Permulaan hari yang baik harus dimulakan dengan perkara-perkara yang baik. Apabila hari dimulakan dengan sesuatu yang baik serta perkara yang positif, maka ia akan memberi kesan baik kepada kita dalam menjalani kehidupan seharian.

Mulakan Hari Dengan Bacaan Doa Pendek Untuk Lebih Diberkati Oleh Allah S.W.T.
Sumber gambar: The Saudi Expat

Dalam agama Islam, menuntut umatnya untuk sentiasa berfikiran baik dan menyucikan jiwa supaya ia dapat memberi kesan baik kepada minda dan tubuh badan. Antara doa yang kamu boleh amalkan untuk memulakan hari kamu adalah:

1. Daripada Abdurrahman bin Abza, daripada ayahnya, dia berkata,

“Rasulullah SAW pernah mengajar kami apabila salah seorang dari kami berada pada pagi hari, maka hendaklah dia berdoa,

أَصْبَحْنَا عَلَى فِطْرَةِ الْإِسْلَامِ ، وَعَلَى كَلِمَةِ الْإِخْلَاصِ ، وَعَلَى دِينِ نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَعَلَى مِلَّةِ أَبِينَا إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا مُسْلِمًا ، وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ 

‘Kami berada pada pagi hari di atas fitrah Islam, kalimah ikhlas (dua kalimah syahadah), agama Nabi kami SAW dan agama nenek moyang kami Ibrahim yang lurus dan seorang muslim dan dia tidak di antara orang-orang yang musyrik.’” (Silsilah Ahadith al-Sahihah no. 2989)

Ads

2. Daripada Juwairiyah r.a. bahawa,

Nabi SAW keluar dari rumah Juwairiyah r.a. pada pagi hari setelah solat Subuh. Ketika itu Juwairiyah masih berada di tempat solatnya. Kemudian Baginda kembali pada waktu Dhuha sedangkan Juwariyyah masih duduk di tempatnya. Maka Baginda berkata, “Kamu masih belum beranjak dari tempatmu sejak aku keluar meninggalkanmu?”

Juwairiyah menjawab, “Ya.” Nabi SAW berkata, “Setelah aku keluar tadi، aku sedang melafazkan empat rangkai kata sebanyak tiga kali yang seandainya dibandingkan dengan apa yang telah kamu baca seharian tentu akan sama (sebanding). Iaitu ucapan,

سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَا نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ 

Ads

‘Maha Suci ALLAH dengan segala Puji-NYA, Maha Suci ALLAH sebanyak hitungan makhluk-NYA menurut keredhaan-NYA, menurut kebesaran ‘Arasy-NYA dan sebanyak paparan kalimah-NYA.’” (Silsilah Ahadith al-Sahihah no. 2516)

3. Daripada Abu Musa r.a., dia berkata,

“Suatu ketika datang Rasulullah SAW saat kami sedang duduk-duduk, lalu Baginda bersabda, ‘Tidaklah aku berada pada pagi hari kecuali aku memohon ampun kepada ALLAH ketika itu sebanyak 100 kali.’” (Silsilah Ahadith al-Sahihah no. 1600)

4. – Daripada al-Munzir r.a., sahabat Rasulullah SAW, yang ketika itu sedang berada di Afrika. Dia berkata,

Ads

“Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Sesiapa yang melafazkan kalimah ini pada pagi hari,

5. رَضِيتُ بِاللهِ رَبًّا ، وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا ، وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيًّا

‘Aku telah redha ALLAH TUHANku, Islam sebagai agamaku dan Muhammad Nabiku.’

Maka akulah (Nabi SAW) pemimpin (kaum muslimin) dan aku pasti memegang tangannya hingga aku memasukkannya ke syurga.’” (Silsilah Ahadith al-Sahihah no. 2686) (Silsilah Ahadith al-Dha’ifah no. 5020)

Semoga doa-doa ini dapat menjadikan hari kita lebih baik dan positif. Apa-apapun, kita sebagai umat Islam harus sentiasa rajin mengikut sunnah Rasulullah S.A.W untuk mendapat ganjaran pahala dari Allah S.W.T.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI