Baru-baru ini, penyampai radio popular, Feeya Iskandar atau Cik Piah telah dimasukkan ke unit Penjagaan Kritikal (CCU). Berkongsi keadaannya sekarang yang semakin pulih, Cik Piah juga sempat menulis di Instagram mengenai pengalamannya sepanjang berada di wad berkenaan.
ini antara pengalaman yg tak dpt di lupakan.kena duk wad ccu okey.di sebabkan sesak nafas.pada mula nya g klinik sbb cikpiah kena gegata satu badan,bayangkan lah gatal nya mcm mana kan?allergic sbb salah makan ke apa.so mintak doc inject,lepas tu mmg hilang terus gegata tu tapi tup2 lepas tu kepala terus pusing2.rasa nk pitam.terus rasa susah nk bernafas.terpikir waktu tu sebelum nk g inject tu mmg x smpt bfast.perut kosong.mungkin jgak tindak balas ubat tu kot.terus lah husband bawak g hospital sampai2 check2 pulak tekanan darah rendah.tapi bila dia kasi neb tu lega rasa nya.oksigen waktu tu pun rendah.so kena lah duk ccu.jadi jgn lah memain dengan benda2 mcm ni.punca nya sikit je nk hilangkan gatal tapi sudahnya mendapat ko duduk ccu.jadi desas desus yg kata cikpiah pregnant lagi tu.dan ucapakan tahniah.anda silap.jgn membuat sebarang spekulasi tanpa anda ketahui keadaan sebenar ye.tak pasti jgn kongsi?? terima kasih yg mendoakan sy.
Alhamdulillah kesihatan Cik Piah sudah berada di keadaan yang baik sekarang. Hijabi kena ambil nasihat Cik Piah ini tau. Jangan main-main dengan soal kesihatan. Hijabista doakan agar Cik Piah sihat selalu sebab pastinya banyak peminat yang sedih kan kalau Cik Piah tak ke udara. Tak gitu?
Sebut sahaja aplikasi Tiktok, pasti ramai yang teruja dan memberi pelbagai reaksi terutamanya golongan muda. Sekarang ini, TikTok telah menjadi platform untuk melakukan pelbagai ‘trend’ ataupun ‘content’ tarian, fesyen, hiburan dan juga mukbang.
Sedang anda ‘scroll’ Tiktok, pasti akan terjumpa dengan beberapa jenis influencer berasal dari luar negara yang gemar untuk makan makanan yang unik dan pelik. Dalam kebingungan melihat video tersebut pasti anda pernah tertanya-tanya adakah ia halal di makan dalam aspek agama Islam kan?
Seperti yang tular baru-baru ini apabila ada seorang ‘pak arab’ yang dilihat makan siput babi atau escargot dan telah menimbulkan tanda tanya ramai. Sehingga ada yang meminta pandangan dan pencerahan daripada Ahli Dewan Negara, yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di laman Twitter.
Sebelum membahas lebih lanjut, mari kita fahami dahulu definasi siput babi. Siput babi atau nama saintifiknya Achatina fulica merupakan sejenis siput daratan. Di Malaysia, masyarakat menggelarnya siput babi, dalam Bahasa Perancis ia digelar Escargot dan dalam bahasa arab dikenali sebagai Halazun.
Kebiasaannya, masakan ini sering dihidangkan di restoran Perancis sebagai pembuka selera dan biasanya dimasak dalam sos mentega yang kaya dan berbau bawang putih.
Perbezaan siput babi dan siput sedut
Suber gambar dari Google
Menurut Pejabat Mufti Persekutuan, siput babi merupakan sejenis siput daratan. Ia adalah haiwan moluska dari kelas gastropoda (berjalan dengan perut). Berbeza dengan siput akuatik yang menggunakan insang, siput babi yang menggunakan paru paru untuk bernafas (pulmonata). Ia mempunyai cengkerang yang agak besar, padat dan berbentuk piramid dengan spira.
Siput sedut atau nama saintifiknya pula ialah Cerithidea obtuse; salah satu spesies siput air dari kelas gastropoda yang termasuk dalam famili Potamididae. Siput sedut adalah antara haiwan yang hidup di kawasan hutan bakau (mangrove ecosystem) dan ianya halal untuk dimakan sepertimana yang diriwayatkan dalam surah al-Maidah ayat 96:
هو الطهور ماؤه الحل ميتته
Maksudnya : “Air laut itu suci lagi menyucikan dan halal bangkainya.”
Riwayat Abu Daud (83), al-Tirmizi (69) dan al-Nasaie (59)
Imam al-Nawawi juga telah menyatakan bahawa pendapat yang paling sahih menurut mazhab Syafie bagi mana-mana hidupan air yang tidak menyerupai ikan ialah semuanya halal dimakan tanpa perlu disembelih. Ia adalah sebagaimana yang telah dinaskan oleh Imam Syafie di dalam al-Umm dan Mukhtasar al-Muzani. (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 9/31-32 dan al-Mu’tamad di al-Fiqh al-Syafie, 2/548)
Hukum makan escargot (siput babi)
Sepertimana yang dinyatakan (di atas), siput terbahagi kepada dua iaitu siput darat dan siput akuatik. Siput akuatik iaitu siput sedut halal untuk dimakan tapi bagaimana pula dengan siput babi atau Escargot ini? Untuk pengetahuan anda, para ulama sendiri mempunyai dua pandangan yang berbeza.
#1 Pendapat pertama: Haram untuk dimakan
Pendapat yang pertama ialah siput darat HARAM dimakan kerana ia termasuk dalam kategori serangga atau haiwan yang tidak mempunyai darah merah seperti lalat, semut, cicak dan seumpamanya.
Pengharamannya adalah disebabkan oleh ia dianggap jijik (kotor) dan tabiat semulajadi manusia menjauhinya. (Lihat al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 4/2793) Imam al-Nawawi menyebutkan bahawa:
Maksudnya : “Menurut mazhab kami (Syafie) ia adalah haram (dimakan). Ini juga adalah merupakan pendapat Abu Hanifah, Ahmad dan Daud.” (al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 9/16)
Pengharaman ini adalah selari sebagaimana firman Allah SWT :
Maksudnya :“dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk.”
(Surah al-A`raf : 157)
Tambahan itu, Ibn Hazm al-Zahiri juga ada menyebutkan di dalam kitabnya bahawa TIDAK HALAL untuk makan siput daratan dan juga apa sahaja haiwan yang tergolong sebagai hasyarat (iaitu serangga atau haiwan kecil yang melata) seperti cicak, kumbang, semut, lebah, lalat dan lain-lain yang termasuk dalam kategorinya kerana haiwan-haiwan tersebut tidak boleh disembelih.
Hal ini kerana sembelihan hanya berlaku pada leher atau dada (haiwan tersebut) sahaja. Adapun mana-mana haiwan yang tidak boleh disembelih, maka tiada jalan atau cara untuk memakannya. Oleh itu, ia adalah haram (dimakan) kerana terdapatnya halangan untuk memakannya (tidak boleh disembelih) kecuali bangkai yang tidak perlu kepada sembelihan. (al-Muhalla, 6/77)
#2 Pendapat kedua: Halal untuk dimakan
Pendapat kedua daripada Imam Malik seperti yang dinukilkan oleh Imam al-Nawawi; menyatakan bahawa semua hasyarat atau haiwan yang tidak mempunyai darah merah seperti siput daratan adalah halal dimakan. Terdapat riwayat daripada al-Talib bin Tha‘labah al-Tamimi R.A, beliau berkata:
صحِبْتُ النَّبيَّ صلّى اللهُ عليه وسلَّم فلم أسمَعْ لحشَرةِ الأرضِ تحريمًا
Maksudnya:“Aku telah bersahabat dengan Nabi SAW dan tidak mendengar mengenai pengharaman hasyarat (serangga dan haiwan kecil yang melata).
Tambahan lagi, Imam Malik pernah ditanya berkenaan sejenis haiwan yang disebut sebagai siput (halazun) yang terdapat di padang pasir dan melekat di pokok-pokok. Adakah ia boleh dimakan? Beliau menjawab dengan berpendapat bahawa hukumnya adalah seperti belalang.
Sekiranya ia masih hidup, kemudian ia dimatikan dengan cara direbus atau dipanggang, maka tidak mengapa memakannya. Sekiranya ia telah mati (yakni mati dengan sendirinya), maka ia tidak boleh dimakan — kerana dianggap menjadi bangkai
Selain itu juga, Abu al-Walid al-Baji turut menyebutkan:
Maksudnya:“Hukum siput adalah sebagaimana hukum belalang. Imam Malik berkata: ‘Sembelihannya adalah dengan cara merebusnya atau mencucuknya dengan duri atau jarum sehingga ia mati disebabkan perkara tersebut, sambil disebutkan nama Allah — yakni basmalah — seperti mana disebutkan juga basmalah ketika mencabut kepala belalang.
Sebagai kesimpulan, Hijabista cenderung untuk mengikuti pendapat Mazhab Syafie serta majoriti ulama termasuklah padangan daripada Dr. Zulkifli sendiri bahawa escargot ini haram dimakan kerana ia bukan haiwan yang disembelih dan jika ia mati, ia tergolong sebagai bangkai. Sebagaimana jumhur ulama yang menganggap ia sebagai jijik dan kotor, kita haruslah menjauhi perkara-perkara tersebut. Wallahua’alam.
Setiap kali mendengar atau menonton rancangan yang dihostkannya, pasti akan membuat ketawa. ada saja lawak yang dibuat hingga tak kering gusi. Rezeki Nabil Ahmad dalam bidang pengacaraan lebih menyerlah berbanding jadi pelawak ataupun pelakon. Dia yang baru-baru ni kehilangan kereta masih boleh bersikap selamba dan tenang. Tidak mempunyai akaun Instagram sendiri, tetapi segala aktvitinya dikongsi melalui laman IG menggunakan nama @nabilzira.
Kebanyakan status dimuat turut oleh isterinya yang juga bekerja sepenuh masa sebagai suri rumah. Bukan itu sahaja selain menjaga dua anak mereka, Zira juga turut bertindak seperti ‘pengurus’ dalam menjaga penampilan Nabil.
Ternyata keserasian pasangan suami isteri ini memang cukup menyenangkan. Kedua-duanya dilihat cukup sporting terutama Zira yang sering menjadi manga usikan Nabil jika sedang mengacarakan sesuatu program.
Apa agaknya rahsia kemesraan mereke berdua yang dilihat bukah dibuat-buat tetapi menggambarkan sikap sebenar sebagai pasangan suami isteri. Mereka berdua juga gemar sekali pergi bercuti membawa anak-anak.
Dalam temubual bersama Majalah KELUARGA, Nabil sendiri mengakui tidak boleh bercuti tanpa membawa anak-anaknya. Walaupun sudah membawa anak-anaknya ke beberapa destinasi, percutian ke Tokyo Disneyland di Jepun paling menggembirakan anak-anaknya.
Dalam video itu Zira mendedahkan sifat sebenar Nabil dan ada satu perkara yang boleh menyebabkan Nabil marah. Rupanya dalam sifat lawaknya, ada ketegasan bab masa dan dia memang jenis yang tidak suka lambat. Sikap itu boleh membuat dia marah dan hal ini diakui oleh isterinya Zira.
Walaupun semua kerja rumah dilakukan oleh Zira namun satu perkara yang Nabil tidak lupa di mana percutían pertama dia membawa keluarga. Ini sudah cukup membuktikan pelakon, pelawak tinggi lampai ini memang begitu menyayangi keluargaya.
Baru-baru ini dalam slot Samarinda kita boleh melihat lakonan cemerlang pelakon ini yang masih mantap dan berbisa di kaca televisyen dalam drama Dekatkan Jarak Kita. Melihat penampilan Catriona Ross yang langsing bagaikan anak dara setanding Ayda Jebat yang turut berlakon dalam drama berkenan. Apa rahsia pelakon berdarah campuran ini kekal begitu kerana sebelum ini, memang ramai menyedari dia mengalami kenaikan berat badan mendadak setelah melahirkan anak.
Namun bagi pelakon berlesung pipit ini memberitahu faktor itu tidak sesekali mematahkan semangatnya demi kelihatan langsing dan cantik. Dia tidak berputus asa untuk memastikan dirinya mendapat tubuh badan ideal seperti sebelumnya. Pelbagai cara dilakukan dan hasilnya, berat badan Catriona kini turun ke 58 kilogram (kg) berbanding 75 kg sebelum ini.
Ibu kepada tiga cahaya mata ini yang dulunya terkenal dengan drama Sephia tidak lokek berkongsi kepada wanita di luar sana caranya bagaimana dia menurunkan berat badan dalam masa 5 bulan.
1. Daki Gunung
“Saya mahu menurunkan berat badan secara cepat, jadi saya perlu lakukan senaman yang extreme. Saya pun telah menyertai satu kelab mendaki gunung. Saya mendaki hampir setiap minggu untuk mengeluarkan peluh yang banyak,”.
“Saya mahu lalukan proses penurunan berat badan secara natural sebab itu saya tidak mengambil ubat kurus atau menjalankan pembedahan untuk menurunkan berat badan. Jadi saya memang perlu lakukan aktiviti luar juga selain diet seperti berenang dan bersenam kerana ia mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan saya,”.
3. Eat Clean Diet
“Saya mengamalkan diet eat clean (makan bersih) sepanjang lima bulan ini. Contohnya waktu pagi saya mengambil roti wholemeal dan scrambled egg sahaja ,”.
“Sepanjang diet itu juga saya tidak makan makanan yang berminyak dan semua makanan saya dimasak dengan cara kukus seperti sayur kukus dan scrambled egg juga digoreng tanpa minyak,”.
“Saya tetap makan nasi, cuma tengah hari saya makan brown rice (beras perang) bersama lauk yang saya masak tanpa minyak. Memang agak drastik tetapi kesannya juga cepat,”.
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!