
Isi Kandungan
ToggleTak dinafikan jika ada masalah membabitkan wajah memang buat kita tak senang duduk. Malah akan rasa cukup sensitif jika ada orang menegur bab berkenaan. Seperti perkongsian hijabi ini Shuhadah Azman yang pernah berdepan masalah jerawat hingga menyebabkan berlakunya parut merah di muka.
Malah dia juga tidak suka jika ada orang menegur kebanjiran jerawat di mukanya dan rasa tercabar kerana parut berkenaan perkara paling sukar untuk dihilangkan. Namun akhirnya masalah itu berjaya di atasi. Dia yang menggunakan twitter akaun @adah berkongsi caranya menghilang parut jahat berkenaan.
Muka jadi ‘breakout’ disebabkan tersalah pakai ‘foundation’. Selepas mencuba cara yang betul dan inilah hasilnya.
BACA JUGA ARTIKEL INI: Tutup Liang Pori, Sapuan Foundation Sempurna Dengan Hack Kecantikan ‘Beauty Blender Beku’
Muka jadi lebih kering dan kusam lepas waktu kerja. Mula-mula pakai pencuci muka bersesuaian.
Ini pula pilihan untuk toner yang lebih lembut di muka dan baunya sangat sedap.
Juga tidak lupa pakai serum yang tidak melekit dan pemakaian menyebabkan parut lama-kelamaan beransur hilang.
Jangan lupa juga untuk pelembap dan ini pilihan gadis ini. Kesannya amat ketara sekali.
Pemakaian sunscreen juga sangat penting.
Jatuh cinta dengan wajah sekarang yang lebih glowing dan parut berkenaan juga sudah tiada.
BACA JUGA ARTIKEL INI: 8 Kaedah Mudah Untuk Memperbaiki Foundation Yang Terlalu Gelap Dari Warna Asal Kulit Anda
Pesannya kalau nak kulit cantik kena konsisten dan paling penting sabar.
https://youtu.be/HioBxAQaWRU
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Apa Itu ‘Bahan Aktif’ Dalam Skincare Dan Tip Memilih Yang Tepat Dengan Masalah Kulit Wajah.

Isi Kandungan
ToggleWajib tahu bahan aktif yang terkandung pada produk skincare yang anda gunakan. Tujuannya adalah agar penggunaanya tepat pada sasaran. Selain itu, dengan mengetahui bahan aktif apa yang terkandung pada produk skincare yang digunakan, anda juga boleh mencegah kesalahan menggabungkan atau memakai bersamaan produk skincare dengan kandungan bahan aktif yang saling bertebung fungsinya.
Setiap bahan aktif yang digunakan mestilah disokong ataupun dibuktikan fungsinya melalui kajian-kajian saintifik bukan berdasarkan kepada testimoni pengguna. Kajian terhadap bahan aktif dalam kosmetik ini bukan sahaja membuktikan keberkesanannya tetapi juga mengkaji keselamatan dan kesannya terhadap kulit kita.
Agar tidak bingung, jom semak lebih lanjut tentang apa itu bahan aktif dan tip memilih yang tepat sesuai masalah kulit anda.
1. Apa itu bahan aktif?
Pada dasarnya bahan aktif adalah bahan atau kandungan kimia pada produk skincare yang aktif mensasarkan atau mengatasi satu masalah kulit. Misalnya masalah hiperpigmentasi, penuaan atau jerawat. Penggunaan bahan aktif akan menimbulkan perubahan fizik atau yang tidak kelihatan mata pada penampilan kulit.
Semua bahan yang tergolong ke dalam “bahan aktif” memiliki data ilmiah mengenai efektivitinya dalam mengatasi masalah kulit tersebut. Untuk itu anda akan boleh merasakan manfaatnya ketika menggunakannya secara kerap di dalam rutin skincare anda sehari-hari.
2. Selalu disebutkan dan dituliskan bahan utama kandungan
Kandungan bahan aktif pada semua produk skincare akan mudah diketahui kerana biasanya jadi bahan utama dari skincare tersebut. Umumnya brand skincare akan menyebutkannya dalam keterangan nama atau varian produk atau menuliskannya di urutan teratas isi kandungan bahan produk tersebut.
Pada isi kandungan, biasanya bahan yang paling tinggi konsentrasinya atau kandungan utama akan dituliskan lebih utama. Jadi urutan penulisannya adalah dari yang paling tinggi kandungannya hingga yang paling rendah.
Tapi boleh juga bahan aktif tidak jadi kandungan utama dari produk tersebut. Untuk itu anda perlu menyemak pada isi kandungan bahan atau ingredients. Soalnya ada beberapa bahan aktif yang memang konsentrasi atau kandungannya tidak boleh terlalu tinggi. Namun jika konsentrasinya pun terlalu sedikit, boleh jadi tidak akan mendapatkan perubahan atau hasil yang diinginkan.
3. Bahan aktif yang untuk setiap masalah kulit
Untuk kulit berjerawat
Untuk kulit yang berjerawat anda boleh mencuba bahan aktif seperti tea tree, green tea, centella asiatica, salicylic acid hingga benzoyl peroxide. Tea tree, green tea dan centella asiatica atau cica merupakan bahan yang alami sehingga cenderung lebih selamat digunakan, khususnya untuk yang berkulit sensitif. Walau pun tea tree biasa jadi agak keras.
BHA merupaka exfoliant untuk mengeksfoliasi kulit sehingga pori bersih dari sel kulit mati dan sebum berlebih yang sering kali jadi pendorong jerawat. Kadang agak tidak sesuai juga untuk yang berkulit sensitif. Sedangkan benzoyl peroxide efektif membunuh bakteria penyebab jerawat hanya saja bersifat cukup keras dan sering buat kulit jadi kering hingga mengelupas.
Untuk melawan penuaan (anti-aging)
Untuk penuaan anda boleh menggunakan skincare dengan kandungan retinol atau glycolic acid. Retinol sangat dikenali baik untuk melawan penuaan kerana mampu mempercepat regenerasi kulit, meningkatkan produksi kolagen, mengecilkan pori dan mengurangi hiperpigmentasi.
Sayangnya, retinol termasuk bahan yang cukup keras dan tidak selamat digunakan oleh ibu hamil dan sedang menyusu. Sebagai alternatif bahan yang lebih lembut adalah gycolic acid. Bahan ini mampu mengeksfoliasi kulit dengan baik dan lembut, merangsang produksi kolagen dan mengurangi penampakan garis halus juga kedutan. Gunakan skincare yang diformulasikan dengan lebih dari 10% gycolic acid untuk hasil yang efektif.
Untuk kulit wajah kusam, warna kulit tidak sekata dan noda hitam (hiperpigmentasi)
Masalah-masalah kulit di atas boleh anda atasi dengan menggunakan vitamin C, alpha arbutin atau galactomyces. Ketiganya berfungsi untuk mengahambat produksi melanin yang boleh menyebabkan hiperpigmentasi dan mampu mencerahkan kulit sehingga warna kulit jadi lebih sekata.
Untuk kulit yang dehidrasi
Terkadang anda tidak sedar bahawa kulit anda dehidrasi, apalagi jika jenis berminyak tapi dehidrasi. Agar tidak bingung, anda boleh semak tanda-tanda ini.
Untuk mengatasi kulit yang dehidrasi anda boleh menggunakan bahan seperti ekstrak siput (snail muchin) atau hyaluronic acid anda yang tidak ingin menggunakan bahan dari haiwan.
Keduanya mampu menghidrasi dan melembapkan kulit sehinga terasa lebih anjal, lembap dan kelihatan sihat. Hyaluronic acid akan makin maksima kerjanya jika di satukan dengan sejenis emollient atau pelembap. Misalnya saja shea butter, squalene, beeswax, dimethicone atau ceramides.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya rasa tenang menguruskan jemaah haji dan saya suka tengok wanita berhijab”.. Kata Bekas Pramugari, Elisha Zulaikha

Setiap manusia pasti akan mempunyai cara dan kisah tersendiri apabila ingin berhijrah ke arah kebaikan. Bekas pramugari, Nur Elisha Zulaikha memeluk islam dan memakai hijab sepenuhnya selepas sahaja ditugaskan membawa jemaah haji ke Jeddah. Allah membuka hatinya dan memberi hidayah selepas selesai tugasan di sana.
Wanita cantik berasal daripada Sarawak ini telah ditugaskan untuk mengurus penerbangan ke Jeddah dan di situlah permulaan hatinya terbuka ingin memasuki Islam. Elisha memutuskan untuk memeluk agama Islam mendapat restu ibu bapanya. Menurut Elisha, ketika berada di Jeddah, dia banyak mencari informasi berkenaan orang Islam, terutama sekali tentang pemakaian dan hijab. Menurutnya, dia ingin belajar tentang agama Islam dengan lebih mendalam. Dia juga banyak merujuk rakan muslim tentang Islam.
“Sampai di lokasi, saya merasa sangat tenang di sana dan entah mengapa hati dan fikiran saya terasa kosong,” ujarnya.
Sebelum memeluk Islam, Elisha juga pernah berkata yang dia rasa sangat tenang apabila melihat rakan-rakan muslim yang bertudung. Selain itu, di sekolah dia juga gemar memakai baju kurung dan meminta ibunya untuk membeli baju kurung. Setelah memasuki Islam, ibu Elisha sering mengingatkan anaknya supaya tidak meninggalkan solat. Malah, ketika dia sudah memeluk Islam ibu Elisha selalu mengingatkan dirinya supaya menukar alatan makanan yang baharu. Elisha yang merupakan anak tunggal itu, sudah menyatakan hasratnya untuk memeluk Islam sejak dari sekolah lagi.
Artikel Berkaitan: Pernah Popular Dengan Sinetron Liontin, Naysila Mirdad Dikatakan Kini Sudah Memeluk Islam
Selepas dari penerbangan ke Jeddah itu, hasratnya ingin memeluk Islam menjadi lebih kuat dan menurut Elisha tiada halangan atau keresahan buat dirinya untuk memberitahu kepada ibu bapanya. Tidak lama dari itu, Elisha terus melangsungkan perkahwinannya bersama jejaka yang dicintai. Elisha juga telah meyakinkan ibu dan bapanya bahawa dia tidak akan sesekali memutuskan hubungan keluarga walaupun agama mereka berbeza. Malah, rezeki buat wanita ini kerana mempunyai ibu bapa yang sangat memahami anaknya yang ingin memeluk Islam.
“Saya takut nak bagitau ayah sebab saya tahu dia seorang yang tegas. Ayah saya diam dan dia terus bertanya sama ada betul ke saya ingin memeluk Islam, selepas 3 kali bertanya baru ayah nak jawab,” kata Elisha
Walaupun berbeza agama, tetapi ayahnya sentiasa mengingatkan Elisha supaya terus mempelajari ilmu agama Islam dengan baik. Menurut Elisha, bapanya juga memesan supaya tidak mempermainkan agama dan belajarlah tentang ilmu agama Islam. Sesungguhnya niat yang baik itu Allah pasti permudahkan. Rezeki buat Elisha.
Artikel Berkaitan: DJ Popular Indonesia, Nathalie Holscher Peluk Islam Lepas Dapat Hidayah Melalui Mimpi
Ketika pandemik Covid-19 berlaku, Elisha kehilangan pendapatan seperti pramugari yang lain, Elisha memutuskan untuk membuat bisnes. Walaupun pihak penerbangan ada memanggilnya untuk bekerja semula tetapi Elisha menolak dengan baik kerana ingin fokus istiqomah dan mendalami ilmu agama islam. InsyaAllah sama-sama kita doakan agar Elisha terus istiqomah.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tokey Jenama BELLA AMMARA Kongsi 5 Tip Nak Jadi JUTAWAN Muda Berjaya & Bina EMPAYAR Sendiri

Jika mahu menjadi seorang usahawan berjaya, seseorang itu perlu bijak mencari peluang perniagaan. Bukan satu bisnes diceburi tetapi perlu ada dua tiga cabang perniagaan untuk mengembangkan lagi perniagaan. Seperti pemilik Bella Ammara yang sebelum ini terkenal mengusahakan produk pakaian di awal kemunculannya hingga mampu mencetus fenomena. Setelah berjaya dalam bisnes yang dilakukan bersama suami tersayang, pemilik nama Sharifah Nabilla Al Yahya Syed Sheikh ini kini mengorak langkah memasarkan pula produk penjagaan diri ‘baby’. Ketika ditemui di MIHAS baru-baru ini, Bella berkongsi rahsia kejayaan dan berkongsi tip bagaimana mahu menjadi usahawan muda yang berjaya dan membina empayar sendiri.
Menurut Bella seseorang itu perlu sentiasa fokus dengan apa yang mahu dilakukannya. Paling penting jangan cepat putus asa dan banyakkan bersabar jika berdepan dugaan.
“Bagi yang baru nak berjinak-jinak buat bisses ini, sikap paling penting adalah jangan mudah give up kerana setiap perniagaan itu memang ada pasang surutnya.
“Tidak semua perniagaan yang kita bina itu semuanya akan naik sahaja. Ada masanya kita akan rasa diri down, tetapi jangan ambil masa lama. Terus kena pulih semangat balik kerana perniagaan yang kita bina adalah dari titik peluh sendiri,” ujarnya ketika ditemui di pelancaran produk rangkaian penjagaan baby jenama Bella Boo.
Menurutnya juga, dia dan suami bukan sahaja mengusahakan bisnes pakaian tetapi juga kosmetik. baginya tidak salah untuk mencuba pelbagai cabang bisnes asalkan bijak mengatur perjalanannya.
“Tak kisah kalau kita nak ceburi pelbagai bidang binses. Tetapi perlu bijak untuk mengagihkan masa dalam setiap cabang bisnes yang diusahakan.
“Lagi satu jangan sesekali bersikap ego dan perlu belajar dari kesilapan. Jika bisnes yang dibuat tidak berapa menjadi, cuba belajar dan perbaiki apa kesilapan yang dilakukan sebelum ini,” ujarnya.
Menurutnya buat masa ini dia akan lebih fokus kepada jenama baru ini dan produk Bella Ammara diusahakan bermula 2015 pula akan dipantau secara berkala.
Ini kerana ada team yang memang sudah mahir untuk mengendalikannya. Sejak penubuhannya Bella Ammara kini sudah mempunyai tujuh cawangan butik di seluruh negara.
Permintaan di butik sentiasa ada, lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan nanti dan Bella Ammara sedang gigih mengeluarkan koleksi terbaru mereka.
Wanita hebat yang kini sarat mengandung anak keduanya ini dilihat begitu berseri-seri. Walaupun hamil tetapi berat badannya tetap ‘maintain’ seperti sebelumnya.
Menurut Bella dia sebenarnya tidak minum air manis dan juga banyak ambil air kosong. Selain itu dia beruntung kerana dari kalangan genetik bertubuh kecil daripada arwah ibunya sendiri.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM BELLA AMMARA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI