Disebabkan Tersalah Pakai ‘Foundation’ Muka Jadi ‘Breakout’, Akhirnya Hijabi Ini Jumpa 5 Produk Sesuai

Share

Tak dinafikan jika ada masalah membabitkan wajah memang buat kita tak senang duduk.  Malah akan rasa cukup sensitif jika ada orang menegur bab berkenaan. Seperti perkongsian hijabi ini Shuhadah Azman yang pernah berdepan masalah jerawat hingga menyebabkan berlakunya parut merah di muka.

Malah dia juga tidak suka jika ada orang menegur kebanjiran jerawat di mukanya dan rasa tercabar kerana parut berkenaan perkara paling sukar untuk dihilangkan. Namun akhirnya masalah itu berjaya di atasi. Dia yang menggunakan twitter akaun @adah

berkongsi caranya menghilang parut jahat berkenaan.

Muka jadi ‘breakout’ disebabkan tersalah pakai ‘foundation’. Selepas mencuba cara yang betul dan inilah hasilnya.

BACA JUGA ARTIKEL INI: Tutup Liang Pori, Sapuan Foundation Sempurna Dengan Hack Kecantikan ‘Beauty Blender Beku’

Muka jadi lebih kering dan kusam lepas waktu kerja. Mula-mula pakai pencuci muka bersesuaian.

Ini pula pilihan untuk toner yang lebih lembut di muka dan baunya sangat sedap.

Juga tidak lupa pakai serum yang tidak melekit dan pemakaian menyebabkan parut lama-kelamaan beransur hilang.

Jangan lupa juga untuk pelembap dan ini pilihan gadis ini. Kesannya amat ketara sekali.

Pemakaian sunscreen juga sangat penting.

Jatuh cinta dengan wajah sekarang yang lebih glowing
dan parut berkenaan juga sudah tiada.

BACA JUGA ARTIKEL INI: 8 Kaedah Mudah Untuk Memperbaiki Foundation Yang Terlalu Gelap Dari Warna Asal Kulit Anda

Pesannya kalau nak kulit cantik kena konsisten dan paling penting sabar.

 

Published by
SH