Mula Cipta Nama Di Pentas Pencarian Dewi Remaja Kini Lima Bekas Dewi Remaja Istiqamah Berhijab

Share

Pencarian Dewi Remaja yang pertama mula dianjurkan pada tahun 1985 lebih kurang 34 tahun yang lalu. Sebenarnya ramai artis dan selebriti lahir daripada program yang mencungkil bakat-bakat baru dan kini dikenali ramai di persada seni.

Ramai di kalangan mereka juga yang sudah mula berhijab. Antara Dewi Remaja yang sudah pun berhijab ialah Felixia Yeap. Felixia Yeap telah memeluk agama Islam pada ulangtahun kelahirannya yang ke 28.

FELIXIA YEAP

Kemunculannya di pentas peragaan dan dunia modeling bermula apabila berjaya menjadi peserta akhir Dewi Remaja 2005 yang ketika itu dimenangi oleh Scha Al-Yahya. Sebenarnya Felixia memulakan kerjaya sebagai model seawal usia 19 tahun.

Sebelum memeluk agama Islam, Felixia terlebih dahulu berjinak-jinak memakai tudung dan mengenakan pakaian yang labuh dan menutup aurat. Felixia telah pun berkahwin pada 6 Jun 2015 dengan seorang CEO syarikat terkenal negara dan dia kini tidak lagi aktif dengan akaun media sosialnya.

Berikut beberapa gambar Felixia yang dilihat masih menjaga auratnya walau pun ketika bercuti ke luar negara. Felixia kini mempunyai seorang cahayamata.

 

 

SITI FAZURINA (NINA)

Siti Fazurina atau lebih mesra dengan panggilan Nina, mula bergiat aktif di dalam industri lakonan TV setelah bergelar finalis pertandingan Dewi Remaja 2002/2003 ketika berusia 21 tahun. Namanya mula meniti bibir peminat apabila membintangi sitkom Puteri pada tahun 2005 memegang watak gadis keletah dan sengal bernama Anita. Bakatnya dicungkil penerbit dan pengarah sitkom tersebut iaitu Aziz M. Osman. Beliau menyertai barisan pelakon sitkom itu sehingga musim ke empat.

Pada tahun 2005, siri komedi Dunia Anita diterbitkan oleh Aziz sebagai terbitan turunan kepada sitkom tersebut setelah watak Anita boleh dibangunkan dengan siri sendiri. Menerusi Dunia Anita, Fazurina terus dikenali sebagai pelakon komedi remaja yang menampilkan lakonan memberangsangkan.

 

Jika dibandingkan pertandingan Dewi Remaja sebelum ini, Dewi Remaja musim 2009/2010 paling ramai melahirkan bintang-bintang yang mewarnai industri hiburan Malaysia. Kini ada di antara mereka yang telah berhijab antaranya Neelofa,  Syatilla Melvin dan Mia Ali.

 

NEELOFA

Bintang Neelofa atau nama asalnya Noor Neelofa Mohd Noor mula menyerlah selepas dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2009/10. Neelofa mula berhijab pada 2014. Neelofa. Dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2009/2010, Neelofa mengatasi saingannya yang lain termasuk Anzalna Nasir dan Izara Aishah.

Sebelum menyertai Dewi Remaja, Neelofa merupakan seorang peragawati sepenuh masa dan pernah muncul dalam muzik video beberapa penyanyi tempatan seperti Awi Rafael dan Akim.

Drama lakonan Neelofa pada 2016 menerusi drama Suri Hati Mr. Pilot bergandingan bersama pelakon drama Playboy Itu Suami Aku dan Gerak Khas, Fattah Amin merupakan drama pertama lakonannya berhijab. Kini Neelofa menjadi ikon fesyen bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di luar negara. Neelofa juga turut memiliki jenama hijabnya sendiri iaitu Naelofar Hijab.

 

 

 

SYATILLA MELVIN

Seorang finalis Dewi Remaja 2009/2010, Syatilla Melvin atau nama penuhnya Siti Nur Syatilla binti Amirol Melvin mula aktif sejak 2012 dan sering muncul dalam beberapa drama dan telefilem Melayu.

Namanya menjadi popular hanya lapan bulan selepas menyertai bidang lakonan tanah air. Pengalamannya sebagai model dalam sebarang iklan membolehkan Syatilla mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan. Syatilla telah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Shaheizy Sam pada 8 Februari 2016.

Syatilla mula berhijab pada penghujung 2015. Penghijrahannya itu atas kehendak dirinya sendiri selepas merasakan sudah sampai masanya untuk berubah menjadi muslimah yang lebih sempurna.

MIA ALI

Mia Ali atau nama penuhnya, Nur Maissitah Ali biarpun tidak sepenuhnya menyertai industri hiburan, Mia kini lebih fokus pada perniagaan yang dibina dari minat dan kesabaran, Mia’s Kitchen.

Berkelulusan Diploma dalam bidang pengurusan perniagaan di Kolej Poly-tech MARA, Mia kini bahagia dikurniakan dua puteri dan menjadi pemilik kepada Mia’s Kitchen, sebuah perniagaan online yang terletak di Keramat, Kuala Lumpur.

Mia bersama ibunya.

 

Menyertai pertandingan Dewi Remaja tetap menjadi salah satu kenangan manis baginya. Empat bulan selepas tamat pertandingan Dewi Remaja, Mia telah berkahwin dengan Sazrin Aizul ketika usianya 21 tahun.

Moga-moga selebriti yang telah berhijab ini diberi kekuatan dan istiqamah dengan perubahan yang telah dilakukannya dan menjadi contoh ikutan kepada masyarakat serta rakan artis yang lain.

Sumber kredit: Rei-sha.art  miaskitchen_miaali  neelofa samtilla

Published by
Norhasliza