Mulan Jameela Berjaya Terima Ijazah, Terkenang Susah Payah Sewaktu Belajar Dalam Usianya

Share

Mengejar pendidikan itu bukanlah mengira soal faktor umur ataupun masa yang singkat. Kita juga sangat digalakkan untuk menimba ilmu meski dalam apa jua keadaan sekali pun kerana ia boleh di manfaatkan seketika nanti.

Artikel berkaitan: Bukan Lagi ‘Makhluk Tuhan Paling Seksi’, Imej Mulan Jameela Yang Sopan Membuat Ramai Yang Kagum

Baru-baru pelantun suara Makhluk Tuhan Paling Seksi, Mulan Jameela, berjaya merangkul segulung ijazah. Rasa syukurnya dikongsi bersama di laman sosial media miliknya dan ramai yang kagumi usaha penyanyi tersebut.

Mudah bukan ada pada kamus kehidupan Mulan Jameela

Sumber Instagram Mulanjameela1

Penyanyi terkenal Indonesia, Mulan Jameela, menitip rasa syukur kerana berjaya menamatkan pengajian S1 secara rasminya pada 30 Oktober (Ahad). Dia berjaya merangkul ijazah di Universiti Nasional Republik Indonesia selepas empat tahun sesi pembelajaran.

Perkongsian kejayaan ini dimuat naik olehnya di laman sosial media Instagram ingin menzahirkan rasa syukur dan gembira. Mulan juga terkenang akan usaha dan cabaran yang ditempuhinya sepanjang proses pembelajaran yang dia lalui.

“Bertahun-tahun saya minta izin suami untuk sambung belajar, akhirnya dapat keizinan pada tahun 2018. Saya mengambil masa untuk mencari universiti yang sesuai dengan jurusan pilihan saya, Qadarullah

, saya jumpa Universiti Nasional Republik Indonesia,

Ini bukan merupakan pengalaman pertama buat Mulan Jameela, dia pernah menjalani sesi pembelajaran di kolej seketika dahulu. Oleh sebab yang tertentu, dia terpaksa menamatkan pelajarannya.

“Dan saya sambung pengajian pada peringkat sarjana di sana setelah melalui pelbagai fasa dalam kehidupan. Sudah sekian lama meninggalkan kolej yang terdahulunya saya hanya menulis tesis sahaja.” katanya.

Artikel berkaitan: Dahulu Mulan Jameela ‘Makhluk Tuhan Paling Seksi’ Kini Sopan Berjubah Dan Bertudung Labuh

Penyanyi terkenal itu juga tidak menghiraukan faktor usianya dalam melanjutkan pengajian pada peringkat ijazah. Dia membuktikan bahawa tidak terlambat untuk seseorang mendapat pendidikan tinggi. Juga dia turut menitipkan rasa berterima kasih kepada keluarga yang sentiasa menjadi tulang belakang buatnya.

Sumber: Liputan6 dan Instagram Mulan Jameela serta Officialjamelianz

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee