Baru-baru ini, aktres jelita iaitu Datin Rebecca Nur Al Islam menyatakan kesudiannya bagi menjaga kanak-kanak yatim piatu Muhammad Arfan Ziqri,2, yang kehilangan ibu bapa dalam kecelakaan jalan raya baru-baru ini.
Menerusi laman instagramnya, beliau sedia menjaga Arfan jika tiada waris yang berbuat demikian.
Kalau Tiada waris Yg boleh Menjaga anak Ini,Please 🙏🙏🙏Mummy Becca Nak Jaga❤️… #ComelnyaAwakSayang…
Ya Allah,Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Yg memikul🙏🌹Salam Takziah kepada Ahli Keluarga anak Ini,Dan Al Fatihah Buat Kedua Ibu Dan bapanya….
. . Posted @withrepost • @pencetusummah_amin Kamu baru 2 tahun , tapi Allah dah ambil ayah dan ibu ke Syurga . Duhai anak , simpan semua doa doa yang kami kirimkan buat ayah ibu mu ini untuk dijadikan kekuatan dalam hidup mu bila dah besar nanti.. . Pada yang ada anak usia 2 tahun di akan tahu bagaimana manja nya anak anak ketika usia ini , tidur , bermain , makan semua nak bersama ayah ibu nya , tapi tidak bagi afan.. . Ya Allah ! Hanya pada mu kami berserah , kau lindung anak ini , kau cukupkan segala kelengkapan untuk diri nya agar menjadi manusia yang baik ! Ya Allah ! Besar ujian ini pada afan , pelihara anak ini Ya Allah, Hanya pada Mu Ya Allah kami berlindung !.. . Ibu dan ayah afan kemalangan dan meninggal dunia di Jalan Syed Putra KL . Hasil bedah siasat arwah ibu afan mengandung kembar . Ayah nya seorang l/k polis dan ibunya seorang pegawai jkr.. . Saya mohon rakan rakan semua bantu saya doakan kebaikan untuk afan dan bacakan Al Fatihah untuk kedua ibu bapanya ❤️ Ramai yang terharu melihat keikhlasan niat Datin Rebecca yang ingin menjaga anak kecil itu. InsyaAllah, didoakan moga baiknya itu dipermudahkan dan Arfan juga terus dilimpahi kasih sayang daripada orang sekelilingnya. Amin.