Selebriti Indonesia jelita, Mulan Jameela kini aktif dengan hobi barunya iaitu sukan berkuda. Sebelum ini, Mulan Jameela mengakui dia berasa takut untuk menunggang kuda. Namun kini dia akhirnya berjaya mengatasi ketakutan tersebut.
Walaupun sedang menunggang kuda, penampilan isteri kepada penyanyi dan komposer terkenal Ahmad Dhani ini tetap menawan seperti biasa.
Beberapa koleksi fotonya yang dikongsi di akaun media sosial mendapat reaksi positif serta pujian daripada warga maya.
Mulan Jameela kini menemui hobi barunya iaitu menunggang kuda. Dia dilihat bergambar dengan kudanya dalam pakaian yang sangat menawan.
Penampilan ini juga dipuji sebagai sangat cantik persis Barbie.
Mulan yang baru berjinak-jinak dalam sukan ekuestrian berkata, dia tidak pernah menyangka akan mempunyai keberanian untuk menunggang kuda.
Dia mengakui pada mulanya dia takut dengan kuda terutama menunggangnya.
Namun, dengan prasangka dan pujukan yang baik daripada rakan-rakan Mulan akhirnya mula memberanikan diri.
Sehingga akhirnya, Mulan memutuskan untuk belajar menunggang dengan rakan-rakannya.
Mulan turut terinspirasi apabila melihat ramai rakannya serta rakan artis yang terlibat dalam sukan ekuestrian.
Mulan akhirnya dapat menikmati keseronokan menunggang kuda. Dalam video yang dimuat naik di media sosial, Mulan dilihat berjaya mengawal kudanya.
BACA JUGA: “Macam Barbie!” Tampil Dalam Rona Terang, Gaya Terkini MULAN JAMEELA Tuai Pujian
Tidak sekadar berkongsi foto dan video aktiviti menunggang kuda, di ruangan kapsyen Mulan turut menitipkan petikan ayat Al Quran sebagai renungan bersama:-
“Dan sungguh Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Mereka yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata: “Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un” (Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali). Mereka itu mendapat keberkatan dari Tuhannya dan rahmat. Dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. – Q.S Al-Baqarah : 155-156
“Semoga kita termasuk orang2 yang selalu Allah cintai hingga kita mampu melewati ujian apapun, Allah mengampuni kita, Allah hapuskan dosa2 kita dan kita adalah orang2 yang Allah pilih utk di berikan karuniaNya, kebaikanNya dan keberkahanNya. Aamiin ya Allah ya Mujib.”
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Air Mata Ayah ‘Gugur’ Di Majlis Konvokesyen Anak, Netizen Turut Sebak! Pesan Jaga Sampai Hujung Nyawa
Tanpa dua insan mulia yang bergelar Ibu dan Ayah… siapalah kita. Kata orang, Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Kasih Ayah Sepanjang Masa.
Seorang ibu, sanggup bertarung nyawa melahirkan kita bagi mengenal apa itu dunia. Bapa pula mungkin luaran nampak tegas, tetapi dia merupakan insan yang sentiasa mengambil berat dalam diam. Kasih seorang ayah, sanggup berkorban apa sahaja untuk memberikan yang terbaik untuk anaknya. Sebagai seorang anak pula, kita pasti mahu membuat kedua orang tua kita bangga.
Tak berhenti menangis
Baru-baru ini tular satu video di laman Tiktok seorang gadis yang berkongsi momen pada hari graduasinya. Umum mengetahui hari graduasi atau saat majlis konvokesyen merupakan saat indah yang akan dikenang bagi setiap pelajar setelah bertungkus-lumus bertahun-tahun demi menjulang segulung ijazah.
Apa yang menarik perhatian netizen bukanlah gadis tersebut, namun reaksi bapanya. Melalui hantaran yang dimuat naik oleh gadis yang dikenali sebagai Ika itu, dapat dilihat bapanya tidak berhenti menangis akibat sebak.
“Selamanya akan menjadi ‘puteri’ ayah (i’ll forever be your princess). Sebab ayah lah Ika berjaya belajar dari dulu sampai dah Ijazah. Ayah suruh Ika buat sampai phD kan? Ika cuba ya untuk ayah” tulisnya.
@sy4fm ill forever be your princess 🥺 sebab ayah lah ika berjaya belajar dari dulu sampai dah degree. ayah suruh ika buat sampai phD kan? ika cuba ya untuk ayah❤️ #ayahhebat #fyp #foryourpage #konvo #universitimalaya #konvoum2022 ♬ Ayah – Seventeen
Melalui video tersebut, dapat dilihat graduan Universiti Malaya tersebut sedang menyeka air mata ayahnya sebaik sahaja menerima skrol semasa majlis konvokesyen.
Difahamkan, si ayah tidak dapat menahan sebak sejurus melihat anaknya dek bangga dengan pencapaian gadis itu. Ika cuba untuk menenangkan ayahnya dengan memberikan pelukan, namun ayahnya tidak berhenti menangis. Gadis itu dilihat tidak berhenti memujuk ayahnya serta memberikan kucupan.
Hasil tinjauan Hijabista, ayahnya mempunyai penyakit parkinson iaitu satu penyakit pada sistem saraf yang mengganggu kemampuan tubuh dalam mengawal gerakan dan keseimbangan.
Disebabkan itu, ayahnya dilihat tidak banyak bergerak dan memberikan reaksi dalam video tersebut. Menurut Ika, bapanya kini tidak berdaya untuk memegang cawan.
“Tak tahu la nak rasa apa,rasa berbeza bila tangan yang selalu gagah pimpin tangan Ika sekarang nak pegang cawan pun tak terdaya” katanya.
Artikel berkaitan: Agungnya Kasih Seorang Ayah, Kasih Ayah Sepanjang Masa, Kasih Ibu Membawa Ke Syurga
“Jaga sampai hujung nyawa…”
Video yang tular tersebut telah mendapat lebih 631K jumlah tontonan serta 116K tanda suka daripada netizen. Rata-rata netizen turut berasa sebak, ada yang turut mengimbau kembali kenangan bersama ayah mereka dan turut menitipkan pesan kepada gadis tersebut agar menjaga ayahnya dengan baik.
“Bangga ayahnya tengok anak graduate sampai sebak. Congratulations miss”
“You can never be besar for them, you’re always their little baby”
“Hmm ulang balik pun tetap air mata keluar…. bestnya Sis masih dapat peluk ayah”
“Ala ikut nangis juga kita kat sini”
“Utamakan lah orang tua kita , Semoga dipermudahkn segala urusan sis”
Artikel berkaitan: Si Cilik ‘Berhati Besar’ Bangga & Tak Malu Peragakan Uniform MPTI Ayah, Buat Netizen Tersentuh
Sumber: TikTok Syaf
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sedihnya, 3 Beradik Mangsa Tragedi Anak Saudara Pelakon Terkenal. Juga saksikan Video Tribute Rizalman Cukup Menyentuh Hati
Masih lagi kita turut merasai kesedihan keluarga mangsa Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyyah yang kehilangan anak-anak tercinta. Walaupun tahu tempat mereka cukup indah dan mulia di sisi Allah, namun perit kehilangan itu sukar dikikis daripada perasaan kita sebagai insan biasa.
Dalam lebih 20 mangsa kebakaran berkenaan, rupa-rupanya ada di antaranya adalah anak kepada kenalan kita juga. Atau mereka yang pernah ada pengalaman menghantar anak di situ sebelum ini. Kehilangan mereka ini pastinya meninggalkan kesan cukup mendalam.
Antaranya adalah anak saudara kepada pelakon popular era 90-an, Mas Anizan sendiri. Tiga adik beradik yang meninggal dunia semalam merupakan anak kepada adiknya yang tinggal di Bangi.
Tiga pelajar berkenaan adalah Muhammad Syafiq Haikal, Muhammad Hafiz Iskandar dan Muhammad Haris Ikhwan. Berita kehilangan ini dikongsi sendiri oleh Mas Anizan menerusi insta storynya dan IG milik anaknya. Malah Mas Anizan juga turut meluahkan rasa sedih atas pemergian tiga anak syurga ini.
Menurut laporan akhbar, ketiga-tiganya yang sudah kehilangan bapa telah ditempatkan belajar di Darul Quran Ittifaqiyyah bermula Januari lalu.
Sementara itu seorang lagi selebriti yang cukup terkesan dengan pemergian para pelajar ini adalah pereka fesyen terkenal, Rizalman Ibrahim.
Beliau meluahkan kesedihannya di laman instagram miliknya yang mendapat respon daripada netizen. Rata-rata turut menitipkan rasa simpati dan doa Al-Fatihah buat anak-anak syurga ini.
Menurut Rizalman, pusat tahfiz ini merupakan tempat belajar anaknya Umar Nail sebelum melanjutkan pelajaran di Sekolah Tinggi Islam As-Sofa (STIAS). Anak-anak tahfiz ini juga telah menjadi sahabat baik Umar, malah beliau sendiri sering mengundang pelajar sekolah berkenaan untuk ke majlis yang dilakukan sama ada di rumah atau pejabat.
Beliau memang cukup terkesan dengan berita itu kerana mereka juga telah menjadi anak angkatnya selama ini. Rizalman turut menzahirkan simpatinya dan memberi semangat kepada ibu bapa anak-anak syurga ini kerana Allah telah memilih mereka untuk menjadi tetamu syurga.
Bagi mengenang pemergian insan yang dikasihinya itu juga, Rizalman telah menyiapkan satu kupasan Video Tribute memperlihatkan bagaimana rindunya pada mereka yang telah pergi menemui Illahi.
Artikel Berkaitan: Sayu Isi Kandungan Surat Terakhir Mangsa Kepada Keluarganya
Keakraban hubungan mereka memang cukup erat kerana Rizalman juga pernah mengambil lokasi madrasah sebelum itu bersama penghuninya untuk berlakon bersama beliau dan Umar dalam cereka pendek bertajuk Pulang.
Video Tribute yang dimuat turun 14 jam lalu telah mendapat respon cukup baik dan ditonton oleh 256, 845 pengikutnya di laman instagram.
SUMBER: MEDIA HIBURAN, VANILLA KISMIS
KREDIT: INSTAGRAM RIZALMAN IBRAHIM
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Setelah 3 Hari Menghadap Ilahi, Surat Cinta Buat Chef Adamdidam Dari The Family UK Ini Buat Netizen Sebak
Ramai yang masih terkejut dan dengan kehilangan chef selebriti, Chef Adamdidam yang meninggal dunia Ahad lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Dan paling terkesan pastilah anggota keluarganya. Apatah lagi umum mengetahui Chef Adam juga dikatakan sangat rapat dengan anak-anak buahnya, trio The Family UK iaitu Umar Mokhtar, Fatimah, dan Ali.
Ramai beranggapan Fatimah dan adik beradiknya pastinya sukar untuk menerima kehilangan bapa saudara yang mereka panggil Mamajee ini.
Apatah lagi hubungan mereka yang sangat rapat, terutamanya Fatimah. Memang benar itu yang dirasi oleh keluarga ini atas kehilangan bapa saudara yang mereka kasihi.
Dalam posting terbarunya, The Family UK telah muat turut memberitahu betapa mereka amat menyayangi insan yang cukup istimewa ini, Muhammad Adam bin Mahamed Ismail, 29 tahun.
Menyuarakan rasa terima kasih pada Allah atas pinjaman yang terlalu istimewa ini. Keluarga ini akui mereka tidak kuat dan terlalu rindu Adam, tetapi mereka reda mengembalikan Adam pada pencipta-Nya kerana tahu Allah lebih menyayangi insan istimewa ini.
Pun menitipkan ucapan berterima kasih kepada-Nya kerana menjemput Adam pulang di bulan penuh mulia dan barakoh ini. Hari yang cukup istimewa buat Adam- Ahad yang terakhir.
Kebetulan hari Ahad sememangnya hari penuh bermakna buat Chef Adam. Ini kerana sejak awal pengenalan Adam dalam dunia masakan, beliau sering menggunakan tanda pagar #SundayWithAdam untuk berkongsi resipi kepada pengikutnya.
Keluarga yang tinggal di UK ini juga turut berterima kasih kepada semua yang menghadiahkan Al-Fatihah dan mendoakan Adam. Moga segala doa yang diberikan akan diberi ganjaran pahala dan kebaikan lebih besar dan hebat.
Kesayangan kami…Muhammad Adam bin Mahamed Ismail. Terima kasih Allah atas pinjaman-Mu yang terlalu istimewa buat kami. Sesungguhnya kami tidak kuat. Kami teramat rindu pada Adam. Tetapi kami redha kembalikan Adam pada-Mu kerana kami tahu Kau lebih menyayangi Adam lebih dari kami menyayanginya. Terima kasih Allah kerana menjemput Adam untuk pulang pada-Mu di bulan yang mulia penuh barokah. Di hari yang paling istimewa buat Adam – Ahad yang terakhir…
#SundayWithAdam @adamdidam
14 Ramadhan 1440
p/s: Terima kasih pada semua yang menghadiahkan Al-Fatihah & mendoakan Adam. Moga setiap doa anda semua Allah ganjarkan dengan pahala & kebaikan yang lebih besar & hebat…
Surat cinta dari keluarga The Family UK ini ternyata begitu menyentuh hati. Biarpun ringkas, tetapi punya makna cukup mendalam. Ternyata kasih sayang pada insan istimewa ini tidak berbelah bagi.
Malah netizen juga seperti masih tidak dapat menerima berita kehilangan chef selebriti kesayangan ramai ini. Turut meluahkan kesedihan dan rasa simpati mereka dalam ruangan komen.
tabrizihussin Honestly, I’m still trying to process the news, even till now… The friendship & kindness that he showed me all the way back when Instagram only allow 15 seconds video will be remembered for a long long time… His humbleness & kindness knows no boundary… He will be sorely missed…
mdmwan7147 I waiting for your post…nway…sy pun terkejut..walaupun kita tidak pernah bersua,oleh krn selalu mengikuti perkembangan kamu sekeluarga membuatkn seolah2 kita berkeluarga…pemergiaan arwah turut membuat sy sedih…seolah2 arwah juga keluarga saya…semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yg Allah kasihi…selamat sda dia di sana…semoga kita juga dapat dimatikan dlm husnul khotimah…sungguh sedikit mencemburui arwah…krn meninggalnya dlm bln baik dan bgitu ramai yg menyayanginya…smoga kematian saya juga begitu…
ilisulaiman Innalillahiwainnailaihirojiun. I am so blessed to have worked with Adam and got to know him and all of you through his stories. My prayers and thoughts are with you and your family during this difficult time.
zaleha.olpin Salam takziah buat sekeluarga!! Tiada kata yang dapat menyembuhkan kesedihan kalian, cuma titipan Al Fatihah buat arwah. Semoga, Adam damai disana. Al Fatihah dari kami sekeluarga di Bristol
azizi.ab_aziz we miss him too. be strong there.. hugs to fatimah n ali. Tell them, ,they have many unknown uncles who are praying with them, for their Mamajie
Hijabista ucapkan takziah atas kehilangan yang cukup istimewa ini pada seluruh ahli keluarga dan semoga arwah di tempatkan dalam kalangan orang beriman.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM THE FAMILY UK
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI