Kecantikan

Muka Tampak Runcing & Sempurna Dengan 5 Teknik Pemakaian Blusher Ikut Bentuk Wajah.

Share

Siapa yang tidak mahu pipi merah bak pauh dilayang. Tidak semua orang terutamanya yang baru berjinak-jinak dengan dunia solekan tahu cara memakai blusher yang betul.

Namun di zaman yang serba moden dengan kecanggihan gajet ini, semua perkara kita boleh dapat di hujung jari. Walau bagaimanapun untuk bezakan sama ada fakta ataupun auta, termasuklah teknik pemakaian blusher.

Tahu atau tidak kalau mahu memakai blusher

kita kena pakai ikut bentuk wajah? Hijabista kali ini kongsikan teknik pemakaian blusher yang betul supayamuka tampak runcing dan lebih sempurna.

#1. Wajah Bujur

Sapu blusher kat bahagian tulang pipi dengan gerakan sedikit melengkung atau tambahkan sedikit blusher kat atas tulang hidung. Ini bagi menimbulkan kesan yang lebih glamor dan wow begitu sis!

#2. Wajah Bulat

Buat teknik shading di bahagian rahang dengan menggunakan blusher sedikit warna gelap daripada tona kulit agar wajah kelihatan lebih bujur. Kemudian sapukan blusher dengan warna yang lebih terang pada puncak pipi ke arah telinga dengan gerakan ke atas.

#3. Wajah Petak

Untuk hijabi yang mempunyai wajah petak pula, menyamarkan potongan rahang dengan sapukan blusher dengan warna yang lebih gelap dari bahagian dagu dan pipi sehingga ke telinga.

#4. Hati

Pilih blusher dengan warna sedikit gelap dan sapukan pada bahagian sekitar dagu dan bawah rahang.

Tahu tak NITA Cosmetics ada beberapa warna blusher yang sesuai untuk korang? Jom klik sini sekarang. Bukan blusher sahaja, malah ada rangkaian mekap dari mata hingga ke bibir. Memang menarik!

#5. Panjang

Bagi wanita yang memiliki wajah panjang, gunakan blusher

tepat pada tulang pipi dengan sapuan mendatar. Gunakan warna yang lebih terang agar tertumpu pada bahagian pipi dan ia mampu menutup wajah yang kelihatan memanjang.

Jadi selepas ini sebelum memakai blusher atau pemerah pipi ini, kenal pasti dulu bentuk wajah anda dan cuba teknik yang dikongsikan ini bagi mengelakkan hasil solekan keterlaluan dan kelihatan seperti badut.

 

 

Published by
SH