Seharian jalan mesti penat kan. Ada yang sampai tahap kaki merekah dan nampak menggelikan. Sebagai wanita, anda patut menjaga penampilan dari kepala hingga kaki. Kaki anda juga penting untuk dijaga sebab nanti muka dah cantik tapi kaki buruk.
Tumit kaki merekah ini bukan sahaja nampak tidak menyenangkan akan tetapi anda akan terasa ngilu dan sakit jika tidak di ambil tindakan apa-apa. Apabila tumit kaki mula berdarah atau menggelupas ia akan menyebabkan jangkitan bakteria. Jadi, wanita perlu ambil tahu tentang tips hilangkan rekahan pada tumit supaya bersih dan licin!
Artikel Berkaitan: Singkirkan Bau Kaki Yang Busuk Dengan Cara Yang Pelik, Apa Sahaja Demi Kaki Yang Sihat
Menurut laman sesawang Siraplimau, tip untuk tumit merekah dan bersinar dalam masa lima minit sangat mudah dan hanya perlu menggunakan 2 barang sahaja. Kebanyakan antara kita merasakan bahawa tumit kaki tidak penting, tetapi ingat ya. Tak guna mempunyai muka yang cantik tetapi kaki seperti orang tua dan buruk. Malu sangat ya. Tidak salah untuk ambil sedikit masa untuk mendapatkan kaki yang lembut sampai boleh di belai-belai tumit.
Bahan yang boleh anda gunakan ini selalunya mesti ada dekat dapur rumah anda. Bahannya adalah, limau nipis atau lemon bersama garam. Selalunya anda perlu menggunakan bersama berus gigi yang mempunyai bulu yang kasar. Apa yang perlu anda lakukan adalah, ambil limau yang sudah anda lunyai atau hancurkan itu dan gosok pada bahagian tumit. Pastikan anda campur dua bahan ini bersama.
Seterusnya, pastikan anda skrub dibahagian tumit kaki yang merekah tu. Jangan buat terlampau kasar takut sakit pula tumit kaki sampai luka. Kegunaan limau dan garam tadi adalah untuk menanggalkan sel-sel kulit mati pada kaki anda. Anda akan melihat hasil daripada berus tadi. Pasti menjadi. Kaki terus nampak tidak merekah lagi dan kelihat lembut.
Artikel Berkaitan: Senaman Berjalan Kaki, Perlu Ada Kasut Yang Memberi Keselesaan Maksimum. Ini Senarai Terbaik
Akhir kata, sebagai wanita penjagaan tumit kaki itu sangat penting. Walaupun orang tak nampak kaki anda tetapi untuk kecantikan kaki dan kesihatan kaki. Anda dinasihatkan jaga dengan baik. Pastikan anda mementingkan kesemua bahagian dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Tidak salah untuk mengambil berat tentang kecantikan kaki anda.
Sumber: Siti Nor Shafika Amran / SirapLimau
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.