sini dan ke sana mengikut kemahuan diri. Tukar plan last minute, tambah plan last minute. Ada waktu untuk mendalami, mengagumi, merenungi dari setiap tempat saya lawati.
Disini saya juga ingin sertakan Itinerary Umrah DIY dan Ziarah Istanbul/Ankara
HARI 1: 31/1/2020
Lapor diri KB-KUL ( 9.30PG)
KL – -MADINAH (1.40PTG)
– Check-in bagasi, serahan passport / boarding pass/visa.
– Transit RIYADH; 1 jam 25minit sebelum berlepas ke Airport Madinah.
– Tiba di Madinah daftar masuk hotel dan berehat.
Madinah airport ( 7.00 malam), Check in Hotel ( Al-Mukhtara Golden) .
– Naik Uber/ Kareem 20-30minit ; SAR 30-60 / Bus SAPTCO SAR 10-12
– Beli Simkad CELCOM XPAX , beli di Malaysia dalam RM68.
NOTA:Lepas berehat di hotel, turun masjid terus solat isyak dan masuk RAUDAH (Rumah Nabi serta makam baginda) Nabi bersabda, ‘kalau kita datang buat umrah, tidak datang rumahku, dikira ummat yg tidak mencintaiku)
HARI 2 & 3 : 1-2/2/2020 MADINAH
Ziarah Dalam: Lagi ke Maqam Rasulullah SAW dan sahabat, (Raudhah) dan Perkuburan Baqi’(solat jenazah – Jenazah terdiri drpd y. Aishah, Fatimah, Zainab, cucu Nabi) semoga mereka dirahmati Allah- boleh byk pahala-
Ziarah Luar: Masjid Quba’, Masjid Qiblatain, Medan Peperangan Khandaq (Masjid Tujuh), Jabal Uhud, Pasar Kurma/ Ladang Kurma (Join naik bus leader group umrah, atau naik bus or uber )
HARI 4: 3/2/2020 MADINAH – MAKKAH
MADINAH
• Ziarah Wida’:1. Solat sunat 2 rakaat ( RAUDHAH) atau masjid nabawi | 2. Mengucapkan salam perpisahan kepada Baginda ( Assalamualayka Ya Rasulullah) dengan penuh kerendahan hati dan sedih menginggalkan baginda. | 3. Berdoa dengan bertawassul dgn baginda (Selamat tinggal Ya Rasullulah, Salam perpisahan wahai Nabi Allah.. Kami akan datang lagi menziarahimu ya Habiballah…) | 4. Mengalir air mata keikhlasan sedih perpisahan dengan kekasih Allah| 5. bersedekah pada mereka yang berada di sekitar Masjid Nabawi.
Mandi sunat Ihram, Memakai pakaian ihram umrah.
Check out hotel Madinah; Pukul 12 .30 tengah hari
Menaiki SAPTCO BUS VIP 2.30 petang (Perjalanan 5 jam), naik di CROWNE PLAZA HOTEL.
• Bertolak ke Makkah: Bermiqat di Masjid Bir Ali (Solat Sunat 2 rakaat sebelum niat IHRAM)
UMRAH PERTAMA:
Bus berhenti di AJYAD STATION, sebelah HOTEL MASHAER AJYAD HOTEL TH.
– 250m ke Al Haram. Dari SAPTCO AJyad, 15minit to Hotel NAWAZI AJYAD (naik uber SAR15).
MAKKAH
• Tiba di Makkah, mengerjakan tawaf & saie, bertahallul serta solat wajib dan sunat. Pahala bersamaan 100,000 kali ganda.
NOTA: Semasa perjalanan menuju ke Makkah, bayangkan bagaimana susah payah Rasulullah dan Sahabat Abu Bakar berhijrah dari Makkah ke Madinah, mengharungi bukit bukau, bersembunyi GUA Thur, dihambat Surraqah(perang Badar). Banyakkan Bertalbiah, dan selawat sepanjang perjalanan.
HARI 5 : 4/ 2/ 2020 MAKKAH
Bermula selepas solat subuh/dhuha hingga sebelum Zohor:Ziarah Luar – Jabal Thur (15 minit) bergambar dan boleh hiking, Jabal Nur – boleh hiking untuk melihat Gua Hera’, bergambar dan hayati sirah, kemudian Arafah (sekadar berhenti/ tidak di Masjid Namira), Muzdalifah, Mina dan perjalanan ke Jabal Rahmah (hanya melintasi & memandang dari dalam bas), Masjid Ja’ranah & miqat (UMRAH KEDUA)
– Solat Zohor di Masjid, buat tawaf dan Saie.
HARI 6 : 5/2/2020
Umrah Tana’im: miqat untuk umrah (UMRAH KETIGA)
NOTA:Masa buat umrah, masuk Al Hara di King Fahd Gate: Pintu 79 (buat tawaf sunat) – pintu 66 . ‘ada toilet dan tempat berwudhu’ – free Al-Quran sebelah pintu 79 cari 884 – kedai foodcourt (Al Khalid Courtyard) – kedai jus (berhampiran kedai rambut) , Hilton Suite (ada mall, food curt, KFC, al Baik,Al Tazaj)
HARI 7 : 6/2/2020
Ziarah Pilihan Taif ( tempat peranginan): Bertolak selepas subuh – naik bus dari Hotel Safwah ke Station Cable (sejam), terletak di theme park.
– Naikk cable car selama 15-20 minit
– Cadagan lawatan: 1. Shubra Palace | 2. Fruits Market | 3. Crose Factory | 4. Addas Farm & Mosque | 6. Fruits Market
– Bertolak ke Makakh(djangka tiba di Makkah sebelum Magrib)
HARI 8 : (7 / 2 / 2020) MAKKAH – AIRPORT JEDDAH
Mandi, bersiap barang, letak barang di lobi sebelum subuh,
– Tawaf Wida’ pukul 3 pagi.
– Akan berangkat ke Airport Jeddah pukul 4 pagi (uber or kareem – SAR 120 – 150), subuh di airport atau perjalann, penerbangan ke Istanbul 9.50 pagi.
ISTANBUL – AIRPORT
Tiba di Airport Istanbul pada 1.45 petang.
Perjalan ke Hotel Istanbul (Stone Home Appartment at Sultanahmet)
– Naik bus Havaist – berdekatan terminal building Arrival) harga 16TL
– Jangka check in hotel pukul 6 petang
– Malam berjalan di sekitar Hotel berdekatan
HARI 9 ( 8 / 2 / 2020)
Lawatan: 1. Blue Mosque | 2. Muzium Hagia Sophia | 3. Istanbul Topkapi (Masjid Kediaman Pemerintahan Uthmaniah, dibina oleh Sultan Al Fated, berdekatan Masjid Aya Sophia | 4. Galata Tower | 5. Hippodrome | 6. Grand Bazaar (pintu luar nama Old Book Bazar, near trem Beyazit – tempat membeli-belah murah | 7. Cruise Bosporus (Menyusuri Selat Bosphorus bersempadan Asia dan Eropah) | 8. Taksim Square (tempat shopping, sangat best).
NOTA: Tempat shopping ( Kadikoy Sali Pazari (kedai-kedai dan tempat makan murah)
HARI 10 ( 9/2/2020)
Check out hotel pukul 11 pagi
– Naik train ke airport SAW, flight pukul 3. 40 ptg ke ANKARA.
Di ANKARA Airport
– Sampai di Airport pada 5 petang dan disambut oleh kawan kami yang kebetulan bekerja Embassy of Malaysia di sana.
HARI 11 ( 10/2/2020)
Visit Anitkabir Mausoleum (muzium dan tempat persemadian pemerintahan.
– Bermain Salji di Elmadag Ankara
NOTA:Harga stu malam penginapan di Turkey dlm lingkungn RM80/mlm. | Transportation untuk bergerak ke mana-mana sahaja, pun sangat-sangat murah. | Kami naik bas metro atauu trem di sana. | Makanan pn murah, kami prefer masak di sana.
HARI 12 ( 11/2/2020)
Bertolak ke airport ANKARA pada pukul 11pg. flight pukul 1.40 ptang.
-transit 9jam di Jeddah, ( berjalan2 sekitar Jeddah)
12/2/2020
Sampai KUL 3.00 petang
KUL ke KB pukul 8.35 malam, di jangka sampai 9.35 malam
** SELAMAT PULANG DENGAN UMRAH MAQBULLAH **
Total Budget per head (MADINAH>MAKKAH> ISTANBUL>ANKARA)
Flight ticket: RM2600
Accommodation: RM800
Ground transportation: RM250
Transport Med-Makkah: RM128
Flght tiket IST-Ankara: RM70
Visa: RM490
Travel Insurance: RM110
Makan/miscellaneous: RM300 Total : RM4784
Ingatlah yang perjalanan kita mengerjakan Umrah ini bukan seperti perjalanan lain, ia adalah perjalanan ibadah ke Rumah Allah dan menemui Rasulullah S.A.W. Jagalah tertib dan betulkan niat InsyaAllah segalanya akan dipermudahkan. Inilah sedikit perkongsian bagaimana perjalanan saya bersama kakak tempoh hari. Semoga ada manfaat buat semua kenalan FB.
Malah, jika dilihat menerusi perkembangan terkini di laman sosial miliknya, kehidupan anak saudara kepada pelakon veteran Wan Maimunah itu kini lebih kepada...