Muka Cantik Tapi Mata Rosak? Ini Cara-Cara Untuk Menjaga Deria Penglihatan.

Share

Dari mata turun ke hati. Itulah ungkapan yang sering kita dengari. Akan tetapi, ini merupakan cara untuk anda jaga mata supaya tidak rabun teruk. Tahukah anda, jika anda mengikut peraturan 20-20-20 ini dapat membantu dalam menjaga deria mata anda.

Peredaran masa kini membuatkan kita banyak meluangkan masa di hadapan skrin. Oleh sebab itu, kebanyakan antara kita mempunyai masalah ketegangan mata. Kebanyakan dari kita meluangkan masa banyak di hadapan skrin seperti telefon pintar, televisyen atau tablet sehingga lupa akan kesan buruk yang boleh terjadi pada mata anda.

Jadi, anda tidak perlu risau kerana menurut hellodoktor, terdapat peraturan 20-20-20 yang dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah ketegangan mata!

Apakah peraturan 20-20-20?

Bagi anda selalu melihat skrin, dinasihatkan supaya mengikuti peraturan yang disarankan oleh doktor ini bagi mengurangkan masalah ketegangan mata. 20-20-20 ini bermaksud, setiap 20 minit anda melihat skrin seterusnya anda harus melihat 20 kaki objek atau sesuatu benda selama 20 saat. Ia dirancang oleh seorang pakai optometris di California.

Semasa proses ini terjadi, individu itu akan dapat merehatkan mata selama 20 saat selepas melihat skrin 20 minit. Selain itu, bagi membantu anda melakukan aktiviti ini ialah:

  • Pastikan anda menetapkan penggera telefon anda setiap 20 minit bekerja sebagai peringatan untuk mata anda berehat.
  • Muat turun aplikasi yang direka untuk membantu anda mengikuti peraturan 20-20-20 ini.
  • Disarankan supaya anda lihat ke arah tingkap dan memerhatikan pokok atau tiang lampu di seberang jalan semasa 20 saat. Lebih pun tiada masalah!

Artikel Berkaitan: Jangan Pandang Remeh Bila Mata Sepet Sebelah!

Pasti ramai yang tidak tahu gejala yang bakal terjadi pada seseorang individu itu jika mengalami ketegangan mata. Antaranya adalah:

  • penglihatan menjadi kabur
  • Masalah mata yang selalu kering
  • Sakit kepala
  • Kemerahan mata secara tiba-tiba
  • Sakit di bahagian leher, bahu atau belakang badan.
  • Sangat sensitif pada cahaya
  • Sukar untuk menumpukan perhatian

Cara untuk mengelakkan masalah ketegangan mata

  • Duduk jauh daripada skrin komputer anda. sekurangnya 25 inci atau panjang lengan semasa.
  • Guna penapis skrin matte untuk mengurangkan silau pada skrin
  • Ikutilah peraturan 20-20-20 untuk penjagaan mata anda. Tetapkan alarm jika anda sering terlupa!
  • Beli ubat titis mata di farmasi berdekatan. Ambil yang boleh bantu melembapkan mata kering anda.
  • Kurang cahaya skrin mengikut keterangan cahaya di kawasan sekeliling anda.
  • Pastikan skrin bersih selalu tanpa kesan cap jari dan kekotoran lain agak tidak menyumbang pada masalah mata.

Artikel Berkaitan:

Jangan Sampai Salah Pilih, Doktor Ini Kongsi Jenis Ubat Titis Mata Yang Ada Di Pasaran
Sumber gambar dari my healthcare Malaysia

Mata antara organ yang paling penting dalam kehidupan seharian manusia. Jadi untuk mengelakkan mata anda mengalami kesakitan yang tidak sepatutnya. Anda digalakkan supaya jaga mata dengan baik. Mata juga ingin digunakan lama, jadi hargailah mata anda. Jumpa doktor sekiranya memerlukan.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Nenaa M.