Pasangan selebriti Indonesia, Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka yang diberikan nama indah, Ameena Hanna Nur Atta.
Sudah berkongsi wajah puteri mereka kepada umum, foto Ameena bersama neneknya iaitu Kris Dayanti menjadi tumpuan ramai kerana wajahnya yang kekal awet muda walaupun kini sudah mempunyai cucu.
Enggan dipanggil ‘nenek’, Kris Dayanti lebih selesa disapa dengan panggilan Grandmi oleh cucunya.
Selain itu, Aurel juga turut berkongsikan makna indah nama anaknya itu.
AMEENA HANNA NUR ATTA.
AMEENA = Terpercaya & Setia dan juga Terinspirasi Dari nama ibu nabi perempuan hebat yang melahirkan Manusia Paling mulia 🖤
Di ruangan komen, ramai yang teruja apabila tiga generasi ini mengambil gambar bersama. Ternyata kesemuanya memang cantik-cantik belaka!