Mulianya Hati Doktor Muda Ini Yang Tak ‘Naik Angin’ Bila Kereta Kena Double Park. Siap Tinggal ‘Nota Cinta’!

Share

Menjadi kebiasaan kita jika terpaksa bersikap untuk double park kereta jika terpaksa berkejar-kejar dalam melakukan sesuatu urusan. Walaupun ketika itu kita tidak tahu siapa pemilik kereta yang kita block kerana apa yang penting urusan dapat dilselesaikan. Namun ada kalanya tindakan itu sebenarnya boleh menyusahkan orang lain.

Seperti perkongsian seorang doktor wanita Dr Aniah Azmi yang bekerja di Hospital Melaka bercerita pengalamannya tidak boleh keluar dari tempat letak kereta gara-gara dihalang kenderan lain. Nyata tindakan beliau yang bersabar dan meninggalkan ‘nota cinta’ kepada pemilik kereta yang menghalangnya turut dipuji netizen.

Pengalaman berharga buat Dr Aniah Azmi.

Apatah lagi ketika itu Dr Aniah dalam perjalanan untuk pulang menjemput anak dari sekolah. Namun yang memberikan impak pada doktor muda yang juga merupakan anak kepada Prof Dr. Muhaya ini apabila turut menerima nota dari pemilik kereta yang menghalangnya.

Menurut pemilik nota, dia mohon maaf atas kesalahannya dan tergesa-gesa kerana mahu uruskan isterinya di wad bersalin. Dia juga turut menulis tidak akan mengulangi kesalahan yang sama.

Ternyata perkara ini memberi kelegaan pada Dr Aniah kerana tidak bertindak mengikut emosi yang boleh menyebabkan driinya berada dalam kekesalan.

Dr Aniah juga tidak dapat bayangkan jika si pemilik kereta yang akan berjalan ke kereta dengan bayi yang baru dilahirkan sambil melihat kereta yang sudah dipecahkan cerminya.

Sememangnya kisah ini sangat baik untuk dijadikan teladan dan turut mengingatkan kepada kita semua agar berfikir dulu sebelum bertindah dan jangan memgambik keputusan terburu-buru.

Kisah yang dikongsikan juga membuka mata masyarakat untuk lebih bersabar menghadapi setiap dugaan. Malah perlu gunakan akal fikiran dan jangan biar emosi mempengaruhi kita.

Encik/Puan, sila tinggalkan nombor telefon kalau menghalang kereta. Saya terpaksa mengambil teksi untuk ambil anak saya dari sekolah. Sudah 30 minit menunggu. Saya harap encik tidak ulangi kesilapan ini lagi. Terima kasih, dari Dr Aniah.

“Seterusnya, ketika saya kembali semula ke hospital, kereta saya masih dihalang untuk keluar! Saya membuat keputusan untuk meninggalkan kereta saya di hospital dan sekali lagi menggunakan khidmat Grab untuk pulang ke rumah. Saya dikenakan bayaran sebanyak RM20 walaupun dekat.

Pemandu Grab Car diberitahu tentang kejadian yang menimpanya memberi cadangan agar terus menunggu sehingga pemilik kenderaan muncul atau pecahkan cermin keretanya.

“Saya memberitahu kepada pemandu Grab tentang kejadian yang menimpa saya, lalu dia menyuruh saya untuk tunggu sehingga pemilik kenderaan muncul. Ataupun mengambil gambar kenderaan tersebut untuk diviralkan di media sosial. Malah, dia juga menyuruh saya untuk memecahkan cermin kereta tersebut.”

“Saya memberitahunya tidak mengapa, saya hanya ingin pulang ke rumah selepas satu hari bekerja dan hanya terima hakikat bahawa semua yang terjadi mempunyai sebab. Mungkin juga semua yang terjadi adalah ‘rezeki’ untuk pemandu Grab tersebut. Bagi saya, semua yang terjadi mungkin ada hikmah disebaliknya.

Kereta itu ditinggalkan sehingga keesokan harinya. Namun, apa yang terjadi telah memberikan kesan besar kepadanya….

“Pagi ini saya menumpang rakan sekerja untuk ke hospital. Ketika sampai, saya terus menuju ke kereta saya dan menjumpai sekeping nota yang ditinggalkan. Nota itu bertulis”:

“Saya mohon maaf atas kesalahan saya. Saya tergesa untuk uruskan isteri saya di wad bersalin. Saya terlupa tentang hal kereta saya. Saya mohon ribuan maaf atas kesalahan saya. Saya tidak akan ulangi lagi. MAAF.”

“Apabila saya membaca nota itu, saya terus berasa lega kerana saya tidak bertindak mengikut emosi atau melakukan apa-apa perkara yang akan membuatkan saya kesal. Saya juga tidak dapat membayangkan jika dia sedang berjalan ke kereta dengan bayi yang baru dilahirkan dan seterusnya melihat kereta yang sudah dipecahkan cerminnya.”

“Saya tidak boleh mengawal situasi yang telah terjadi namun saya mampu untuk mengawal pemikiran dan kelakuan saya.”

Kisah yang dikongsi di laman sosial facebooknya itu turut mendapat respon daripada netizen. Rata-rata memuji tindakan Doktor Aniah yang bersikap sabar dalam menghadapi situasi ini.

Tahniah & moga Allah permudahkan urusan doktor.

Mendapat ganjaran yang baik atas kesabaran.

U have a heart of gold.

Artikel Berkaitan: Prof Dr. Muhaya Kongsi Tip Kekal Solat Pada Wany Hasrita

SUMBER: FACEBOOK DR ANIAH AZMI

Published by
Siti Zurina