Muka Jadi Lebih Muda Bila Makan Bayam Brazil, Ketahui Lagi 5 Manfaatnya!

Share

Anda semua pernah dengar tak mengenai bayam brazil? Selalunya kalau sebut mengenai bayam, ingatkan bayam tu hanya mempunyai satu jenis. Tetapi tidak.. Kalau anda nak tahu, banyak rupanya khasiat bayam brazil ni!

Bayam Brazil atau nama saintifiknya Alternanthera sissoo merupakan spesies tanaman yang tergolong dalam keluarga Amaranthaceae. Suku bayam-bayaman atau Amaranthaceae merupakan salah satu suku tumbuhan berbunga. Ianya turut dikenali sebagai ‘bayam sambu’ dan ‘kobis samba’.

Sayuran ini begitu meluas di negara Brazil sehingga dinamakan bayam Brazil. Sejak tahun 2015, rakyat Malaysia mula menanam bayam ini secara landskap dan sebagai sumber sayur-sayuran. Bayam Brazil adalah salah satu tumbuhan yang paling cepat tumbuh dan mudah ditanam. Tumbuhan ini tumbuh sehingga 30 cm tinggi dan mempunyai saiz daun kira-kira 2 hingga 3.5 cm lebar.

Kandungan nutrisi bayam brazil

Meninjau perkongsian daripada Root Of Science, kandungan nutrisi bagi 100 grams Bayam Brazil mentah adalah seperti berikut:

  • Kalori: 23kcal
  • Protein: 2.86g
  • Lemak: 0.39g
  • Karbohidrat: 3.63g
  • Serat: 2.2g
  • Gula: 0.42g
  • Kalsium: 99mg
  • Zat Besi: 2.71mg
  • Magnesium: 79mg
  • Kalium: 558mg
  • Vitamin C: 28.1mg
  • Vitamin A: 469mcg
  • Vitamin E: 2.03mg
  • Vitamin K: 483mcg
Sumber gambar dari Sirap Limau

Apa keistimewaan bayam ini berbanding bayam lain?

Mesti anda terfikir, bayam ini zahirnya kelihatan sama sahaja seperti bayam lain…jadi mungkin keistimewaannya juga sama. Tidak sama sekali! Keunikan bayam Brazil ini berbanding bayam yang lain adalah bayam ini mempunyai tekstur yang rangup dan boleh dimakan sebagai salad. Masyarakat di Brazil sering makan sayur ini secara mentah bersama tomato, bawang dan juga minyak zaitun. Selain dimakan secara mentah, ia juga sesuai untuk ditumis, direbus atau dikukus. Contoh masakan yang menggunakan bayam Brazil ialah:

  • kari
  • pai
  • lasagna
  • sos pasta
  • goreng tumis air
  • sup
  • masak lemak cili api
  • goreng salut tepung.

Artikel berkaitan: Ada Buah & Sayuran Tertentu Bila Kita Makan Boleh Sebabkan ‘Angin’ & ‘Kembang Urat,’ Ini Faktanya

Manfaat bayam brazil

Manfaat bayam Brazil adalah lebih kurang sama seperti sayur-sayuran hijau lain. Ianya mendatangkan banyak kebaikan dan bagus untuk kesihatan anda. Secara ringkasnya, dalam setiap 100 g bayam, terdapat 4-8 mg beta karotena, 60-120 mg vitamin C, serat, garam galian (kalsium, zat besi) dan asid folik. Berikut ialah manfaat kesihatan bayam Brazil yang boleh anda gunakan sebagai sebahagian daripada diet harian anda:

  1. Anti-kanser

Bayam mengandungi sulfoquinovosyl diacylglycerol (SQDG) dan monogalactosyl diacylglycerol (MGDG) iaitu komponen yang mencegah pertumbuhan kanser. Manakala bayam Brazil pula mengandungi sebatian flavonoid yang tinggi yang mempunyai sifat anti kanser yang sangat baik. Menurut kajian lepas, kandungan flavonoid dalam bayam boleh mengurangkan risiko kanser sehingga 34%. Walaupun peratusannya tidaklah begitu tinggi, namun sekurang-kurangnya ia menjadi satu cara dan ikhtiar untuk mencegah pertumbuhan sel kanser dalam tubuh badan. Bak kata pepatah ‘mencegah lebih baik dari mengubati.’

Selain tu, terdapat beberapa kajian menyatakan bahawa sebatian flavonoid bertindak sebagai agen anti-kanser termasuk kanser prostat, kanser kulit, kanser payudara, kanser serviks, kanser rahim dan banyak lagi. Kandungan asid folik dalam bayam juga membantu mencegah mutasi sel yang boleh merosakkan DNA dan menyebabkan kanser.

2.Bagus untuk kesihatan mata

Bayam bazil mengandungi karotenoid iaitu zeaxanthin dan lutein, serta vitamin A. Zeaxanthin dan lutein membantu mengurangkan katarak yang merupakan penyebab utama kebutaan.  Tambahan itu, bayam brazil ini membantu meningkatkan penjagaan mata dengan melindungi saraf optik dan menjadikan penglihatan lebih jelas. Malah, kandungan vitamin A ini dapat membantu meningkatkan pertahanan badan dengan membantu meningkatkan pengeluaran sel darah putih.

3. Menguatkan tulang

 

Bayam merupakan antara bahan yang boleh menyumbang vitamin K untuk kesihatan kita dengan kandungannya yang agak tinggi. Seperti yang dinyatakan di bahagian kandungan nutrisi diatas, bayam mengandungi kandungan vitamin K yang tinggi, iaitu 483 µg untuk 100 grams bayam mentah. Kalau anda nak tahu,tidak banyak makanan yang mengandungi vitamin K. Vitamin K ini membantu dalam proses pembekuan darah dan secara tidak langsung menggelakan pendarahan yang berlebihan. Di samping itu, vitamin K ini juga dapat membantu menguatkan otot dan mengurangkan gejala sakit sendi dan otot.

4. Mengekalkan kesihatan sistem pencernaan

Apabila anda tidak mengamalkan pemakanan seimbang dan ‘bedal’ sahaja makanan yang tidak sihat, ianya akan membawa kepada masalah berat badan. Disebabkan itulah, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi serat seperti bayam brazil ini sangat penting. Pengambilan serat seperti ini sangat penting kerana ianya membuatkan anda berasa lebih kenyang lebih lama.

Bayam brazil ini memberikan anda sumber bekalan serat yang mencukupi dan mengawal portion makanan anda. Sekiranya anda mempunyai serat yang cukup dalam badan anda, anda boleh mengatasi masalah sembelit juga. Ha.. banyakkan khasiatnya. Tambahan itu, kandungan seratnya yang tinggi ini dapat membantu pergerakan makanan melalui usus dan memperbaiki sistem penghadaman anda.

5. Membantu masalah penuaan

Siapa je taknak menghentikan masalah penuaan dan terlihat muda kan? Terutamanya wanita, mestilah mahu terlihat muda sentiasa. Selain vitamin A, vitamin K, sebatian flavonoid dan karotenoid, bayam brazil juga mempunyai sebatian antioksidan. Sebatian antioksidan daripada vitamin C ini pula membantu melawan radikal bebas dalam sistem sel manusia. 

Radikal bebas ini terhasil daripada proses metabolisma. Ia akan menyebabkan tekanan oksidatif dan seterusnya mempercepat proses penuaan dan meningkatkan risiko kanser dan kencing manis. Pengeluaran

radikal bebas ini juga boleh disebabkan oleh pemakanan yang tidak sihat, persekitaran yang tidak sihat, dan gaya hidup yang tidak seimbang. Disebabkan itulah, badan kita bertindak balas dengan menunjukkan penuaan kulit dan fungsi organ. Sebagai solusi kepada masalah penuaan ini, anda boleh lah mengamalkan pemakanan bayam brazil kerana ia mengandungi antioksidan yang mampu melawan radikal bebas serta mengurangkan risiko penyakit tersebut.

Artikel berkaitan: Halau Serangga Perosak Dengan ENAM Tanaman Ini, Jimat & Tiada Kesan Sampingan

Ternyata, bayam brazil memiliki banyak khasiat dalam kesihatan. Mungkin, ini merupakan perkara baru juga buat anda. Antara khasiat kesihatan bayam Brazil ialah mampu melawan kanser, membantu penjagaan kesihatan mata, sumber vitamin K untuk tulang dan sendi yang lebih sihat, penjagaan sistem pencernaan, dan mencegah penuaan. Walau bagaimanapun anda perlu ingat bahawa bayam Brazil mempunyai kandungan asid oksalik yang agak tinggi, yang boleh menyebabkan pembentukan batu karang. Oleh itu, pengambilan bayam brazil ini perlulah secara sederhana dan disertai sayur-sayuran dan makanan lain yang sama-sama berkhasiat.

Sumber info dan gambar: HaloDoc, Cleverland Clinic, Google dan Pexels

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
S.Amira